Wednesday, March 21, 2012

medelaku


Tadi baru sampai manual medela ku. Pump stanby klu nak g seminar ke hapa. So,bleh pump time dgr ceramah.klu pump yg hado sekarang ni karen,bunyik cam mesin rumput lak tu.mengganggu org nak dengor ceramah. Tetiba cam excited nak gune pump manual ni.balik ptg nnt nak sterilise,then soknya nak gune..hehehehe......beli dalam blog,rganya murahhhh banyakkkkk...orang tu nak clearkan stock. Memang rezeki la nampak gayanya. Nak berfreestyle masih belom mampu milik lagi. Dah ada yg ni syukur alhamdulillah...setakat ni susu yang dipump mencukupi untuk aydiell...rezeki aydiell nak minum susu mama.makin montel plak si kecik ni, dah pandai gelak besar bila abang dia agah....seronok sangat.....

Monday, March 5, 2012

Geng futsal

Okkkkk...time ni opis ada wt friendly ngan kajicuaca or nama oenuhnya jabatan metereologi. Team kimia kalah kerna player cukup2 aja. We all main 3 set. Mau x pancit. Teamkaji cuaca ada 2 team,so diaorg leh tkr2 player.xde la penat sgt. Dah la itu game warming up saya.1st bersukan after bersalin. Dah setahun lebih stop bersukan. Apapon,peluhkeluar mencurah curah.syokkk.....pas game snap pic reramai..meriahhhh







malam pesta muda mudi

Jangan konpius ngan tajuk nih....ni la lagu yg mak2 org kat opis ako tergedik menari,termasuklah ako. Actually, PUSPANITA ada wat majlis ramah mesra. Each jabatan/agensi kena perform. So,we all decide nk menari ala 60s. Maka terciptalah group ni. Eventni kat kelab tasik putrajaya. Layan gambo k....












Monday, February 20, 2012

rotavirus

ari tu kena demam,cirit birit. lost 4kg in 5 days.xlalu nk mkn pape.just minum 100 plus.sangat mencabar.time tu nk kena bf aydiell jugak.alhamdulillah aydiell xberjangkit demam ngan saya.cuti maulidur rasul n thaipusam dok umah aja.terbaring kelesuan.bila sakit ni baru lah teringat nikmat kesihatan yg ALLAH kurniakan......sekarang dh okey.virus cirit birit ni berjangkit among my family members. asbend je mcm kental xkena pape pown.ok jugak coz dia leh jaga sy yg sakit ni.

Monday, January 9, 2012

debab

skt

bukan sakit ye,tapi nak wat sasaran kerja tahunan.ni utk penilaian prestasi.bos kasi markah,sapa dpt up dia dapat le hadiah cemerlang.

tapi sakit jugak hati,nak wat dlm HRMIS bleh...lembap. hanya org gomen aja yg memahami masalah ni...

k next entry ada gambo skit. tp ntah bile successful nak upload..tunggu je la ye...

Monday, January 2, 2012

hibernasi

Haiii.......

Masa untuk saya start membebel balik. selama ni dok dendiam coz berhibernasi aja di rumah. internet ada,tp baru nak start tekan baby dah uwekkk....

FYI, saya dah selamat melahirkan baby boy. kat facebook dh update,tp kat sini lambat skit. on 25 sept 2011 seberat 3.214 kg. setelah seminggu melahirkan, baby ini diberi nama AYDIELL ZIQQRI BIN ZULKEFLI .

sekarang dah kembali bekerja. tapi yang xsyioknya kat opis blog dan sewaktu dengannya kena block. so, xleh la nak membebel ari2 kalau gitu kan.

selama mendiamkan diri ni banyak menda nak cite.ok lah, 1 by 1 entry la ye........

Sunday, August 14, 2011

berbuka di rumah

semenjak kawin ni jarang la saya ngan asbend berbuka kat luar. sebabnya??? asbend memang xsuke berbuka kat luar. tatau la kenapa. mals nak tanya banyak-banyak. kalau pegi shopping bulan pose, nak dekat time berbuka cargas balik umah. sebab tu kalau pegi menyopping raya, jarang sekali saya pegi naik keta. kami akan merempit naik moto aja.

antara sebabnya nak balik awal untuk makan kat umah, lagi 1 sebab time posa ni susah ya hampun nak carik parking. so, si hero kami xbawak la. tinggalkan dengan mama. kitaorang akan beli je baju, seluar uutk dia. tapi untuk beli kasut, memang akan bawak dia la. pegi hari lain beli kasut.


kalau xsempat nak larik balik umah, time dah azan tu minum dan makan yang ringan-ringan dulu. balik umah baru balun nasi. time berbuka kat shopping complex pon tempat makan sure fullhouse. malas nak booking bagai. kalau kat umah, memang dah ready makanan. balik, bukak pintu je trus duduk kat meja makan, santap pape yang ada.

lagipon mak mertua saya xadvice sangat makan kat luar time berbuka. dia macam xbrapa berkenan makan kat luar. kalau sesapa antara adik beradik asbend yang nak berbuka kat luar, diaorang senyap-senyap aja. takut kena tarbiah.heheheh.....

tahun ni pon macam tu jugak la. saya ajak asbend g jalan TAR nak beli karpet. dia kata next week baru dia nak g. katanya shopping nak last-last baru syiokkk....ntah apa yang syiok saya pon tatau la. tapi dia dah agree nak pegi beli karpet tu dah besar rahmat la.

saya plan nak beli karpert kecik aja, 2 keping. 1 keping unutk ruang sofa tetamu, lagi sekeping kat ruang menonton tv umah. baru nampak cam berseri. tapi apa motip wat tile cecomei??hahaha....karpet tu hiasan semata-mata. xde karpet macam pelik pulak kan.

tapi buat masa ni xde idea lagik nak beli kaler apa untuk matchingkan dengan sofa dan dinding. kat ruang tetamu sofa kaler dark choc n dinding kaler dark gray. untuk ruang nonton tv pulak sofa kaler hitam merah, dinding kaler soft grey. any idea??

Tuesday, August 9, 2011

check up saya

semalam pegi check up kat klinik kesihatan. ALHAMDULILLAH....hb saya dah ok. reading 12.2. padahal makan ubat masa sahur sahaja. berbuka memang dah terabai ubat tu tidak disentuh. ingat nak makan ubat pun tidak.

berat saya pulak turun hampir 1 kg. nurse cakap patutnya berat kena naik 1 kg. sya cakap mungkin disebabkan saya berpuasa. nurse tu terima alasan saya. tapi memang pon, time berbuka say minum air buah tanpa gula, nasi memang hujung senduk aja. balun roti john @ murtabak yang banyak.

next 2 weeks saya akan start check up kat PPUM, coz bila booking kat sana, kena check up trus kat sana. so, saya akan stop checkup kat klinik kesihatan. semoga saya sihat, dapat berpuasa, serta dapat melahirkan baby ni pada masa yang ditetapkan tanpa sebarang masalah.



p/s: tahniah kepada pasangan danial (x-OM) dan loong kerana dikurniakan seorang baby gurl last saturday denga berat 4.1 kg

Sunday, August 7, 2011

keta racing

ari sabtu tu saja jer kuar berjalan ke sunway pyramid. bawak zhaff gi sana. rasa macam dah lama pulak xpegi ke sana. saja berjalan cuci mata sambil survey barang-barang kot ada yang berkenan di hati. nanti bila dah tiba masa nak beli terus grab aja la. xpayah nak pilih-pilih lagi. jimat masa.









asbend pulak jenis xsuka memilih barang lama. so, sya decide nak pegi dulu without dia. nanti, bila pegi ngan dia terus amik n bayar. seperti biasa, cari baju loose untuk pakai g kerja dulu. baju yang ada macam dah boring mengulang. saya bukan beli banyak sangat stok baju preggy ni. dapatla 4 helai. tapi bukan preggy punya pon, beli yang kembang-kembang bahagian perut n saiz L @ XL. dapat la orang yang perut besar macam saya ni pakai. g beli 2 lai kat google dan 2 helai kat padini. settle la.




then zhaff kata nak beli kasut, saya pon bawak la dia pegi menjengah kedai kasut. bukan main lagi si kecik ni memilih kasut. pandai pulak tu memilih yang lawa.






ni ha kasut yang dia pilih. faktor utama dia pilih adalah sebab ada gambar keta raning ye. itu faktornya. tapi not bad jugak saya tengok. tapi bila fikir balik amcam susah je nak pakai time raya. samapi umah orang terkial-kial nak bukak. then bila dah kuar, terkial-kial nak pakai balik. orang sume dah masuk dalam keta, dia baru nak pakai kasut. saya rasa sandal lebih senang pemakaian time raya.












tapi bila balik umah, tunjuk gambar ni kat asbend, dia kata ok. dia kata biar la budak tu nak bergaya, asyik pakai sandal je. lagi pon dia dah besar dan boleh pakai kasut senditi. kalau macam tu, saya opn ok aja la. bukan apa, kang saya yang kena memakaikan kasut ni. dalam keadaan sekarang ni saya dah la xlarat nak bertinggung. kang kaki cramp.



ok, unutk zhaf nanti mama belikan k. kesian pulak nak menghampakan harapan dia. coz masa kat kedai tu dah cakap ngna dia "kalau papa kata ok, nanti kita datang beli". sekarang ni dia dah 4 tahun, dah paham janji yang kita buat.



unutk barang saya pulak, setakat ni xde menda yang saya minat kat pyramid tu. mungkin mood belom ada.

murtabak spesel

saya suke murtabak.itu hakikatnya. di bulan Ramadhan ni lagi la keinginan nak makan murtabak membuak-buak di hati. murtabak kat taman dato harun ni memang sedap sesangat. bagi 10 bintang la. nak makan murtabak ni kena order/bookig. kalau xmau booking/order, kena datang awal. dalam kol 3.30-5.30. selepas 5.30 sesiapa yang booking saja akan dilayan.tepat jam 5.30 murtabak untuk walk in akan abih. tengok ni gambar saya dapat snap masa diaorang beratur uutk beli murtabak. masa ni ibu mengandung macam saya dibenarkan duduk sementara tunggu murtabak masak.





berbalik kepada cerita booking, sesiapa yang dah booking murtabak, tapi amik lewat dari jam 6.30 petang, murtabak anda akan dilelong kepada sesiapa yang nak. ari tu pegi booking, 6.40 baru terhegeh-hegeh saya sampai tempat murtabak tu. alamatnya dia dah pon kemas tempat meniaga tu. saya punya part dah dilelong.



so, pengajaran, abang murtabak tu kata pas ni kena datang dalam kol 6.15 unutk amik murtabak yang dibooking. murtabak ni tebal sangat dan sedukup rasa. kalau xcicah ngan kuah/bawang pink tu pon xpe. memang dah sedap. fuhh....menjilat jari la. hari n i nak booking lagi murtabak ni.



menu berbuka puasa feberet saya ada dua je, roti john dan murtabak. kalau xorder murtabak, saya akan order roti john. memang WAJIB. roti john tu member asbend yang jual. so, sambil lalu depan gerai budak tu, asbend akan jerit, daging 1. then kol 7 kang baru datang amik. malas nak beratur panjang nak tunggu. itu lah kelebihan bila ada rakan taulan yang meniaga.

unutk air pulak, saya xkisah berbuka minum air aap pon. tapi prefer air buah xdak gula. kakak ipar saya meniaga air buah bulan puasa ni. so, ari2 sms dia n order air mangga xde gula kat dia. senang, semua main order. cukup time pickup je sume barang-barang tu. xpayah nak menunggu melenguhkan kaki.

Monday, August 1, 2011

seadanya

walaupon puasa baru menginjak ke hari ke-2, mood raya telah saya rasai. memang la, banyak benda nak fikir untuk raya ni. tahun ni saya dah xmeniaga kat putrajaya. jadi, no side income. nak meniaga macam mana dengan perut yaang terboyot2 ni. memang xlarat nak angkat barang. kat situ agak panas, silap hari bulan mau saya pitam. xnak amik risiko. walaupon jauh di sudut hati nak sangat meniaga, best kalau customer datang menyerbu. lagi bertambah best, end of day kira duit sales. time tu mata berpinar, penat pon dah hilang.


dis year saya akan raya seadanya. baju raya pon buat sepasang aja. caftan, kalau rajin saya jahit manik. kalau masa dah suntuk saya akan tampal batu yang dah ada je. selebihnya saya pakai baju maxi yang dah ada.


masa raya item yang wajib dibeli oleh orang pompuan mestilah henbeg dan kasut. untuk tahun ni, saya cantas list untuk henbeg.kasut tu mungkin beli la, tp tu pon xsure lagi. hati ni macam dah tawar nak membeli sume tu. mana taknya, banyak ringgit malaysia saya dah labur kat umah baru. segala duit yang ada dicurahkan kesana. so, tahun ni pakai je la beg mana yang ada. nanti ada rezeki lebih boleh la beli. tapi dalam masa sek, kalau ada lebih pon saya rather spent untuk menda lain dulu. masa ni baru saya memikirkan KEHENDAK dan KEPERLUAN.


untuk baju anak pon belom fikir lagi nak beli kat mana. unutk dia kena jugak beli baju baru. biar dia happy nak beraya. agaknya masa-masa macam ni la baru teringat pengorbanan mak bapak kita dulu-dulu yang ada selai dua aja baju raya. tapi baju raya untuk anak-anak memang meriah. kita mak bapak ni dah merasa melaram dengan baju berpasang-pasang. sekarang ni biarlah anak pulak yang melaram.




p/s:apa la juadah bukak posa hari ni

Sunday, July 31, 2011

ramadhan al-mubarak

salam ramadhan untuk semua...semoga bulan yang penuh mulia ni memberikan kita semua 1001 keberkatan dalam menjalani ibadah berpuasa. marilah kite memperbanyakkan amalan pada bulan ramadhan ini.

pagi tadi bangun bersahur jam 5.00 pagi. mak mertua kejutkan. saya dah kunci alarm kat hp. tetiba rasa syahdu pulak nak berpindah rumah lepas ni. bila teringatkan sebulan berpuasa mak mertua akan kejutkan saya. (chett...malas punyer menantu). plus, bila saya turun, dia dah siapkan bancuh air nescafe untuk asbend. saya cuma perlu bancuh air sendiri dan ceduk nasik untuk asbend.

bila bersahur, saya memang xmakan nasi. pagi tadi bersahur dengan cornflakes+milo. saya rasa tu lebih sedap dan senang untuk telan dikala mata susah nak bukak. maknanya selama sebulan saya akan amik cornflakes atau nestum dicampur dengan milo. Insyaallah akan memberikan kekuatan pada orang preggy macam saya ni. ahhaa....sahur jugak saya akan makan dalam 3 bijik kurma. tapi pagi tadi kurma belom sampai, jadi bukak posa nanti baru makan kurma.

berbuka pon saya akan makan kurma dalam sebiji, kemudian baru minum air. kurma jugak akan memberikan x-tra tenaga semasa kita berpuasa sepanjang hari. nanti nak try buat kurma milkshake macamyang opismate saya ada aja. kurma 5 biji, fresh milk, badam. blender kasi hancur, then minum. bila ada masa saya nak blend x-tra then letak dalm fridge kasi sejuk. bila bukak pose minum, pasti sejukkan tekak.

semoga anda semua dapat menahan sabar dalam bulan puasa ni.

p/s:jangan overspend masa kat bazaar ramadhan tau

Tuesday, July 26, 2011

apasal macam lain

semalam xkeja. semalam jugak hari gaji. datang opis pagi ni saya pon check la maybank2u. macam pelik pulak gaji xbertambah (konon nak tunggu backdated gaji). saya pon try bukak ANM nak tengok payslip online. tapi malangnya ANM xbuleh bukak pulak. saya tanya la member saya, dia kata backdated dia macam dah masuk. tapi dia nak check payslip pon xbuleh.


masa sampai kat desk saya after semayang tadi, ada 1 surat kat atas meja. tengok dari perbendaharaan. bila bukak rupanya pinjaman perumahan saya dah start potong bulan julai. patut la tengok gaji dah macam makin berkurang aja. rupanya dah start potong duit umah.






selama ni dok tertanya-tanya bila diaorang nak potong duit umah, nah hamikkkk ko. dah potong bulan ni. jadi, selama 25 tahun silalah berbelanja dengan berhemahnya. jangan dok asyik bukak blog sana sini nak beli itu ini. sila muhasabah diri. tenangkan diri, kawal diri....hahahaha...peringatan dan amaran unutk diri sendiri.

kerahan tenaga wanita

proses mengecat rumah bermula hari sabtu. dimulai dengan proses undercoat dinding dahulu. pemilik lama dah cat diding tu kaler hijau (ruang tamu) , kuning (bilik belakang) , biru (bilik tengah). nasib baik master bedroom dia cat kaler putih.



memula cat tu rasa penah jugak, ye la mengecat kaler putih aja. xnampak pape hasil lagi. seharian selesai mengecat bahagian bawah rumah sahaja. tukang mengecatnya ramai juga. dari usia 4 tahun hingga ke usia 30. sume nak bantu mengecat. anak-anak buah dalam 4 orang kecik-kecik mengecat. nasib baik undercoat aja. lantak la diaorang nak sapu macam mana pon. hero saya pon xterkecuali. dia yang jadi supervisor untuk budak berumur 4 tahun.


hari ahad pulak, mama, kakak, cousin, aunty, zahidah datang tolong cat undercoat untuk bahagian atas umah. diaorang datang dalam kol 9 pagi. masa saya sampai dalam kol 9.30 pagi diaorang tengah mengecat.



dalam kol 11 lebih tu asbend datang. dia jadi chief unutk proses cat berkaler pulak.





hief menunjukkan cara-cara mengecat kaler kelabu. fyi, saya yang menggila sangat nak cat umah kaler kelabu. terpengaruh dengan gambar di dalam majalah anjung seri.






ni pulak bahagian luar rumah. cat masih comot kerana belum wat finishing touch up. luar dalam saya bantai kaler kelabu. nak jimat cat. ada balance cat belah dalam, saya bantai cat kat luar dengan dapur. tapi untuk cat belah tepi umah yang akan terkena panas dan hujan, saya guna cat khas unutk belah luar punya. ketahanan dia lebih baik.


kalau perati betol-betol, umah saya ni belom pasang pintu. bila call kontrek tu dia asyik cakap pintu belom siap. hamboi, macam la pintu tu tempah khas dari indon. cina kedai pontu tu salah wat pintu. kontrek tu request kayu lain, dia pegi wat dari kayu lain. so, nak tunggu pintu siap xtau la lagi berapa lama. saya dah mengmauk kat kontrek tu. saya cakap nak pindah sebelum puasa. macam mana saya nak angkat barang kalau pintu xde. kang tau-tau ada je tetamu xdiundang melepak atas sofa sambil tengok tv. xpon tv pon hanya tinggal habuk je, dah kena kebas.








ini pulak bahagian ruang tamu umah saya. cat ni aka 2 scheme color. kalau la belah yang gelap tu dapat letak wallpaper lagi bahagian saya rasakan. tapi, itu nanti dulu la, bila dah ada duit lebih baru fikir untuk wallpaper ruang tamu. kipas tu masih guna kipas lama lagi. selagi belum pasang pintu, saya xnak pasang lampu dan kipas baru. takut mat pet songlap aja. bahaya.


padahal hati ni dah meronta nak pasang lampu ngan kipas. nak tengok hasilnya. bak kata orang, benda baru memang xbleh nak sabar.


petang ni saya sambung mengecat lagi. nak cat bilik tido saya pulak. nanti saya tangkap gambar lagi yer.....





dietkah saya?

semenjak check up kat klinik yang penimbang menyatakan saya naik 4kg dalam masa 5 minggu, saya terus amik inisiatif nak kawal pemakanan. means pagi no nasi lemak. hanya mil0+nestum atau cereal. bergegas ke 99 speedmart untuk mencari alternatif breakfast selain nasi lemak


sebelum pegi 99 speedmart tu, dalam minda ni terbayang corn flakes. so, plan nak beli corn flakes je la. sampai kat sana xde stock unutk conflakes. mungkin makin menjengah ke bulan ramadhan ni, makin laku cornflakes sampai sold out. so, saya pon terus la pilih cereal ni. dari nestle jugak, lebih kurang sama dengan cornflakes.





setiap pagi, saya akan bancuh milo 3in1 dan rendam cereal ni dalam air milo tu. rasanya boleh tahan sedap jugak la. bila tengok menda ni macam untuk orang diet aja. tapi saya rasa ianya xmenjejaskan kandungan saya. sental aja la. asalkan boleh lupakan lambaian nasi lemak di pagi hari. also, sekarang ni saya dah benti terus minum air gas. minum air masak atau pon oren sunquick aja. nak kawal kenaikan berat badan waktu menganding punya pasal. xnak apa-apa problem arise later. baik kawal siap-siap.




hari ni pegi check up lagi. hasilnya, saya hanya naik 400 gram aja. nurse pon tanya "awak tahan makan ke". saya angguk je coz previous check up dia tengok saya naik sampai 4kg. tetiba datang kali ni naik 400 gram aja. tapi yang masih xok HB saya. makin low. previous 10.6, tadi check 10.5 pulak. padahal ubat memang makan ikut peraturan. xde pon skip. memang berdisiplin la saya ni pas kena lecture ngan nurse.



after 2 weeks ni saya akan pegi check up lagi. tapi nurse tu kata saya dah boleh booking kat PPUM unutk bersalin. mungkin this week jugak saya akan pegi PPUM. kalau pegi lambat nanti dah bulan puasa. buatnya kena minum air gula lagi, dah xboleh nak puasa. kalau diizinkan ALLAH, saya nak jugak berpuasa penuh tahun ni (kalau mampu dan larat).

Friday, July 22, 2011

terlena

semalam asyraffi xpegi sekolah. a nite before tu dia tido umah opah dia. then bila pagi, time opah dia nak pegi keja, opah dia akan anta balik umah. agaknya bila dah bangun pagi sangat, pas tu xtido balik sampai time nak pegi sekolah mula lah penyakit mengantok datang. sebelum pegi sekolah melompat sana sini, memang la penat. bila dah pukul 2 lebih mata dah layu dan lentok. pas mandi, pakai baju sekolah dia terlena dekat kerusi. dalam pukul 3.30 baru dia bangun.

masa nak pegi sekolah asbend dah gerak berkali-kali tapi langsung xbergerak. dah penat sangat la tu agaknya. bila bangun je tido, dia terus tanya mana sarah (cousin dia yang sama sekolah ngan dia). dah tentu la sarah dah pergi sekolah.

balik dari kerja saya tanya sarah, "ustazah ada tanya x kenapa asyraffi xdatang?". sarah jawab ada. sarah jawab "asyraffi tido". alahai, jujurnya jawapan. budak kecik memang xpandai menipu. pas ni if dia bangun awal pagi, dalam kol 12 kena paksa dia tido balik. kalau xtido inilah padahnya. nasib baik ustazah xmarah (ustazah tu dok belakang umah mak mertua saya aja).

ni pulak ada lagi satu cerita pasal si hero. ustazah ada bagi kuih sorang satu untuk sume orang dalam kelas tu. asyraffi ni dah dapat kuih terus makan. dan kemudian...................................... dia boleh pulak pegi kat beg ustazah, amik kuih ustazah punya pulak. then dia terus makan. bertuah betol anakku ini. ustazah cerita kes ni kat mak mertua saya. alahai segan pulak saya dibuatnya.... pas dari cerita tu saya kena pesan kat dia jangan amik kuih ustazah lagi. bila tanya "kenapa ayang amik kuih ustazah?" dia jawab " ayang nampak macam sedap je...." boleh pulak jawab cenggitu yer....anak-anak zaman sekarang.................

mari mewarna

ari ni jumaat. lunch time panjang. so, amik masa ni pegi beli cat. semalam pas balik keja dah pegi kedai cat, pilih kaler unutk ruang tamu, luar, bilik. siap tulis code cat bagai. tapi tadi pegi lagi dah pilih kaler lain pulak. masuk kat kedai tu, pilih cat, dia akan blend warna untuk kita. harga cat depends on berapa banyak kaler yang diaorang mix. selesai la pilih greyish yang dihajati. pas tu ada pulak promosi cat jenis baru. cat ni memang cantik. dinding xpayah pakai wallpaper tau. memang macam ada 2 tone n nampak macam ada corak abstrak. tapi agak mahal la. ddah la kena beli 2 set unutk ruang tamu. hati ni nak jugak try cat tu, tapi asbend kata xpayah la. maybe next time pulak boleh cuba cat tu.

esok nak repeat pegi kedai cat tu lagi. nak beli cat untuk bilik tido dan luar rumah. tadi pegi beli untuk rumah tamu dan undercoat aja. then beli berus dan benda2 yang nak digunakan masa mengecat nanti. esok tengah hari akan bermula lah upacara mengecat rumah tu. saya akan ambil gambar sebelum cat dan selepas cat. hari ahad pulak ramai sket la pembantu yang buleh tolong. ada ipar duai n biras yang free on sunday kan. so, akan mintak diaorang tolong.

kat kedai cat tadi, masa nak pilih kaler cat, orang tu siap tanya lagi "perabot u kaler apa?" saya pon jawab, perabot belom ada. baru nak pindah aja. dia pon suggest perabot kaler gelap mix ngan white unutk cat greyish. saya pon angguk aja. malas nak cite banyak. perabot punya cerita nanti la dulu. tengok bajet ada lebihan ke tak dak. if ada baru buleh jenguk-jenguk courts mammoth. member my sis ada keja kat court mammoth. dia kata buleh pakai dia punya staff purchase dalam dalam 40%. buleh jugak la kalau macam tu. tengok-tengok dulu apa yang patut, then kira bajet (itu yang paling penting).

hookeyy..nantikan kemunculan gambar umah saya yang masih belum siap kat next entry yaaa....

Wednesday, July 13, 2011

rumah dalam proses

owhh...kali ni nak cerita pasal umah lagik. semalam pegi wat site visit (ececeh..bajet site engineer pulak). tingkat dah pasang, tile kat ruang tamu dah pasang tapi belum siap sepenuhnya. lupa pulak nak tangkap gambar progress untuk umah ni. xpe petang ni saya akan tangkap secebis gambar unutk ditempekkan dalam blog ni ya.

lantai luar kontrek tu belom touch lagi. mungkin tunggu lantai dala siap, baru pasang yang luar. last sekali nanti kontrek tu akan pasang pintu depan dan pintu bilik. langkah seterusnya adalah kena cat umah tu. memula kena undercoat ngan kaler putih. pas tu baru cat dengan kaler apa yang kita nak. saya macam nak pilih kaler grey. tengok dalam majalah macam cun aja. tepi belom pegi kedai cat. xbleh nak wat final decision untuk kaler ni. asbend kata kalau pegi kedai cat, diaorang boleh bancuhkan kaler apa yang kita nak. canggih betol teknologi sekarang ni. banya jugak yang kena cat. seluruh rumah, luar dan dalam kena cat baru. xpasti la sempat siap menjelang puasa ke x. masa bulan puasa sapa pulak yang nak buat keja sume tu kan.cat aja amik masa dalam seminggu. pas tu nak kemas barang, nak hangkut barang lagi. kalau xsempat pas raya jugak la baru sambung keja. bila puasa, badan dah penat. malam perut dah penuh, memang xde masa nak membuat kejanya.

saya harap keja berkenaan umah ni berjalan lancar. b4 ni ada je masalah kontrek tu. nak renew passport la, nak cop passport la, tile xde stok la. naik marah pulak saya yang menunggu ni. orang lain yang start reno umah lambat dari saya pon dah siap. ari tu indon kontrek tu cuti sampai seminggu. nasib la saya ni xde menyewa umah, kalau menyewa memang nak push indon tu suh siapkan keja cepat. tapi bila dia dah start wat keja, memang puas hati. dia buat kemas. xsabar nak deko-deko umah. padahal bukannya kreatif sangat pon, ataupon saya ni sebenarnya xde seni......hahahaha...................

berjaga-jaga

ari tu pegi check up unutk perut. yang paling mengejutkan adalah berat saya naik 4 kg dalam masa 5 minggu, sepatutnya naik dalam 2.5 kilo sahaja. lagi 1 problem pulak adalah HB darah low 10.6 aja. sepatutnya 12 ke atas. oleh yang demikian, nurse set appointment ngan saya esok yakni hari jumaat untuk minum air gula kat klinik. seawal 7.30 dah kena terpacak kat klinik. then kena amik darah, pas tu minum air gula segelas yer bukan secawan, pas 2-3 jam amik darah lagik unutk check sama ada saya ada kencing manis atau pon tidak. biasanya berat yang naik mendadak ni disabitkan dengan penyakit kencing manis ketika mengandung. saya harap resultnya ok la nanti. start malam ni kol 10 p.m. saya kena posa la until minum air gula pada keesokan harinya. pagi jumaat tu minum air kosong pon xboleh sehingga darah diambil untuk kali ke-2.

saya admit la salah saya dok balun air gas je lately ni. ari2 membeli air gas. air kosong tu dah macam xlayan dan xberapa nak pandang. dulu, b4 pegnen saya memang kurang sagat minum air gas ni. kalau makan kat luar minum air kosong atau juice aja. mai tang pegnen ni, makin galak pulak sebat air gas. nah hasilnya, berat naik mendadak. pas balik dari klinik tu trus SAY NO TO AIR BIKARBONAT! baru nak sedar diri yer setelah berat naik terlebih. agaknya kalau berat xnaik terlebih saya ni masih xsedar diri. total sekarang ni dah pegnen nak dekat 8 bulan, saya dah naik 12 kilo. usually, pegnen akan naik dalam 10-15 kg. kenaikan tu memang normal. takut kalau naik lebih dari tu badan jadi gedebom dan susah nak turunkan nanti. habislah segala jeans, kebaya, kurung moden saya.......huhuhu................

unutk masalah ke-2 HB darah low. every visit ke klinik memang HB akan low. sampai nurse cakap "kalau masih low masa 9 bulan nanti kite akan cocok kat bontot ubat untuk pekatkan darah. 2 hari sekali akan kena cucuk." alamak, ngerinya. pas dapat ubat kat klinik, dengan jayanya saya makan mengikut yang nurse tu suruh. tanpa skip langsung. dah kena macam ni baru la nak sibuk ingatkan ubat. pegnen anak sulung dulu pon HB saya low jugak. agaknya kalau pegnen inilah masalah saya.

saya berdoa agar perjalan mengandung saya kali ni berjalan lancar tanpa ada masalah lagi (alloo....kena pantang makan dan minum sket ye pas ni)...........................