Sunday, July 31, 2011

ramadhan al-mubarak

salam ramadhan untuk semua...semoga bulan yang penuh mulia ni memberikan kita semua 1001 keberkatan dalam menjalani ibadah berpuasa. marilah kite memperbanyakkan amalan pada bulan ramadhan ini.

pagi tadi bangun bersahur jam 5.00 pagi. mak mertua kejutkan. saya dah kunci alarm kat hp. tetiba rasa syahdu pulak nak berpindah rumah lepas ni. bila teringatkan sebulan berpuasa mak mertua akan kejutkan saya. (chett...malas punyer menantu). plus, bila saya turun, dia dah siapkan bancuh air nescafe untuk asbend. saya cuma perlu bancuh air sendiri dan ceduk nasik untuk asbend.

bila bersahur, saya memang xmakan nasi. pagi tadi bersahur dengan cornflakes+milo. saya rasa tu lebih sedap dan senang untuk telan dikala mata susah nak bukak. maknanya selama sebulan saya akan amik cornflakes atau nestum dicampur dengan milo. Insyaallah akan memberikan kekuatan pada orang preggy macam saya ni. ahhaa....sahur jugak saya akan makan dalam 3 bijik kurma. tapi pagi tadi kurma belom sampai, jadi bukak posa nanti baru makan kurma.

berbuka pon saya akan makan kurma dalam sebiji, kemudian baru minum air. kurma jugak akan memberikan x-tra tenaga semasa kita berpuasa sepanjang hari. nanti nak try buat kurma milkshake macamyang opismate saya ada aja. kurma 5 biji, fresh milk, badam. blender kasi hancur, then minum. bila ada masa saya nak blend x-tra then letak dalm fridge kasi sejuk. bila bukak pose minum, pasti sejukkan tekak.

semoga anda semua dapat menahan sabar dalam bulan puasa ni.

p/s:jangan overspend masa kat bazaar ramadhan tau

Tuesday, July 26, 2011

apasal macam lain

semalam xkeja. semalam jugak hari gaji. datang opis pagi ni saya pon check la maybank2u. macam pelik pulak gaji xbertambah (konon nak tunggu backdated gaji). saya pon try bukak ANM nak tengok payslip online. tapi malangnya ANM xbuleh bukak pulak. saya tanya la member saya, dia kata backdated dia macam dah masuk. tapi dia nak check payslip pon xbuleh.


masa sampai kat desk saya after semayang tadi, ada 1 surat kat atas meja. tengok dari perbendaharaan. bila bukak rupanya pinjaman perumahan saya dah start potong bulan julai. patut la tengok gaji dah macam makin berkurang aja. rupanya dah start potong duit umah.






selama ni dok tertanya-tanya bila diaorang nak potong duit umah, nah hamikkkk ko. dah potong bulan ni. jadi, selama 25 tahun silalah berbelanja dengan berhemahnya. jangan dok asyik bukak blog sana sini nak beli itu ini. sila muhasabah diri. tenangkan diri, kawal diri....hahahaha...peringatan dan amaran unutk diri sendiri.

kerahan tenaga wanita

proses mengecat rumah bermula hari sabtu. dimulai dengan proses undercoat dinding dahulu. pemilik lama dah cat diding tu kaler hijau (ruang tamu) , kuning (bilik belakang) , biru (bilik tengah). nasib baik master bedroom dia cat kaler putih.



memula cat tu rasa penah jugak, ye la mengecat kaler putih aja. xnampak pape hasil lagi. seharian selesai mengecat bahagian bawah rumah sahaja. tukang mengecatnya ramai juga. dari usia 4 tahun hingga ke usia 30. sume nak bantu mengecat. anak-anak buah dalam 4 orang kecik-kecik mengecat. nasib baik undercoat aja. lantak la diaorang nak sapu macam mana pon. hero saya pon xterkecuali. dia yang jadi supervisor untuk budak berumur 4 tahun.


hari ahad pulak, mama, kakak, cousin, aunty, zahidah datang tolong cat undercoat untuk bahagian atas umah. diaorang datang dalam kol 9 pagi. masa saya sampai dalam kol 9.30 pagi diaorang tengah mengecat.



dalam kol 11 lebih tu asbend datang. dia jadi chief unutk proses cat berkaler pulak.





hief menunjukkan cara-cara mengecat kaler kelabu. fyi, saya yang menggila sangat nak cat umah kaler kelabu. terpengaruh dengan gambar di dalam majalah anjung seri.






ni pulak bahagian luar rumah. cat masih comot kerana belum wat finishing touch up. luar dalam saya bantai kaler kelabu. nak jimat cat. ada balance cat belah dalam, saya bantai cat kat luar dengan dapur. tapi untuk cat belah tepi umah yang akan terkena panas dan hujan, saya guna cat khas unutk belah luar punya. ketahanan dia lebih baik.


kalau perati betol-betol, umah saya ni belom pasang pintu. bila call kontrek tu dia asyik cakap pintu belom siap. hamboi, macam la pintu tu tempah khas dari indon. cina kedai pontu tu salah wat pintu. kontrek tu request kayu lain, dia pegi wat dari kayu lain. so, nak tunggu pintu siap xtau la lagi berapa lama. saya dah mengmauk kat kontrek tu. saya cakap nak pindah sebelum puasa. macam mana saya nak angkat barang kalau pintu xde. kang tau-tau ada je tetamu xdiundang melepak atas sofa sambil tengok tv. xpon tv pon hanya tinggal habuk je, dah kena kebas.








ini pulak bahagian ruang tamu umah saya. cat ni aka 2 scheme color. kalau la belah yang gelap tu dapat letak wallpaper lagi bahagian saya rasakan. tapi, itu nanti dulu la, bila dah ada duit lebih baru fikir untuk wallpaper ruang tamu. kipas tu masih guna kipas lama lagi. selagi belum pasang pintu, saya xnak pasang lampu dan kipas baru. takut mat pet songlap aja. bahaya.


padahal hati ni dah meronta nak pasang lampu ngan kipas. nak tengok hasilnya. bak kata orang, benda baru memang xbleh nak sabar.


petang ni saya sambung mengecat lagi. nak cat bilik tido saya pulak. nanti saya tangkap gambar lagi yer.....





dietkah saya?

semenjak check up kat klinik yang penimbang menyatakan saya naik 4kg dalam masa 5 minggu, saya terus amik inisiatif nak kawal pemakanan. means pagi no nasi lemak. hanya mil0+nestum atau cereal. bergegas ke 99 speedmart untuk mencari alternatif breakfast selain nasi lemak


sebelum pegi 99 speedmart tu, dalam minda ni terbayang corn flakes. so, plan nak beli corn flakes je la. sampai kat sana xde stock unutk conflakes. mungkin makin menjengah ke bulan ramadhan ni, makin laku cornflakes sampai sold out. so, saya pon terus la pilih cereal ni. dari nestle jugak, lebih kurang sama dengan cornflakes.





setiap pagi, saya akan bancuh milo 3in1 dan rendam cereal ni dalam air milo tu. rasanya boleh tahan sedap jugak la. bila tengok menda ni macam untuk orang diet aja. tapi saya rasa ianya xmenjejaskan kandungan saya. sental aja la. asalkan boleh lupakan lambaian nasi lemak di pagi hari. also, sekarang ni saya dah benti terus minum air gas. minum air masak atau pon oren sunquick aja. nak kawal kenaikan berat badan waktu menganding punya pasal. xnak apa-apa problem arise later. baik kawal siap-siap.




hari ni pegi check up lagi. hasilnya, saya hanya naik 400 gram aja. nurse pon tanya "awak tahan makan ke". saya angguk je coz previous check up dia tengok saya naik sampai 4kg. tetiba datang kali ni naik 400 gram aja. tapi yang masih xok HB saya. makin low. previous 10.6, tadi check 10.5 pulak. padahal ubat memang makan ikut peraturan. xde pon skip. memang berdisiplin la saya ni pas kena lecture ngan nurse.



after 2 weeks ni saya akan pegi check up lagi. tapi nurse tu kata saya dah boleh booking kat PPUM unutk bersalin. mungkin this week jugak saya akan pegi PPUM. kalau pegi lambat nanti dah bulan puasa. buatnya kena minum air gula lagi, dah xboleh nak puasa. kalau diizinkan ALLAH, saya nak jugak berpuasa penuh tahun ni (kalau mampu dan larat).

Friday, July 22, 2011

terlena

semalam asyraffi xpegi sekolah. a nite before tu dia tido umah opah dia. then bila pagi, time opah dia nak pegi keja, opah dia akan anta balik umah. agaknya bila dah bangun pagi sangat, pas tu xtido balik sampai time nak pegi sekolah mula lah penyakit mengantok datang. sebelum pegi sekolah melompat sana sini, memang la penat. bila dah pukul 2 lebih mata dah layu dan lentok. pas mandi, pakai baju sekolah dia terlena dekat kerusi. dalam pukul 3.30 baru dia bangun.

masa nak pegi sekolah asbend dah gerak berkali-kali tapi langsung xbergerak. dah penat sangat la tu agaknya. bila bangun je tido, dia terus tanya mana sarah (cousin dia yang sama sekolah ngan dia). dah tentu la sarah dah pergi sekolah.

balik dari kerja saya tanya sarah, "ustazah ada tanya x kenapa asyraffi xdatang?". sarah jawab ada. sarah jawab "asyraffi tido". alahai, jujurnya jawapan. budak kecik memang xpandai menipu. pas ni if dia bangun awal pagi, dalam kol 12 kena paksa dia tido balik. kalau xtido inilah padahnya. nasib baik ustazah xmarah (ustazah tu dok belakang umah mak mertua saya aja).

ni pulak ada lagi satu cerita pasal si hero. ustazah ada bagi kuih sorang satu untuk sume orang dalam kelas tu. asyraffi ni dah dapat kuih terus makan. dan kemudian...................................... dia boleh pulak pegi kat beg ustazah, amik kuih ustazah punya pulak. then dia terus makan. bertuah betol anakku ini. ustazah cerita kes ni kat mak mertua saya. alahai segan pulak saya dibuatnya.... pas dari cerita tu saya kena pesan kat dia jangan amik kuih ustazah lagi. bila tanya "kenapa ayang amik kuih ustazah?" dia jawab " ayang nampak macam sedap je...." boleh pulak jawab cenggitu yer....anak-anak zaman sekarang.................

mari mewarna

ari ni jumaat. lunch time panjang. so, amik masa ni pegi beli cat. semalam pas balik keja dah pegi kedai cat, pilih kaler unutk ruang tamu, luar, bilik. siap tulis code cat bagai. tapi tadi pegi lagi dah pilih kaler lain pulak. masuk kat kedai tu, pilih cat, dia akan blend warna untuk kita. harga cat depends on berapa banyak kaler yang diaorang mix. selesai la pilih greyish yang dihajati. pas tu ada pulak promosi cat jenis baru. cat ni memang cantik. dinding xpayah pakai wallpaper tau. memang macam ada 2 tone n nampak macam ada corak abstrak. tapi agak mahal la. ddah la kena beli 2 set unutk ruang tamu. hati ni nak jugak try cat tu, tapi asbend kata xpayah la. maybe next time pulak boleh cuba cat tu.

esok nak repeat pegi kedai cat tu lagi. nak beli cat untuk bilik tido dan luar rumah. tadi pegi beli untuk rumah tamu dan undercoat aja. then beli berus dan benda2 yang nak digunakan masa mengecat nanti. esok tengah hari akan bermula lah upacara mengecat rumah tu. saya akan ambil gambar sebelum cat dan selepas cat. hari ahad pulak ramai sket la pembantu yang buleh tolong. ada ipar duai n biras yang free on sunday kan. so, akan mintak diaorang tolong.

kat kedai cat tadi, masa nak pilih kaler cat, orang tu siap tanya lagi "perabot u kaler apa?" saya pon jawab, perabot belom ada. baru nak pindah aja. dia pon suggest perabot kaler gelap mix ngan white unutk cat greyish. saya pon angguk aja. malas nak cite banyak. perabot punya cerita nanti la dulu. tengok bajet ada lebihan ke tak dak. if ada baru buleh jenguk-jenguk courts mammoth. member my sis ada keja kat court mammoth. dia kata buleh pakai dia punya staff purchase dalam dalam 40%. buleh jugak la kalau macam tu. tengok-tengok dulu apa yang patut, then kira bajet (itu yang paling penting).

hookeyy..nantikan kemunculan gambar umah saya yang masih belum siap kat next entry yaaa....

Wednesday, July 13, 2011

rumah dalam proses

owhh...kali ni nak cerita pasal umah lagik. semalam pegi wat site visit (ececeh..bajet site engineer pulak). tingkat dah pasang, tile kat ruang tamu dah pasang tapi belum siap sepenuhnya. lupa pulak nak tangkap gambar progress untuk umah ni. xpe petang ni saya akan tangkap secebis gambar unutk ditempekkan dalam blog ni ya.

lantai luar kontrek tu belom touch lagi. mungkin tunggu lantai dala siap, baru pasang yang luar. last sekali nanti kontrek tu akan pasang pintu depan dan pintu bilik. langkah seterusnya adalah kena cat umah tu. memula kena undercoat ngan kaler putih. pas tu baru cat dengan kaler apa yang kita nak. saya macam nak pilih kaler grey. tengok dalam majalah macam cun aja. tepi belom pegi kedai cat. xbleh nak wat final decision untuk kaler ni. asbend kata kalau pegi kedai cat, diaorang boleh bancuhkan kaler apa yang kita nak. canggih betol teknologi sekarang ni. banya jugak yang kena cat. seluruh rumah, luar dan dalam kena cat baru. xpasti la sempat siap menjelang puasa ke x. masa bulan puasa sapa pulak yang nak buat keja sume tu kan.cat aja amik masa dalam seminggu. pas tu nak kemas barang, nak hangkut barang lagi. kalau xsempat pas raya jugak la baru sambung keja. bila puasa, badan dah penat. malam perut dah penuh, memang xde masa nak membuat kejanya.

saya harap keja berkenaan umah ni berjalan lancar. b4 ni ada je masalah kontrek tu. nak renew passport la, nak cop passport la, tile xde stok la. naik marah pulak saya yang menunggu ni. orang lain yang start reno umah lambat dari saya pon dah siap. ari tu indon kontrek tu cuti sampai seminggu. nasib la saya ni xde menyewa umah, kalau menyewa memang nak push indon tu suh siapkan keja cepat. tapi bila dia dah start wat keja, memang puas hati. dia buat kemas. xsabar nak deko-deko umah. padahal bukannya kreatif sangat pon, ataupon saya ni sebenarnya xde seni......hahahaha...................

berjaga-jaga

ari tu pegi check up unutk perut. yang paling mengejutkan adalah berat saya naik 4 kg dalam masa 5 minggu, sepatutnya naik dalam 2.5 kilo sahaja. lagi 1 problem pulak adalah HB darah low 10.6 aja. sepatutnya 12 ke atas. oleh yang demikian, nurse set appointment ngan saya esok yakni hari jumaat untuk minum air gula kat klinik. seawal 7.30 dah kena terpacak kat klinik. then kena amik darah, pas tu minum air gula segelas yer bukan secawan, pas 2-3 jam amik darah lagik unutk check sama ada saya ada kencing manis atau pon tidak. biasanya berat yang naik mendadak ni disabitkan dengan penyakit kencing manis ketika mengandung. saya harap resultnya ok la nanti. start malam ni kol 10 p.m. saya kena posa la until minum air gula pada keesokan harinya. pagi jumaat tu minum air kosong pon xboleh sehingga darah diambil untuk kali ke-2.

saya admit la salah saya dok balun air gas je lately ni. ari2 membeli air gas. air kosong tu dah macam xlayan dan xberapa nak pandang. dulu, b4 pegnen saya memang kurang sagat minum air gas ni. kalau makan kat luar minum air kosong atau juice aja. mai tang pegnen ni, makin galak pulak sebat air gas. nah hasilnya, berat naik mendadak. pas balik dari klinik tu trus SAY NO TO AIR BIKARBONAT! baru nak sedar diri yer setelah berat naik terlebih. agaknya kalau berat xnaik terlebih saya ni masih xsedar diri. total sekarang ni dah pegnen nak dekat 8 bulan, saya dah naik 12 kilo. usually, pegnen akan naik dalam 10-15 kg. kenaikan tu memang normal. takut kalau naik lebih dari tu badan jadi gedebom dan susah nak turunkan nanti. habislah segala jeans, kebaya, kurung moden saya.......huhuhu................

unutk masalah ke-2 HB darah low. every visit ke klinik memang HB akan low. sampai nurse cakap "kalau masih low masa 9 bulan nanti kite akan cocok kat bontot ubat untuk pekatkan darah. 2 hari sekali akan kena cucuk." alamak, ngerinya. pas dapat ubat kat klinik, dengan jayanya saya makan mengikut yang nurse tu suruh. tanpa skip langsung. dah kena macam ni baru la nak sibuk ingatkan ubat. pegnen anak sulung dulu pon HB saya low jugak. agaknya kalau pegnen inilah masalah saya.

saya berdoa agar perjalan mengandung saya kali ni berjalan lancar tanpa ada masalah lagi (alloo....kena pantang makan dan minum sket ye pas ni)...........................