Sunday, July 31, 2011

ramadhan al-mubarak

salam ramadhan untuk semua...semoga bulan yang penuh mulia ni memberikan kita semua 1001 keberkatan dalam menjalani ibadah berpuasa. marilah kite memperbanyakkan amalan pada bulan ramadhan ini.

pagi tadi bangun bersahur jam 5.00 pagi. mak mertua kejutkan. saya dah kunci alarm kat hp. tetiba rasa syahdu pulak nak berpindah rumah lepas ni. bila teringatkan sebulan berpuasa mak mertua akan kejutkan saya. (chett...malas punyer menantu). plus, bila saya turun, dia dah siapkan bancuh air nescafe untuk asbend. saya cuma perlu bancuh air sendiri dan ceduk nasik untuk asbend.

bila bersahur, saya memang xmakan nasi. pagi tadi bersahur dengan cornflakes+milo. saya rasa tu lebih sedap dan senang untuk telan dikala mata susah nak bukak. maknanya selama sebulan saya akan amik cornflakes atau nestum dicampur dengan milo. Insyaallah akan memberikan kekuatan pada orang preggy macam saya ni. ahhaa....sahur jugak saya akan makan dalam 3 bijik kurma. tapi pagi tadi kurma belom sampai, jadi bukak posa nanti baru makan kurma.

berbuka pon saya akan makan kurma dalam sebiji, kemudian baru minum air. kurma jugak akan memberikan x-tra tenaga semasa kita berpuasa sepanjang hari. nanti nak try buat kurma milkshake macamyang opismate saya ada aja. kurma 5 biji, fresh milk, badam. blender kasi hancur, then minum. bila ada masa saya nak blend x-tra then letak dalm fridge kasi sejuk. bila bukak pose minum, pasti sejukkan tekak.

semoga anda semua dapat menahan sabar dalam bulan puasa ni.

p/s:jangan overspend masa kat bazaar ramadhan tau

No comments:

Post a Comment