Wednesday, July 13, 2011

berjaga-jaga

ari tu pegi check up unutk perut. yang paling mengejutkan adalah berat saya naik 4 kg dalam masa 5 minggu, sepatutnya naik dalam 2.5 kilo sahaja. lagi 1 problem pulak adalah HB darah low 10.6 aja. sepatutnya 12 ke atas. oleh yang demikian, nurse set appointment ngan saya esok yakni hari jumaat untuk minum air gula kat klinik. seawal 7.30 dah kena terpacak kat klinik. then kena amik darah, pas tu minum air gula segelas yer bukan secawan, pas 2-3 jam amik darah lagik unutk check sama ada saya ada kencing manis atau pon tidak. biasanya berat yang naik mendadak ni disabitkan dengan penyakit kencing manis ketika mengandung. saya harap resultnya ok la nanti. start malam ni kol 10 p.m. saya kena posa la until minum air gula pada keesokan harinya. pagi jumaat tu minum air kosong pon xboleh sehingga darah diambil untuk kali ke-2.

saya admit la salah saya dok balun air gas je lately ni. ari2 membeli air gas. air kosong tu dah macam xlayan dan xberapa nak pandang. dulu, b4 pegnen saya memang kurang sagat minum air gas ni. kalau makan kat luar minum air kosong atau juice aja. mai tang pegnen ni, makin galak pulak sebat air gas. nah hasilnya, berat naik mendadak. pas balik dari klinik tu trus SAY NO TO AIR BIKARBONAT! baru nak sedar diri yer setelah berat naik terlebih. agaknya kalau berat xnaik terlebih saya ni masih xsedar diri. total sekarang ni dah pegnen nak dekat 8 bulan, saya dah naik 12 kilo. usually, pegnen akan naik dalam 10-15 kg. kenaikan tu memang normal. takut kalau naik lebih dari tu badan jadi gedebom dan susah nak turunkan nanti. habislah segala jeans, kebaya, kurung moden saya.......huhuhu................

unutk masalah ke-2 HB darah low. every visit ke klinik memang HB akan low. sampai nurse cakap "kalau masih low masa 9 bulan nanti kite akan cocok kat bontot ubat untuk pekatkan darah. 2 hari sekali akan kena cucuk." alamak, ngerinya. pas dapat ubat kat klinik, dengan jayanya saya makan mengikut yang nurse tu suruh. tanpa skip langsung. dah kena macam ni baru la nak sibuk ingatkan ubat. pegnen anak sulung dulu pon HB saya low jugak. agaknya kalau pegnen inilah masalah saya.

saya berdoa agar perjalan mengandung saya kali ni berjalan lancar tanpa ada masalah lagi (alloo....kena pantang makan dan minum sket ye pas ni)...........................

No comments:

Post a Comment