Monday, June 27, 2011

kerusus kurussus

minggu depan 5-8 julai 2011 saya kena attend kursus kat INTAN. dekat aja dengan opis INTENGAH ni. so, 4 ari akan berkampung kat sana. nak cukupkan 7 ari punya kursus. kursus kat INTAN ni best jugak, dapat kenal dengan kawan baru dari pelbagai jabatan dan kementerian.
jugak dapat la suasana baru, xde la memerap aja kat opis.

semoga saya dapat menghabiskan kursus ni dengan jayanya.......

keperluan umah

sekarang ni saya tengah renovate skit-skit umah yang dibeli tu. paham-paham je la umah yang dibeli 2nd hand. so , kena touch up sket la. bubuh lipstik, eyeshadow, mascara, lip gloss nak kasi berseri. buat sekadar yang termampu je. bukan lah grand pon. asalkan selesa nak duduk untuk saya sekeluarga.

sekarang ni dah sebulan lebih kerja renovation ni. lately ni, bila dah dekat nak siap indon kontrek tu asyik la monteng aja. ari jumaat xbuat keja, sabtu n ahad memang diaorang cuti, hari isnin pon xbuat keja. seminggu 3 hari aja buat keja. dah la yang buat keja tu 2 orang sahaja. nasib baik la saya ni bukannya rushing nak duduk umah tu. alasan dia pagi medical check up unutk permit keja la, pas tu nak buat passport la. macam-macam hal. jangan lari udah ler. putih mata saya ni.

sekarang ni tinggal nak pasang tile dan tingkap sahaja. yang lain sume dia dah buat. tapi umah tu saya nak cat sendiri. opps...bukan saya yang berpeluh-peluh mengecat, tapi asbend saya serta rakan dan saudara mara akan tunjuk kejantanan mengecat umah itu. nak suh indon kontrek tu cat dia mintak agak mahal, so nak jimat sket buat aja sendiri.

nak fikirkan kaler apa nak cat memang dah jadi 1 hal. sekarang ni bila pegi library kat opis akan pinjam buku anjung seri (bajet nak tengok umah contoh kat dalam tu la). nak tengok kaler apa yang macam cun. kang tengok kat katalog macam cun, tapi bila dah salat kat dinding lain pulak rupenya. udah menyesal. lebih baik buat thesis (alamakkk...macam PHD pulok...hahhahaha). memula nak cat kaler soft grey. then bila selak mejalah tengok kaler coklat macam cantik. unutil now xdecide lagi nak cat kaler apa. asbend pon dah naik pening dengan bini dia yang sorang ni.

then, langkah seterusnya adalah memilih lampu yang berkenan di mata. hari tu ada survey kat balakong dan puchong. nampaknya harga di balakong lebih murah la. kipas kat balakong pon murah. tengok lampu memang cantik. xtau nak pilih yang macam mana. tapi yang pasti untuk umah tu saya kena pilih lampu yang melekap ke siling. siling umah tu agak rendah. kalau amik lampu yang berjurai kang kepala asyik meyondol lampu la pulak.

lepas tu, hajat di hati nak memasang wallpaper kat dinding umah. tapi pasang kat 1 dinding aja. apa orang panggil, feature wall yek. saya pon kurang arif pasal nama ni. yang tau bila tengok dalam majalah memang cantik kalau pasang wallpaper. so, ari tu pegi la survey wallpaper kat taman maluri, cheras. kedai tu memang jual wallpaper dan border. masuk aja kedai bukan main banyak lagi katalog yang nak kena khatam. sampai juling bijik mata xtau nak pilih yang mana. sumenya cantik-cantik. tapi, lastly beli yang clearance dulu. nak try pasang dalam bilik. kalau asbend berjaya pasang tanpa ada menggelembung, baru berani nak beli unutk pasang kat runag tamu. kiranya bilik saya nanti akan jadi tempat ujikaji. harap-harap la jadi okey. nak panggil orang pasang upah agak mahal (saya ni sume cakap mahal, tapi nak cantik..heheh). padahal tengok orang pasang memang senang (oii..orang tu memang dah expert la, sebab tu nampak macam senang). 1 more thing corak dan warna kena jugak berpadanan dengan cat yang ada pada dinding yang lain. kalau pandai matchkan lagi nampak ummmphhh......





ni wallpaper yang berbunga jarang




kalau macam ni heavy sket bunga dia, kena berani


ini dia kipas (masa ni tengok-tengok aja)





lampu style melekap kat siling ni menjadi keutamaan




sumenya dah survey. cume tunggu asbend pilih lagi sekali aja. FYI, saya pergi survey sume menda alah ni dengan mama n kakak juga ah boy. asbend sibuk dekat bengkel dia. nanti kena repeat pegi sume kedai untuk dia pulak buat pilihan ataupun bagi pendapat dengan pilihan saya. unutk orang yang xsabar macam saya ni, rasanya hujung minggu ni macam nak pegi beli lampu, kipas dan sebagainya. tapi asbend kata nanti dulu, tunggu umah dah settle, siap sume baru beli.


oleh yang demikian, saya yang menurut perintah akan beli masa sume keja-keja reno settle........


p/s: hopefully dapat beraya kat umah baru








Thursday, June 23, 2011

preggy stage

hookeyy...mari kita mulakan melihat transformasi pipi dan pertu serta badan. semakin mengembang....




muke macam hepi coz pas baru check positif pegnen (masa ni dah 2 bulan)




time ni 4 bulan (degil jugak nak pakai baju glemer)


5 bulan (trip to penang)





6 bulan (berjalan ke majlis PUSPANITA)







7 bulan (lepak kat opis)



less than 100 days to go :)






disneyland mari

ari tu bos dept saya pegi holiday kat UK. lama jugak la dia cuti, dalam 20 hari lebih.memang sakan la dia berjalan. bila dia balik, saya pulak yang eksited lebey. kengkonon nak dapat cokelet ke hapa ke. tapi semuanya hampa. dah seminggu apa pon xde (truk tol la saya ni).

then selasa ari tu bos dept ada mintak masukkan SKT dia dalam HRMIS. saya pon terus la buat macam yang dia nak. time tu pulak HRMIS sungguh baik, berjalan dengan lancar tanpa menyakitkan hati. keja menjadi beres dalam sekelip mata la. then, saya inform dia SKT dah siap masuk HRMIS n mintak dia check. dia kata ok. xlama pas tu, dia kuar dari bilik dan bagi saya


-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-





bos: this is for you....

me: ohh..thank you (dalam nada hepi dapat FM)


bila dapat, terus la membelek FM ni. disneyland paris. wahhh...merata jugak la bos ni berjalan yer. tambah lagi la 1 koleksi kat peti ais.


next, disneyland item adalah pemberian hibu ayam kat opis ni a.k.a kak leen. ari tu dia pi holiday ngan family ke hongkong. bila balik, dia kasi pen ni. sayang nak bukak n guna. so, saya biarkan pen ni tersimpan rapi dalam plastik. nak bagi kat si hero kompom dia bawak pi sekolah n hilangkan. so, saya simpan kat opis aja.




comel aja ada gambar katun-katun

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

ini adalah gambar pose manja dari hibu ayam...kelassssss gitew




Tuesday, June 21, 2011

firefly promo

rakan sekalian,

firefly sekarang ni tengah buat promo untuk ke langkawi, kuching, KK, sibu, tawau. harga serendah RM18. terbang jan-march next year. pagi tadi datang je kerja terus memulakan misi unutk booking tiket. ini untuk dan adik beradik dia berjalan. destinasi adalah langkawi. as usual, tempat dia berkali-kali dah pergi tetapi tetap di hati.

yang bestnya firefly ni luggage free 20kg, dapat refreshment (air mineral n kacang) dan boleh pilih tempah duduk. tadi dah berjaya booking untuk 6 orang. total kena bayar RM228 aja, means sorang jatuh harga RM38 untuk return tiket. murah kan. pegi langkawi ni bukan apa, nak dapatkan hotel murah pon senang. booking federal villa (rumah kerajaan). selesa dan harga berpatutan.

saya pon sibuk jugak la nak booking untuk ke langkawi lagi, tapi asbend kata dia dah boring g langkawi. dia nak g tempat lain. if nak pegi KK, per person RM158 nett. consider harga ni murah lagi la. mana nak dapat. saya xpernah lagi pergi KK. tapi tunggu la if AA ada wat promo lagi murah.

kalau air asia lak, memang ada promo best, tapi kena bayar untuk luggage, then kalau nak pilih seat pon kena bayar jugak. tapi kalau dah promo tu menang sebat AA jugak la. hari tu AA wat promo tiket RM0.00 kan. dapat jugak la saya booking ladies outing ke padang. tapi tiket ke padang RM10.00, time tu xde plak yang RM0.00. pegi 6 orang jugak. saja bawak makcik jenjalan ke sana. saya pon xpernah pegi lagik.

tapi next year saya dah ada baby, so kena plan betol-betol if nak pegi berjalan sana sini. kena pertimbangkan. kalau hero yang besar tu xkisah sangat. sebab tu sekarang ni kurng menggila skit nak booking ke sana sini.

repeat potong kek

ari tu ada wat n3 pasal birthday party my hero yang kureng menjadi disebabkan di bengang kek dia kaler pink kan. unutk memuaskan hati dia, saya buat lagi skali besday party. kali ni ada dua orang yang potong kek. my hero n cousin dia (dey all sebaya, cousin dia lahir 2 minggu pas dia lahir dalam bulan april gak).

kali ni tempah kek. tapi sumenya ada hal xboleh nak buat. si hero ni dah sound awal-awal nak kak gambar moto. finally, ada sorang bakers ni suggest member dia. nasib baik la member dia agree nak buatkan kek ni. bakers ni kat puchong, memang dekat je la nak pick up kat umah dia. tempah kek 2 kg untuk si hero.



ni dia kek dia. memang senyum tersimpul la bila dia tengok kek ni. memang menjadi idaman dia.




bersedia nak potong kek. crowd dah start menyanyi untuk dia. muke control ensem....



ni adalah cousin dia yang memeriahkan lagi majlis ni





yang pakai baju merah kat sebelah kanan tu la cousin dia yang muda 2 minggu dari dia.







sesi potong kek lagi

masa wat party tu, ada lagi 1 extra kek sempena hari ibu. sesiapa ibu yang datang, diaorang beramai-ramai potong kek together-gether.....










in flight shopping

bulan mei ari tu terbang ke jakarta dengan opismate+tunang dia. kami bertiga aja dari sini. memula last 6 months masa beli tiket, member cakap dia nak beli barang untuk majlis kawen dia. bila nak dekat pegi dia kata nak tunda plak kawen dia. so, dia xde la membeli sakan kat sana. dia just jenjalan kerna baru 1st time g sana.






amik flight air asia. masa tu tengah promo tiket murah. harga tax+makanan+luggage xsampai seratus pon return ticket. memang berbaloi. dan seperti biasa kat jakarta dok umah member kat kedutaan mesia, dia keja kat sana. tapi yagn xbestnya bulan 2 next year dia dah nak balik msia. so, pas ni kalau ada rezeki pegi jakarta kena dok hotel la nampak gayanya.


masa dalam flight ke jakarta tangan ni memang suke aja nak selak magazine shopping. at dat time, perfume ada offer 50% wooo...... fuh...memang best la kan. tapi bila tanya kat flight attandence tu dia kata pergume sume SOLD OUT. chisttt...hampeh dot com betoi la. so, hati ni nak jugak beli selak punya selak magazine nampak la set yang cenggini.






tanpa membuang masa terus order kat FA tu. nasib baik ada. masa nak bayar guna RM coz sayang nak pakai rupiah, tapi converter to RM membunuh tol la...ni memang nak belikan unutk mama. dia suka sangat pakai lipstick Elizabeth Arden ni. dalam set ni ada 2 batang lipstik dan 1 compact powder. kiranya tu hadiah Hari Ibu la. bila dah sampai msia, bagi kat dia. tapi dia bagi 1 lipstick kat saya coz kalernya macam brown sket. dia amik kaler yang macam reddish. dia xsuke coklat sangat. mama dah bagi apa lagi sebat aja la.


lipstick ni memang best la. mulut xkering. jadik sekarang ni memang pakai yang ni aja la pegi memana pon :)

lamanya...

hai....

lama pulak wat n3 kat sini. PC ada problem la. now dah okeh..so pas ni nak wat entry bebanyak coz dah lama memeram...

c u .....