Monday, June 27, 2011

keperluan umah

sekarang ni saya tengah renovate skit-skit umah yang dibeli tu. paham-paham je la umah yang dibeli 2nd hand. so , kena touch up sket la. bubuh lipstik, eyeshadow, mascara, lip gloss nak kasi berseri. buat sekadar yang termampu je. bukan lah grand pon. asalkan selesa nak duduk untuk saya sekeluarga.

sekarang ni dah sebulan lebih kerja renovation ni. lately ni, bila dah dekat nak siap indon kontrek tu asyik la monteng aja. ari jumaat xbuat keja, sabtu n ahad memang diaorang cuti, hari isnin pon xbuat keja. seminggu 3 hari aja buat keja. dah la yang buat keja tu 2 orang sahaja. nasib baik la saya ni bukannya rushing nak duduk umah tu. alasan dia pagi medical check up unutk permit keja la, pas tu nak buat passport la. macam-macam hal. jangan lari udah ler. putih mata saya ni.

sekarang ni tinggal nak pasang tile dan tingkap sahaja. yang lain sume dia dah buat. tapi umah tu saya nak cat sendiri. opps...bukan saya yang berpeluh-peluh mengecat, tapi asbend saya serta rakan dan saudara mara akan tunjuk kejantanan mengecat umah itu. nak suh indon kontrek tu cat dia mintak agak mahal, so nak jimat sket buat aja sendiri.

nak fikirkan kaler apa nak cat memang dah jadi 1 hal. sekarang ni bila pegi library kat opis akan pinjam buku anjung seri (bajet nak tengok umah contoh kat dalam tu la). nak tengok kaler apa yang macam cun. kang tengok kat katalog macam cun, tapi bila dah salat kat dinding lain pulak rupenya. udah menyesal. lebih baik buat thesis (alamakkk...macam PHD pulok...hahhahaha). memula nak cat kaler soft grey. then bila selak mejalah tengok kaler coklat macam cantik. unutil now xdecide lagi nak cat kaler apa. asbend pon dah naik pening dengan bini dia yang sorang ni.

then, langkah seterusnya adalah memilih lampu yang berkenan di mata. hari tu ada survey kat balakong dan puchong. nampaknya harga di balakong lebih murah la. kipas kat balakong pon murah. tengok lampu memang cantik. xtau nak pilih yang macam mana. tapi yang pasti untuk umah tu saya kena pilih lampu yang melekap ke siling. siling umah tu agak rendah. kalau amik lampu yang berjurai kang kepala asyik meyondol lampu la pulak.

lepas tu, hajat di hati nak memasang wallpaper kat dinding umah. tapi pasang kat 1 dinding aja. apa orang panggil, feature wall yek. saya pon kurang arif pasal nama ni. yang tau bila tengok dalam majalah memang cantik kalau pasang wallpaper. so, ari tu pegi la survey wallpaper kat taman maluri, cheras. kedai tu memang jual wallpaper dan border. masuk aja kedai bukan main banyak lagi katalog yang nak kena khatam. sampai juling bijik mata xtau nak pilih yang mana. sumenya cantik-cantik. tapi, lastly beli yang clearance dulu. nak try pasang dalam bilik. kalau asbend berjaya pasang tanpa ada menggelembung, baru berani nak beli unutk pasang kat runag tamu. kiranya bilik saya nanti akan jadi tempat ujikaji. harap-harap la jadi okey. nak panggil orang pasang upah agak mahal (saya ni sume cakap mahal, tapi nak cantik..heheh). padahal tengok orang pasang memang senang (oii..orang tu memang dah expert la, sebab tu nampak macam senang). 1 more thing corak dan warna kena jugak berpadanan dengan cat yang ada pada dinding yang lain. kalau pandai matchkan lagi nampak ummmphhh......





ni wallpaper yang berbunga jarang




kalau macam ni heavy sket bunga dia, kena berani


ini dia kipas (masa ni tengok-tengok aja)





lampu style melekap kat siling ni menjadi keutamaan




sumenya dah survey. cume tunggu asbend pilih lagi sekali aja. FYI, saya pergi survey sume menda alah ni dengan mama n kakak juga ah boy. asbend sibuk dekat bengkel dia. nanti kena repeat pegi sume kedai untuk dia pulak buat pilihan ataupun bagi pendapat dengan pilihan saya. unutk orang yang xsabar macam saya ni, rasanya hujung minggu ni macam nak pegi beli lampu, kipas dan sebagainya. tapi asbend kata nanti dulu, tunggu umah dah settle, siap sume baru beli.


oleh yang demikian, saya yang menurut perintah akan beli masa sume keja-keja reno settle........


p/s: hopefully dapat beraya kat umah baru








No comments:

Post a Comment

Post a Comment