Sunday, January 30, 2011

CARA MEMILIH MAINAN

Kali ini mari kita skodeng ah boy menyopping barang mainan dia.





pandang-pandang hingga ke akar umbi..kot-kot kat belah belakang ada yang gempak



pegang-pegang agar tidak terlepas dari tangan...korang sume jangan nak usha mainan ni ye





ehhh...macam ada yang lain lebih menarik...xjadi la yang tadi


dari sudut pandangan jauh skit la agar perspektif pandangan terbuka lebih luas untuk nampak semua jenis mainan



kotak yang ni nampak besar dan menarik......
saya akan pilih yang ini
time ni umur dia 3 tahun. tara umur macam ni pon dah pandai pilih-pilih yang best..alahai budak sekarang ni




STYLO....

sebelum ni saya ada mention ada team netball kan...okey, kali ni nak tayang muke-muke player saya yang bersemangat waja ni serta cun

dari kiri : faridah, iera, dilla, intan, kocok, miss jamie, ida, ita

duduk: maz, aiin, nora

Masa ni STYLO join tournament Puteri UMNO kat Taman Medan. Masa ni STYLO dapat jadi johan kumpulan sahaja......

Yang pakai baju pink tu Ketua Puteri UMNO PJS (Miss Jamie).

Walaupun kalah, tapi kami tetap enjoy dengan tournament ni........

JAUH PERJALANAN



Hari ahad sepanjang hari hujan, dari pagi sampai ke malam. Pagi tu indon kontrek tu nak datang tengok rumah. Apa yang kitaorang nak renovate. Bila dia datang tengok, senang skit dia nak quote harga. Dalam hujan tu pon dia datang jugak (bagus betul dia ni, nak cari job sanggup datang). Bawak indon kontrek tu tengok rumah sume, then baitau dia apa yang kitaorang nak repair. Dia dah take note sume tu, dia kata nanti dia call unutk bagitau cost nak reno. Dia kena balik dulu wat kira-kira untung rugi. Tapi dia dah bagitau siap-siap yang harga barang sekarang dah naik. Semuanya dah naik. Simen dulu RM7 sekampit, sekarang RM16-17. Wow...berganda-ganda. Ni yang rasa macam nak bukak hardware.


Indon kontrek ni dulu pernah reno umah my sis. Kerja dia memang cantik, puas hati la tengok finishingnya. Tapi dia ni xberapa ok tang wiring. Umah my sis dulu asyik short je lampu, asyik-asyik terbakar.


Kalau nak wat wiring, kena panggil orang yang betol-betol pandai (ada sijil). Kalau biasa-biasa je in future akan mengundang masalah. Tapi saya memang saja suh dia quote semua sekali.


Lepzas dia site visit umah, saya, mama, kakak & ah boy borak-borak kejap pasal umah. Then kitaorang gerak pegi Nilai. Tujuannya nak pegi kilang white horse kat sana. Dulu masa my mum renovate umah dia, dia bli barang kat sana. Murah katanya. Tu yang kitaorang sume gigih pegi ke nun jauh di Nilai.


Sebelum ke Nilai, singgah dulu coffee break kat petronas. Tima tu hujan, perut masing-masing la berkeroncong lapar. Minum la air panas n makan waffle kat situ. Sedap jugak wafflenya. Time tu xde orang, tu yang staff situ buat sedap+garing kitaorang punya waffle.


Selesai lapik perut, perjalanan pon bermula. Macam gaya nak balik kangpong plak we all ni. Sepanjang jalan ke Nilai hujan. My sis yang bawak keta. Ah boy memang xbagi saya bawak keta kalau mummy n opah dia ada. Sebab tu la my sis bengang ngan dia..hehehe......


Dah sampai Nilai, kilang white horse tu pulak tutup. Apek tu kata baru je tutup kol 2 tadi. Kitaorang sampai kol 3.30. Huk..huk..huk..sedih n frust betol la. Then xtau nak pegi mana, singgah je hardware area situ. Saja cuci mata tengok barang-barang untuk buat rumah.


Ronda dalam hardware tu nampak pulak meja belajar yang ada huruf ABC. Memang pernah terlintas dalam hati nak belikan meja tu untuk ah boy. Sekarang ni hari-hari dia dia ada keja sekolah, so lebih selesa dia buat homework atas meja rather than meniarap atau duduk atas lantai. Jadi, ah boy pon dapat habuan dia. Punya la dia suka bila saya cakap nak beli meja. Suruh dia cuba duduk kat kerusi dulu (dia dengan pantas mengikut arahan). Then dah ok, letak dalam troli barang. Siap cakap...


"mama, balik nanti kite tulis dulu tau"


tulis = buat homework


Kat hardware tu sekejap je coz xde menda yang menarik. So, kitaorang pon teruskan perjalanan. My sis cakap ....


" jom kita pusing-pusing nilai 3 nak x"


saya pon apa lagi, agree saja la kan. walaupun nilai 3 sebenarnya xde dalam agenda hari tu.


Dah sampai Nilai 3, mak aihh...banyaknya kedai. Xtau nak mula dari mana. My mum kata dia nak tengok baju. So, benti lah kat kedai kain pasang. Ah boy pulak sibuk nak beli pelampung Ben10. Turun dari kereta, semestinya la kena beli barang ah boy dulu kan (kalau tak beli dia akan wat hal. so, nak jalan-jalan pon susah). Sampai kat kedai jual pelampung tu ingatkan trus nak amik san bayar je pelampung, rupanya jerat sedang menanti. Rupanya itu adalah KEDAI MAINAN.


Wahhh....tawaran hebat la buat ah boy ni. Dia terus masuk dalam kedai tu dan membuat pilihan yang rapi. Saya tengok harga kat situ mahal (fixed price). Penguin yang naik tangga tu kat pasar pagi/malam Taman Medan baru RM20 (after mintak kurang), tapi kat nilai 3 RM30 (mahalkan).


Ah boy telah memilih mainan Thomas. Saya dah cakap kat sini mahal, nanti beli aja kat KL. Tapi dia jawab....


"kalau kat KL xde macam mana?"


haih...dia keluarkan ayat bijak pulak pada masa begini. Susah pulak saya nak jawab. Finally belikan dia pelampung Ben10 dan Thomas. Biasanya, saya akan beli set Thomas kat indon. Kat sana lebih murah. Kat Jusco cni rega makan beratus-rauts, kat indon below RM100. Setiap kali pegi indon, kado (ole-ole) untuk ah boy adalah set thomas.

inilah set Thomas beli kat indon. harganya baru RM96





Untuk semalam, ah boy telah berjaya pau 4 benda untuk diri dia:-

1. Meja ABC

2. Pelampung Ben 10

3. Mainan Thomas

3. Kain cadar Mickey Mouse




ah boy menikmati twiggies



sis + mum = coffee break @ PETRONAS
Selepas beli barang mainan ah boy, kitaorang bergerak ke kedai kain. Seperti biasa my mum akan pilih-memilih kain dengan penuh semangat. Dia memang suka buat baju baru. Kalau mood menjahit dia datang, dia akan jahit 5 pasang baju sekaligus, so dalam minggu tu dia akan pakai sume baju baju (jeles i). Saya kat situ tolong pilihkan kain untuk dia jugak. Ada jugak saya rembat kain opel untuk buat baju. Saja je tumpang sekaki. He..he..he.... Rasanya my mum berjaya membeli 4@5 pasang baju. My sis semestinya tidak berminat nak buat baju kurung kerana dia pegi keja pakai seluar aja.
Kat kedai Matahari tu langsir dia pon cantik sangat. Memang la berkenan dengan kaler purple. Tapi mam kata tengok dulu nak cat dinding kaler apa, then baru boleh beli langsir. Saya agree aja if tailor cakap macam tu. FYI, kat situ langsir untuk whole rumah boleh siap dalam masa 1 hari sahaja. Menakjubkan! Kebanyakan kedai memang wat promise macam tu. Semua kedai berusaha nak memikat customer dengan skill menjahit yang diaorang ada.
Kedai seterusnya adalah kedai perabot. Saja je singgah kedai perabot jati. My mum memang dah lama berkenan dengan meja makan oshin yang rendah tu. So, saja je la nak survey harga kat situ. Pakistan lu memang bagi layanan 1st class. xjemu-jemu dia melayan kitaorang ni. Tanya harga itu lah, ini lah, tp dia xbuat muka bosan. Semua sofa jati la dah ty dan tanya harga. Free delivery lak tu kemana-mana pon. Memang minat kat kerusi jati tu, walhal sebelum ni memang xterlintas pon nak beli kerusi jati.




saya suke yang ni, nampak klasik



yang ni feberet (tetiba lak)


Jadi, Nilai 3 ni memang berhantu coz berjaya mempengaruhi kami untuk membeli. Dah bayar deposit uutk kerusi makan oshin. tapi untuk sofa ni nakkena fikir-fikir dahulu........

OTW bali ke umah, indon kontrek tu call. Dia siap suh amik pen dan kertas untuk tulis kerja-kerja yang dia kan buat. Saya pon menulis la semua yang dia sebut tu. Finally, dia sebut la total renovation yang dia dah buat. I'M QUITE SURPRISE! Memang la terlebih bajet dalam 10k. Tu la, bajet xbesar, tapi selera besar. Itulah padahnya...kuang...kuang...kuang....

Oleh yang demikian, saya akan reduce skit kerja, kerja yang dia akan wat unutk reducekan lagi kos renovation rumah tu. Saya berharap semuanya akan dapat berjalan dengan lancar.
Aminnnn




































PANAHAN KEDAI UBAT

Setiap kali hajat di hati nak pergi membeli susu untuk ah boy ni, dia pon akan turut serta mengikuti rombongan pembelian susu ni.
" ma, ayang nak ikut pegi beli susu. ayang nak main ketuk-ketuk"
Ini kerana dekat situ ada mainan yang dia boleh layan selepas pembelian susu dibuat. Memang la dia suka kan. Dapat main seround pon jadilah (melepaskan ketagih kat menda alah ni).
Biasanya saya akan tukar coins RM4 (tapi kalau malas nak layan sangant tukar coin RM2 aja). Pergame RM1. Menda pertama yang dia akan main adalah ketuk-ketuk. Dia memang suke yang ni kerana mainan paling senang. Sebab tu la kalau pegi tengok wayang kat Pyramid, sebelum masuk wayang dia akan ronda dalam pusat game dulu. Pas tengok wayang dia akan main game ketuk-ketuk jugak.
Round kedua ialah naik menatang lagu-lagu tu. Kalau terkena lagu slow dan goyangan menda tu yang slow dia akan bosan dan turun dari menda tu. Tapi saya akan suh dia tunggu sampai menda tu benti (main jugak, tadi sebok sangat nak main kan). Saya umpama mak yang ditaktor..heheheh
Jom kita layan gambar ah boy menikmati pra fun fair dia kat kedai ubat cina






thomas (muke bosan le tu pandang kiri kanan)



benda ketuk-ketuk terletak di sebelah thomas



memusing stering thomas dengan penuh yakin
setelah habis coin, kami akan pulang terus ke rumah. biasanya saya akan cakap ......
"nanti kita datang main lagi yer"
nak memujuk perasaan dia, takut dia tiba-tiba xnak balik


Thursday, January 27, 2011

LANTAI KAYU

hari sabtu dan ahad ni nak gunakan masa dengan pergi survey tile, pintu. dan i ajak my sis untuk temankan also bagi pendapat. as usual asbend akan bizi dengan job dia repair keta. tapi biasanya dia akan setuju aja dengan cadangan bini dia. tu yang i suke. jadi xsusah nak pilih coz sebelah pihak will say OK.

untuk i punya bilik tido, plan nak buat lantai kayu. nampak lebih nyaman kot kalau terpandang kayu kayan ni. kononnya pecinta suasana rainforest. tapi memang dah lama dok aim lantai macam ni. kat ruang tamu guna tile yang biasa aja. kan i pernah berangan nak beli set bilik tidor jati from indon, so kononnya amtch la dengan lantai tu. biar semua nampak kayu kayan je dala bilik tu. mostly orang cakap lantai kayu ini akan menggelapkan ruang/bilik. ok, oleh kerana itu, i decide nak buat sliing door kat master bedroom tu. so, lebih banyak cahaya akan menembus masuk ke dalam bilik kami tu, plus master bedroom tu memang ada tingkap kat belah tepi coz umah kami end lot. i suke banyak tingkap, tapi asbend kata buat apa banyak-banyak tingkap. tang tu i agree je la dengan dia. tu je pendapat dia bagi. tang menda lain sume i yang konker.


urghh..speechless.....dengan lighting..memang thumb up kat lantai kayu ni
(rumah i bukan sebesar ni ye..ha3...)






see...very nice..sebab tu i suke
misi akan bermula sabtu petang lepas balik dari game futsal. game ni continue dari last week punya. harapnya game habis awal, jadi lebih banyak tempah akan i terjah untuk survey menda ni. tapi rasanya xbeli lagi kot coz kebanyakan orang kontrek wat umah xnak amik upah sahaja. diaorang akan kira sekali dengan harga barang. i nak pegi bli barang sendiri. lebih jimat kan. kita dah tau tempat mana yang murah n banyak pilihan. dah suh asbend dealkan ngan kontrek tu, tp dia mintak quote harga je, bukan nak tanya earlier sama ada diaorang nak amik upah sahaja atau tidak. geram je. tapi malas nak cakap lebih-lebih. kang ada yang sentap.

Wednesday, January 26, 2011

1











hari ni banyak menggunakan angka 1...ceritanya bermula di sini....








pukul 1 tadi balik umah. nak siapkan kerja yang tertangguh malam tadi. dalam masa 1 jam tu la buat semuanya. antara kerja fast furious dalam masa 1 jam tadi:












seterika baju sekolah zhafran








sidai baju








mandikan zhafran + siapkan untuk pegi sekolah








siapkan baju futsal + kasut untuk training petang ni








ajar zhafran baca iqra
















(phewwww......pack)
















keluar je dari rumah tiba-tiba teringat jambu batu taruk asam..singgah pulak bli jambu RM1 (dapat la 2 ketoi), then trus drive g opis. sambil drive sambil makan jambu tu. sedap plak coz jambu tu tengah sejuk (diaorg rendam ngan ais) masa makan.






kalau balik kampung (perak) i akan exit kat bidor, then bli jambu batu (xde biji) ngan jambu air (madu). memang menda yang wajib beli la kalau lalu kat situ. semua yang jual adalah tokeh cina. harga bergantung pada musim. kalau cuti sekolah @ public holiday harga akan naik sampai anda akan terkejut. kalau hari biasa jambu batu xde biji tu leh dapat 3 kili RM10 aja. tapi jambu air madu tu memang harganya RM10 seplastik. sedap apabila dicicah dengan kuah rojak MAK BEE atau serbuk asam. nak balik ke kl pon macam tu gak, singgah beli unutk orang kl. kononnya buah tangan dari kampong.
jambu air (madu)

jambu batu (yang macam beli RM1 dapat 2 ketoi)

NO! NO! NO!





apa yang berlaku ni?
saya katakan tidak pada ..........................


NASI
bukan kejadian ni saja nak melaparkan diri...oh..mana mungkin ya orang asia meninggalkan makanan ruji mereka. ini unutk sementara sahaja. selepas mendapat apa yang saya idamkan, proses pemakanan nasi akan berjalan seperti biasa balik.
kenapa ini terjadi?
saya nak cuba unutk tidak mengambil nasi sebagai menu harian. sekarang ni dah day 4 tanpa nasi. dah berjaya disiplinkan diri dari nasi uutk 4 hari. tp xtau la diet untuk 4 hari tu sebenarnya betul @ tidak sebab saya bukan pakar diet.
LUNCH TIME
DAY 1: AYAM BAKAR (QUARTER CHIC) + SALAD
DAY 2 : AYAM PERCIK BAKAR (PEHA SHJ) + CENDAWAN + CARROT
DAY 3: AYAM BAKAR (QUARTER CHIC)
DAY 4 : IKAN KEMBONG BAKAR
DINNER
DAY 1 : ROTI CANAI BIASA
DAY 2: SUP TULANG
DAY 3: ROTI CANAI TELOR
DAY 4: KFC
sebenarnya menu ni semua menambah lemak jugak. roti canai tu pas makan kita kena jogging sejauh 15km baru dapat bakat fat yang terkandung dalamnya (huh..ada larat kaaa mau jogging sejauh itu?). tang KFC pulak dah tentu la ayam tu bergoreng kan. minyak jugak.
kalau kat opis memang buleh mendisiplinkan diri dengan makanan bakar coz banyak jual area opis ni. kalau xnak rambang mata pilih lauk yang bukan-buka, kirim je kat kawan-kawan yang kuar beli makanan. jadi selamat la kan. order ayam bakar, dapat ayam bakar la.klu sendiri yang pegi, dalam hati ni ayam bakar je, tapi sampai kat sana bergedil la, pulut la....tu dah kehendak, bukan lagi keperluan kan.
pas ni malam je nak makan buah aja. sekarang kan nak CNY, so dapat banyak la limau. telan limau je la. kasi badan dapat lebih vitamin C. sementelah saya memang suka sangat makan limau. setakat 5 bijik tu memang xde hal punya nak abihkan.
kita nantikan setakat mana pengakhiran cerita NO RICE saya ni. rasanya lama la nak bertahan tanpa nasi.
hari ni khamis, so kena pakai batik. saya pon dengan rasa bangga nak la memakai kain batik dan kebaya nyonya. dah siap iron baju dengan senyuman...bila sarung kain n nak zip, haih..pasaipa fit-fit aja kain ako ni.dulu ada jugak ruang kat pinggul. kemuadian, pakai pulak kebaya nyonya yang dah sekian lama xpakai, uhhhh....fit-fit jugak...sudah ku jangka ini akan terjadi jika xboleh nak mengawal napsu makan.
nak semat brooch kat baju pon xboleh semat kat dada, kena letak brooch kat bawah skit..rasa nak menangis je bila terkenang zaman slim dulu (slim ker???)

SLIDING DOOR

semangat membuak-buak untuk search gambar dalam internet telah bermula dari minggu lepas lagi. ni kes nak renovate rumah la. pasal pintu iadaman i dah ulas dalam entry sebelum ini. sekarang ni nak kedai yang ada jual sliding door yang bercorak. biasanya sliding door plain aja kan, tapi i ni kan suke menda yang lain sket.
ceritanya, sliding door ni nak letak kat belah atas (master bedroon yang connect to balkoni). sekarang ni ada pintu dah 2 tingkap. tapi sume tu tak mau dah lah, nak kasi mood baru. tapi i nak sliding yang bercorak cam ni. nampak la cantik n sexy sket. usually orang buat yang plain aja kan.
ni contoh yang macam i nak. corak xkisah la macam mana pon. tapi nak yang bercorak bagai. corak xheavy sangat pon xpe. make it simple and nice.

kalau yang ada corak macam ni, xde la transparent sangat. means kita boleh jugak la selak langsir, so, image kita kat dalam bilik samar-samar je orang nampak. xle la nampak terus siaran langsung kan.

corak macam ni ala-ala dedaun pon macam cantik jugak. tapi kat kedai nanti sure macam-macam corak ada. tinggal nak hulur duit ada. anyone tau kat mana kedai yang boleh buat benda ni dengan harga yang berpatutan? kalau mahal sangat nampak gayanya terpaksa guna yang biasa aja. bajet saya xbanyak sangat coz nak asingkan uutk perabot la, barang letrik la.

sekarang ni kan dok dengan mertua, so memang xbanyak barang yang i miliki. pas ni kena start membeli sikit-sikit. beli yang penting dulu la. yang rasa-rasa xmustahak tolak ke tepi dulu.

xboleh la nak dump semua duit ke reno aja, kang duduk atas lantai la jawabnya. sek ni kena plan bertol-betol agar menepati bajet yang telah ada.




HASIL REMBATAN

hari tu i ada entry pasal LEWRE WAREHOUSE.hari yang ditunggu telah tida.kol 10 lebih sket bergeak g kat lewre shah alam.sampai aja kat sana trus namapk my fren yang keja kat sana.so, dia pon mengeluarkan kasut yang i dah pilih dari katalog warehouse tu.sesi mencuba kasut demi kasut berjalan dengan lancar tanpa ada gangguan. ada kasut yang ok, ada yang nampak xsesuai bila i pakai. so, pegi lagi menerjah kat dalam warehouse tu nak pilih lagi (mana tau ada yang berkenan).memag banyak pon yang berkenan.tengok dalam katalog macam xmenarik.bila tengok real memang menarik habis.cun! especially kasut yang ada swarovski.
mostly kasut yang dekat situ actual price RM199-299. untuk warehouse ni harga dari RM30-100.memang berbaloi.rasanya sapa xbeli memang tido xlena kerana memikirkan kerugian.nak beli kat butik lewre memang xkan la.
hasil rembatan kat lewre adalah sebanyak 8 pasang kasut. total damage RM310. puas hati. dapat amik wedges 4 pasang (i suke wedges), heels 2 pasang, sandal (untuk pakai hari-hari: leather) sepasang, flat shoes (ballerina) sepasang.
balik tu cakap kat asbend ni stok untuk setahun punyer (ayat-ayat xboleh nak percaya).so, dalam 330 hari yang akan datang, SAY NO TO NEW SHOES! ayat ni kena sematkan dalam otak hari-hari ataupon masa kuar melihat keindahan pusat membeli-belah.

ni antara wedges yang selamat dipakai ke opis
RM50 aja
sekarang ni hari-hari la berangan tukar-tukar kasut pegi keja. yang bestnya bila ada member keja kat lewre ni, bila batu swarovski kat kasut tercabut, anta balik kat dia.then dia akan letak balik batu baru kat tempat dropped stone tadi.jadi, sila lah pakai kasut itu sambil melompat tanpa perlu takut-takut batu terjatuh

MALAM MINGGU

dulu masa sebelum kawin, malam minggu adalah malam of da week, malam yang ditunggu-tunggu dan dinanti-nanti.malam tu la nak pegi jumpa boypren kuar dating dan pi menjelajah kl.
last week saja la nak kuar malam minggu, jalan jem sket la nak ke kl sebab jalan ditutup (orang wat jalan). tengok dlm kereta majority pasangan yang hangat bercinta. teringat pulak zaman bercinta dulu, memang akan keluar naik keta je bila dating. xkisah la jalan jem ke hapa, mesti naik keta (kenderaan untuk memancing girlpren). dulu kuar balik lambat mata xkan mengantuk, tapi sekarang ni mata xboleh nak bukak, walhal baru pukol 10 malam.

pasangan bercinta



tapi, bila sudah 6 tahun kawen, keluar pi kl malam minggu naik moto aja.





kononnya nak elak dari jalan jem, takut ada roadblock dan sebagainya. redha aja la naik moto.tapi best jugak naik moto ni, angin malam sejuk aja (hehehe...cover balik coz xdapat naik keta).
malam minggu tu kitaorang pegi menjamu selera kat nasi lemak city garden.malam tu pulak saja nak merasa otak-otak, tapi haram xsedap pon, hangit pulok.so, pas ni toksah dok bli otak-otak kat sana dah.nasi lemak harga sama, tapi makin ciput je nasinya.dat nite lauk kegemaran i iaitu telur puyoh xdak, so makan ayam goreng berempah aja...pas makan borak n lepak kat sana, nak dekat kol 2 pagi baru gerak balik umah.si kecik tido kat umah opah dia, tu yang sakan keluar balik lambat.




SALOON

Hari ahad lepas, saja la pegi saloon nak cuci rambut. before ni memang dah 2-3 kali berhajat nak cuci rambut kat saloon (sekali sekala) tapi tokeh saloon asyik ada hal aja, so xleh nak g.

finally dapat gak gi saloon tu. masa sampai tu ada sorang customer tengah potong rambut.so, tunggu je la alice (tokeh kedai) wat customer tu dulu.sambil tunggu giliran main-main ngan kucing kat saloon tu (namanya PARIS). then sampai la turn i, mula-mula ingat nak blow aja rambut coz dah basuh kat umah tadi, then memandangkan xde customer, suh dia syampoo balik la.bila xde orang, alice akan garu-garu rambut kite lama-lama.tu yang syiokkkk.......dapat x-tra time la kiranya.









time dia cuci, i tengok la majalah.gaya rambut curly...chantekk....then after cuci rambut, dia pon keringkan rambut tu. pas tu i tengok dia pegi amik curly thong.rupanya dia nak watkan rambut i macam dalam majalah tu.sukenyaaa...ini lah service yang kusukai.kalau xde customer lain, alice ni memang la rajin melayan kita.cakap pi la apapon.pas tu, bila dah siap curlykan rambut, jadilah macam ni....

taraaaaaaaaaaaa









sile abaikan muke dan bentuk badan
FOKUS KEPADA RAMBUT SAHAJA
tima kasih banyak-banyak alice
uutk pengetahuan sume saloon alice ni ada kat TAMAN MEDAN. dia ni share partner ngan cousin i ZAI. zai ni terror bab mekap, alice pulak terror tang rambut. so, kalau pegi diner, diaorg ni la yang selalu siapkan i. hasilnya memang mengagumkan!tabik la.
sebelum ni, kalau pasal nak gunting rambut ke, sekali sekala nak cuci/blow rambut/rebonding i memang xpernah buat kat kedai area kl/selangor.balik kampong baru pegi kedai cina kat TANJUNG TUALANG.kat sana service bagus dan hasilnya baikkk...plus murah pulak tu.kalau kat sini mak aihhh.....MAHAL.....
sebab tu la dulu, time balik kampong je sedara sepupu pompuan sume serbu kedai kat sana (especially i la).wash n blow kat kampong baru RM5. i memang suke kedai cina coz bagus (ubat yang dia pakai, skill n cara dia consult).
tapi sekarang tidak lagi.semenjak alice+zai bukak saloon ni, dah selalu la pegi dapatkan service kat diaorg.alice ni chinese from sabah (sebab tu i suke dia, i kan suke cine yang buatkan rambut). xpayah nak tunggu berzaman balik kampong baru nak dapat gi saloon.

nama saloon diaorang

MILLENIUM HAIR AND BEAUTY CARE



Tuesday, January 18, 2011

PAYET IS READY

i memang obses tengok baju yang cantik-cantik especially yang ada manik.bila nak raya aja akan tiru design manik yang ada kat dalam majalah.tp design yang simple-simple aja la, bukanlah jenis yang menjalar bagai yer.







masa bulan puasa last year, elek-belek la majalah Nona yang covernya Mas Anizan. tengok baju yang dia pakai dalam tuuu..mak aihhh...memanglah jatuh cinta sekali lagi dengan design tu





pic from Nona Magazine



tengok lah design manik baju hijau tu. maniknya berlingkar kat dada n lengan. hati siapakah yang mampu menahan..... dengan semanagt tekad, pegi tempah kat indon baju ni. kat sana manik tok nek macam ni bagai memang la murah (campare msia pya upah).



jadi, i siap gunting gambar ni kat majalah then hantar kesana. then i bgtau member supaya senang dia nak dela ngan tailor nanti.



kat sana, kalau kita nak tempah baju, tailor akan datang amik kat umah.bila baju dah siap, tailor akan datang hantar kat umah.service memang tip top la. tapi.......selalunya diaorang akan wat lain dariyang kita suruh.itulah masalahnya tailor indon ni.



untuk baju i ni, dah explain kat dia suruh jahit MANIK macam dalam gambar, dia kata ok.bila dah siap pulak.....dia pegi sulam dekat dada dan lengan sebijik macam dalam gambar tu. nak je i hentak tailor tu.tp nasib baik la sulaman dia memang cantik, redup sket kemarahan dihati ini.member siap upload kat internet nak tunjuk baju tu.



kerana nak jugak MANIK (napsu napsin yang tidak berkesudahan), i suh plak buat manik, tambahkan lagi manik (gile over betoi).



finally, siap jugak baju tu..dengan penuh puas hati (kembang kempis hidung). kerana baju tu dah macam mak datin, sekarang ni kemana harus dipakai??wahahaha padanlah dengan muke.nak buat meriah sangat, in the end dah tatau tempat yang sesuai untuk baju tu.



kalau ada sesiapa yang nak kawen kat hotel sile la jemput i ye...hahahahahaha (gelak untuk diri sendiri)









pssttt.....baju yang zizie pakai ni pun chantek...full bead kat dada ngan lengan baju. memang juling la mata orang ramai nak menengok manik ni. ari tu dah siap simpan newspaper cutting gambar zizie pakai baju ni, tapi tetiba terbuang pulak...erm...xde rezeki nak menempah manik macam ni kot.



tapi usahaku xkan berhenti disini sahaja..kena berusaha keras nak dapatkan gmbar baju dia untuk yang jelas punya view agar tailor tu xbuat salah lagi.

maaf ye pereka manik, saya memang suke tiru design, nak bli kat butik memanglah xmampu.




FUTSAL



petang ni ada training futsal. hari ni pertama kali dalam sejarah nak main futsal.saja je join futsal wanita jabatan ni kerana :-


1. nak kuarkan peluh








2. nak belajar cara main futsal





3. nak isi dalam SKT 2011 (ha3)



















sementelah hari sabtu ni ada tournament futsal kat Putrajaya (baru sehari training ada hati nak join tournament pulak). team member yang lain kat jabatan ni memang selalu turun main, i ni aja baru menyelinap masuk dalam team tu. saja nak berlari-lari sket pecahkan lemak. kalau pegnen (if ada rezeki) dah xboleh nak melompat-lompat bagai kan. kang kelip-kelip aja la mata tengok orang bersukan. inilah masanya nak melompatt, berlari sehabis peluh.


KEIGINAN MENYUSU

Zhafran Asyraffi start sekolah 5 Januari ari tu. semenjak dia pegi sekolah, makin rancak dia menyusu.tengah tengok tv pon mintak susu, sebelum tido mintak susu, pas makan nasi pon mintak susu.semakin kerap la dia menyusu.dulu tak dak la kerap sangat macam sek ni.


adakah kerana time kat sekolah dia banyak memerah otak untuk belajar sehingga dia memerlukan pertambahan nutrien yang banyak? memang bagus la dia sek ni kerap menyusu, badan dia boleh lah berisi sket.
susu ni agak susah nak cari kat area umah i.kena pegi jauh sket, kat kedai ubat cina ada.harganya mahal sket la.kat 99 speedmart takde jual.kadang-kadang giant/carrefour ada buat promosi harga, tapi unutk vanilla aja, zhaf ni minum perisa coklat.kat guardian dulu ada perisa coklat (rega murah sket dari kedai ubat cina), sekarang ni hanya stok vanilla aja yang ada.
dulu pernah tukar susu, kasi dia minum sustagen kids yang perisa coklat, baru sekali isap dia trus letak balik botol susu then cakap "tak sedap la susu ni". memilih tol, finally sedekah aja kat cousin.
last year try beli Enfagrow A+ untuk dia.masa tu ada booth enfagrow kat pyramid.nyonya tu dok terangkan susu ni murah, baik untuk minda kids n bla..bla..bla.. i pon beli lah.
bila nak bancuh bagi dia minum, dia cakap "ayang tak nak susu putih la"...urghh......
tapi dalam diam campur gak 1 scoop enfagrow dengan susu lama dia, tak nak membazir punya pasal coz nyonya tu kata buleh campur...then dia asyik la cirit aja. pas tu trus stop la.
zhaf ni masa dia baby pernah bagi minum wyeth punya susu jugak, tapi xsesuai la sebabnya dia xboleh minum susu yang ada protein lembu. sekarang ni abott aja yang kebanyakannya soy milk base. dulu dia mium susu based on protein lembu, dia akan cirit tanpa disedari.tengah senyum-senyum rupenya dah terkeluar poo sampai kat belakang pampers.
doktor kata dia kena minum soy milk aja. tu yang kasi Isomil Eye Q, bila dah besar sket ni yang tukar pediasure....
semoga dia rela minum pediasure sampai umur 10 tahun coz susu ni had umurnya sampai 10 tahun....

PINTU HATIKU

bila dengar loan rumah dah lulus, maka otak ini mulalah memikirkan apa yang nak direno kat umah tu.nak buat minor reno aja kerna peruntukan tidak banyak.tp hati ni meronta-ronta nak buat itulah, inilah...




tapi, tang pintu ni memang nak lama berkenan mengidam nak guna pintu jati terbukak 2 ni.

sek ni dok survey la gambar ni kat internet.pintu ni kat indon memang la murah coz diaorg kanpengeluat jati utama. pas wat pintu jati terbukak 2 ni, nak kena wat cermin panjang pulak kat kiri kanan pintu ni, agar cahaya masuk.xkan la nak bukak pintu ni setiap masa bila ada orang kat umah.


umah tu dah la macam main road, memang xputus orang lalu lalang naik keta/moto/jalan kaki.kang kalau bukak pintu banyak pulak mata meliar menengok ke dalam umah.agak segan la kan. jadi, kena la tutup pintu dan tingkap tepi je boleh bukak, tu pon xleh luas-luas sangat. kang ada pulak penyangak seluk tangan mengambil barang kat dalam umah tu yang kecik-kecik punya.





aduhh...kaler feberet...PUTIH












hitam ni nampak macam MODEN KONTEMPORARI sket (ehh btol ke ejaan?)









taraaa...CLASSIC JATI



bila diulang tayang menengok pintu ni, i suke yang kaler hitam la...nampak smart aja

duitnya smart tak anda rasa???




kat malaysia ni harga jati ni boleh tahan mahalnya...tp kalau pintu aja dah ribu riban kena lupakan design matok punya cantik la, kena amik yang biasa-biasa punya design. kang duit stuck untuk hala ke benda lain kan...better than nothing......


i ada member dok kat indon, dia kata perabot jati memang la murahnya.dia selalu dok meneman mak-mak orang (kawan dia yang dah beranak pinak) menyopping perabot jati kat sana.then, bila dah tima balik msia, hangkut naik kargo.uhh.....bestnya!


nanti time dia lak balik msia, igat nak tumpang cargo dia untuk set meja makan ngan set bilik tido jati (hey....ko ingat dia nak bagi ko tumpang kargo dia ker???mak dia pon berlambak perabot jati nak order tau!!).ermm...xbleh ker??kasi la boleh jugak..kesian i....