Wednesday, January 26, 2011

NO! NO! NO!





apa yang berlaku ni?
saya katakan tidak pada ..........................


NASI
bukan kejadian ni saja nak melaparkan diri...oh..mana mungkin ya orang asia meninggalkan makanan ruji mereka. ini unutk sementara sahaja. selepas mendapat apa yang saya idamkan, proses pemakanan nasi akan berjalan seperti biasa balik.
kenapa ini terjadi?
saya nak cuba unutk tidak mengambil nasi sebagai menu harian. sekarang ni dah day 4 tanpa nasi. dah berjaya disiplinkan diri dari nasi uutk 4 hari. tp xtau la diet untuk 4 hari tu sebenarnya betul @ tidak sebab saya bukan pakar diet.
LUNCH TIME
DAY 1: AYAM BAKAR (QUARTER CHIC) + SALAD
DAY 2 : AYAM PERCIK BAKAR (PEHA SHJ) + CENDAWAN + CARROT
DAY 3: AYAM BAKAR (QUARTER CHIC)
DAY 4 : IKAN KEMBONG BAKAR
DINNER
DAY 1 : ROTI CANAI BIASA
DAY 2: SUP TULANG
DAY 3: ROTI CANAI TELOR
DAY 4: KFC
sebenarnya menu ni semua menambah lemak jugak. roti canai tu pas makan kita kena jogging sejauh 15km baru dapat bakat fat yang terkandung dalamnya (huh..ada larat kaaa mau jogging sejauh itu?). tang KFC pulak dah tentu la ayam tu bergoreng kan. minyak jugak.
kalau kat opis memang buleh mendisiplinkan diri dengan makanan bakar coz banyak jual area opis ni. kalau xnak rambang mata pilih lauk yang bukan-buka, kirim je kat kawan-kawan yang kuar beli makanan. jadi selamat la kan. order ayam bakar, dapat ayam bakar la.klu sendiri yang pegi, dalam hati ni ayam bakar je, tapi sampai kat sana bergedil la, pulut la....tu dah kehendak, bukan lagi keperluan kan.
pas ni malam je nak makan buah aja. sekarang kan nak CNY, so dapat banyak la limau. telan limau je la. kasi badan dapat lebih vitamin C. sementelah saya memang suka sangat makan limau. setakat 5 bijik tu memang xde hal punya nak abihkan.
kita nantikan setakat mana pengakhiran cerita NO RICE saya ni. rasanya lama la nak bertahan tanpa nasi.
hari ni khamis, so kena pakai batik. saya pon dengan rasa bangga nak la memakai kain batik dan kebaya nyonya. dah siap iron baju dengan senyuman...bila sarung kain n nak zip, haih..pasaipa fit-fit aja kain ako ni.dulu ada jugak ruang kat pinggul. kemuadian, pakai pulak kebaya nyonya yang dah sekian lama xpakai, uhhhh....fit-fit jugak...sudah ku jangka ini akan terjadi jika xboleh nak mengawal napsu makan.
nak semat brooch kat baju pon xboleh semat kat dada, kena letak brooch kat bawah skit..rasa nak menangis je bila terkenang zaman slim dulu (slim ker???)

No comments:

Post a Comment