Sunday, January 30, 2011

JAUH PERJALANAN



Hari ahad sepanjang hari hujan, dari pagi sampai ke malam. Pagi tu indon kontrek tu nak datang tengok rumah. Apa yang kitaorang nak renovate. Bila dia datang tengok, senang skit dia nak quote harga. Dalam hujan tu pon dia datang jugak (bagus betul dia ni, nak cari job sanggup datang). Bawak indon kontrek tu tengok rumah sume, then baitau dia apa yang kitaorang nak repair. Dia dah take note sume tu, dia kata nanti dia call unutk bagitau cost nak reno. Dia kena balik dulu wat kira-kira untung rugi. Tapi dia dah bagitau siap-siap yang harga barang sekarang dah naik. Semuanya dah naik. Simen dulu RM7 sekampit, sekarang RM16-17. Wow...berganda-ganda. Ni yang rasa macam nak bukak hardware.


Indon kontrek ni dulu pernah reno umah my sis. Kerja dia memang cantik, puas hati la tengok finishingnya. Tapi dia ni xberapa ok tang wiring. Umah my sis dulu asyik short je lampu, asyik-asyik terbakar.


Kalau nak wat wiring, kena panggil orang yang betol-betol pandai (ada sijil). Kalau biasa-biasa je in future akan mengundang masalah. Tapi saya memang saja suh dia quote semua sekali.


Lepzas dia site visit umah, saya, mama, kakak & ah boy borak-borak kejap pasal umah. Then kitaorang gerak pegi Nilai. Tujuannya nak pegi kilang white horse kat sana. Dulu masa my mum renovate umah dia, dia bli barang kat sana. Murah katanya. Tu yang kitaorang sume gigih pegi ke nun jauh di Nilai.


Sebelum ke Nilai, singgah dulu coffee break kat petronas. Tima tu hujan, perut masing-masing la berkeroncong lapar. Minum la air panas n makan waffle kat situ. Sedap jugak wafflenya. Time tu xde orang, tu yang staff situ buat sedap+garing kitaorang punya waffle.


Selesai lapik perut, perjalanan pon bermula. Macam gaya nak balik kangpong plak we all ni. Sepanjang jalan ke Nilai hujan. My sis yang bawak keta. Ah boy memang xbagi saya bawak keta kalau mummy n opah dia ada. Sebab tu la my sis bengang ngan dia..hehehe......


Dah sampai Nilai, kilang white horse tu pulak tutup. Apek tu kata baru je tutup kol 2 tadi. Kitaorang sampai kol 3.30. Huk..huk..huk..sedih n frust betol la. Then xtau nak pegi mana, singgah je hardware area situ. Saja cuci mata tengok barang-barang untuk buat rumah.


Ronda dalam hardware tu nampak pulak meja belajar yang ada huruf ABC. Memang pernah terlintas dalam hati nak belikan meja tu untuk ah boy. Sekarang ni hari-hari dia dia ada keja sekolah, so lebih selesa dia buat homework atas meja rather than meniarap atau duduk atas lantai. Jadi, ah boy pon dapat habuan dia. Punya la dia suka bila saya cakap nak beli meja. Suruh dia cuba duduk kat kerusi dulu (dia dengan pantas mengikut arahan). Then dah ok, letak dalam troli barang. Siap cakap...


"mama, balik nanti kite tulis dulu tau"


tulis = buat homework


Kat hardware tu sekejap je coz xde menda yang menarik. So, kitaorang pon teruskan perjalanan. My sis cakap ....


" jom kita pusing-pusing nilai 3 nak x"


saya pon apa lagi, agree saja la kan. walaupun nilai 3 sebenarnya xde dalam agenda hari tu.


Dah sampai Nilai 3, mak aihh...banyaknya kedai. Xtau nak mula dari mana. My mum kata dia nak tengok baju. So, benti lah kat kedai kain pasang. Ah boy pulak sibuk nak beli pelampung Ben10. Turun dari kereta, semestinya la kena beli barang ah boy dulu kan (kalau tak beli dia akan wat hal. so, nak jalan-jalan pon susah). Sampai kat kedai jual pelampung tu ingatkan trus nak amik san bayar je pelampung, rupanya jerat sedang menanti. Rupanya itu adalah KEDAI MAINAN.


Wahhh....tawaran hebat la buat ah boy ni. Dia terus masuk dalam kedai tu dan membuat pilihan yang rapi. Saya tengok harga kat situ mahal (fixed price). Penguin yang naik tangga tu kat pasar pagi/malam Taman Medan baru RM20 (after mintak kurang), tapi kat nilai 3 RM30 (mahalkan).


Ah boy telah memilih mainan Thomas. Saya dah cakap kat sini mahal, nanti beli aja kat KL. Tapi dia jawab....


"kalau kat KL xde macam mana?"


haih...dia keluarkan ayat bijak pulak pada masa begini. Susah pulak saya nak jawab. Finally belikan dia pelampung Ben10 dan Thomas. Biasanya, saya akan beli set Thomas kat indon. Kat sana lebih murah. Kat Jusco cni rega makan beratus-rauts, kat indon below RM100. Setiap kali pegi indon, kado (ole-ole) untuk ah boy adalah set thomas.

inilah set Thomas beli kat indon. harganya baru RM96





Untuk semalam, ah boy telah berjaya pau 4 benda untuk diri dia:-

1. Meja ABC

2. Pelampung Ben 10

3. Mainan Thomas

3. Kain cadar Mickey Mouse




ah boy menikmati twiggies



sis + mum = coffee break @ PETRONAS
Selepas beli barang mainan ah boy, kitaorang bergerak ke kedai kain. Seperti biasa my mum akan pilih-memilih kain dengan penuh semangat. Dia memang suka buat baju baru. Kalau mood menjahit dia datang, dia akan jahit 5 pasang baju sekaligus, so dalam minggu tu dia akan pakai sume baju baju (jeles i). Saya kat situ tolong pilihkan kain untuk dia jugak. Ada jugak saya rembat kain opel untuk buat baju. Saja je tumpang sekaki. He..he..he.... Rasanya my mum berjaya membeli 4@5 pasang baju. My sis semestinya tidak berminat nak buat baju kurung kerana dia pegi keja pakai seluar aja.
Kat kedai Matahari tu langsir dia pon cantik sangat. Memang la berkenan dengan kaler purple. Tapi mam kata tengok dulu nak cat dinding kaler apa, then baru boleh beli langsir. Saya agree aja if tailor cakap macam tu. FYI, kat situ langsir untuk whole rumah boleh siap dalam masa 1 hari sahaja. Menakjubkan! Kebanyakan kedai memang wat promise macam tu. Semua kedai berusaha nak memikat customer dengan skill menjahit yang diaorang ada.
Kedai seterusnya adalah kedai perabot. Saja je singgah kedai perabot jati. My mum memang dah lama berkenan dengan meja makan oshin yang rendah tu. So, saja je la nak survey harga kat situ. Pakistan lu memang bagi layanan 1st class. xjemu-jemu dia melayan kitaorang ni. Tanya harga itu lah, ini lah, tp dia xbuat muka bosan. Semua sofa jati la dah ty dan tanya harga. Free delivery lak tu kemana-mana pon. Memang minat kat kerusi jati tu, walhal sebelum ni memang xterlintas pon nak beli kerusi jati.




saya suke yang ni, nampak klasik



yang ni feberet (tetiba lak)


Jadi, Nilai 3 ni memang berhantu coz berjaya mempengaruhi kami untuk membeli. Dah bayar deposit uutk kerusi makan oshin. tapi untuk sofa ni nakkena fikir-fikir dahulu........

OTW bali ke umah, indon kontrek tu call. Dia siap suh amik pen dan kertas untuk tulis kerja-kerja yang dia kan buat. Saya pon menulis la semua yang dia sebut tu. Finally, dia sebut la total renovation yang dia dah buat. I'M QUITE SURPRISE! Memang la terlebih bajet dalam 10k. Tu la, bajet xbesar, tapi selera besar. Itulah padahnya...kuang...kuang...kuang....

Oleh yang demikian, saya akan reduce skit kerja, kerja yang dia akan wat unutk reducekan lagi kos renovation rumah tu. Saya berharap semuanya akan dapat berjalan dengan lancar.
Aminnnn




































1 comment:

  1. nak tanya nombor kilang white horse awak pi tu,,,kalau ada la
    urgent

    ReplyDelete