Tuesday, July 26, 2011

kerahan tenaga wanita

proses mengecat rumah bermula hari sabtu. dimulai dengan proses undercoat dinding dahulu. pemilik lama dah cat diding tu kaler hijau (ruang tamu) , kuning (bilik belakang) , biru (bilik tengah). nasib baik master bedroom dia cat kaler putih.



memula cat tu rasa penah jugak, ye la mengecat kaler putih aja. xnampak pape hasil lagi. seharian selesai mengecat bahagian bawah rumah sahaja. tukang mengecatnya ramai juga. dari usia 4 tahun hingga ke usia 30. sume nak bantu mengecat. anak-anak buah dalam 4 orang kecik-kecik mengecat. nasib baik undercoat aja. lantak la diaorang nak sapu macam mana pon. hero saya pon xterkecuali. dia yang jadi supervisor untuk budak berumur 4 tahun.


hari ahad pulak, mama, kakak, cousin, aunty, zahidah datang tolong cat undercoat untuk bahagian atas umah. diaorang datang dalam kol 9 pagi. masa saya sampai dalam kol 9.30 pagi diaorang tengah mengecat.



dalam kol 11 lebih tu asbend datang. dia jadi chief unutk proses cat berkaler pulak.





hief menunjukkan cara-cara mengecat kaler kelabu. fyi, saya yang menggila sangat nak cat umah kaler kelabu. terpengaruh dengan gambar di dalam majalah anjung seri.






ni pulak bahagian luar rumah. cat masih comot kerana belum wat finishing touch up. luar dalam saya bantai kaler kelabu. nak jimat cat. ada balance cat belah dalam, saya bantai cat kat luar dengan dapur. tapi untuk cat belah tepi umah yang akan terkena panas dan hujan, saya guna cat khas unutk belah luar punya. ketahanan dia lebih baik.


kalau perati betol-betol, umah saya ni belom pasang pintu. bila call kontrek tu dia asyik cakap pintu belom siap. hamboi, macam la pintu tu tempah khas dari indon. cina kedai pontu tu salah wat pintu. kontrek tu request kayu lain, dia pegi wat dari kayu lain. so, nak tunggu pintu siap xtau la lagi berapa lama. saya dah mengmauk kat kontrek tu. saya cakap nak pindah sebelum puasa. macam mana saya nak angkat barang kalau pintu xde. kang tau-tau ada je tetamu xdiundang melepak atas sofa sambil tengok tv. xpon tv pon hanya tinggal habuk je, dah kena kebas.








ini pulak bahagian ruang tamu umah saya. cat ni aka 2 scheme color. kalau la belah yang gelap tu dapat letak wallpaper lagi bahagian saya rasakan. tapi, itu nanti dulu la, bila dah ada duit lebih baru fikir untuk wallpaper ruang tamu. kipas tu masih guna kipas lama lagi. selagi belum pasang pintu, saya xnak pasang lampu dan kipas baru. takut mat pet songlap aja. bahaya.


padahal hati ni dah meronta nak pasang lampu ngan kipas. nak tengok hasilnya. bak kata orang, benda baru memang xbleh nak sabar.


petang ni saya sambung mengecat lagi. nak cat bilik tido saya pulak. nanti saya tangkap gambar lagi yer.....





No comments:

Post a Comment