Tuesday, March 1, 2011

PC kena serang

tadi tengah menjengah blog lenlain, tetiba ada macam alert bagitau ada virus. aduhh...tetiba la pulak menda alah ni menyerang. hari tu dah kena sekali. bila menatang ni menyerang pc, secara automatiknya e-mail a.k.a microsoft outlook xbuleh bukak. tadi susah sket la nak buat keja kerana xbleh nak check e-mail. nak bagitau sekerbat opis yang e-mail ada masalah pon xbuleh kerna menda ni berlaku secara tiba-tiba aja. jadi kesimpulannya, sekarang ni layan Kit Kat Chunky depan pc sambil surf internet. yang peliknya, internet bagai sume buleh kat sini, e-mail pulak yang bermasalah langsung xboleh nak access. then call orang IT nak mintak solvekan masalah ni, tetapi sume orang IT tiada di tempat kejadian pulak. jadi terpaksa tungu hingga esok. malas pulak nak tanya kemana orang IT menghilang. ini lah padahnya jika xmoh kuar duit beli antivirus yang dah expired. saya jugak menanggung kesusahan ini. nasib baik dokumen dalam pc ni xcorrupt sekali, kalau la bermasalah jugak memang la parah nak recovery. rasa macam xboleh recovery balik je kan kalau virus tu dah menggila.

jap lagi kol 3.30 ada latihan koir. jangan xpercaya, saya jadi salah sorang penyumbang suara untuk koir bahagian. next week ada assembly kat opis ni. every month memang ada assembly, kena nyanyi lagu negaraku, lagu opis n lagi perkhidmatan awam. kemudian ada doa, ikrar, ucapan KP. bulan Februari ni terkena turn bahagian saya untuk handle assembly ni. every month ada 1 bahagian yang kena handle assembly ni, rotate la kiranya. jadi, nak amik part jugak supaya senang tulih dalam SKT adalah dengan menyertai koir. setiap petang ada latihan dan yang paling menaraik, selepas sesi keluarkan suara, ada sesi memenuhkan perut pulak dengan kuih dan air panas...wallaaaa.......itu yang ditunggu-tunggu.

No comments:

Post a Comment