Sunday, March 13, 2011

kisah tragik

TARIKH : 09 MAC 2011
MASA: 6.30-6.45 A.M.


Dah lama xmenjengah blog ni. Ini kerana xde mood nak update blog. yang paling kisah duka di tahun ni adalah kereta suami saya hilang. kereta ni dah 8 tahun pakai. segala keringat serta pelaburan dia buat untuk kereta ni. dulu mas sebelum kawin, kereta ni jatuh pada ranking No. 1 bagi dia ye. apa saja untukmu kereta.

di satu pagi yang hening, ketika saya masih mamai nak bangun untuk mencari rezeki, tiba-tiba hp dia berbunyik dan dia terus melompat turun dari katil dan keluar dari rumah. saya pon macam terkejut jugak kenapa tiba-tiba macam tu. so, saya tunggu la dia balik (mana tau dia keluar kejap je ke). xlama lepas tu, dia call saya bagi tau kereta dia kena curik. terkejut sangat bila dengar berita tu. saya pon sepantas kilat on FB dan buat announcement dekat status. mana tau dengan buat macam tu member2 dia akan alert atau ternampak kereta tu dalam perjalanan ke opis. juga, saya hantar sms kepada semua rakan unutk menyebarkan berita tersebut.

dia mencari kereta tu sampai merata-rata pagi tu. oleh kerana berita yang tidak terduga itu, saya EL pada hari rabu tu. nak menolong dia mencari kereta jugak. itu je la satu-satunya harta yang dia ada. lagipon bukan senang nak menjaga kereta tu. banyak suka dan duka serta memori kat kereta tu.

dalam pencarian yang lama, saya call dia suruh balik breakfast dulu, then baru sambung cari kereta balik. kesian betul saya tengok dia xkeruan mencari kereta sana sini. jugak, ramai member2 dia yang xkerja pada hari kejadian nak mencari kereta tu.

selepas tu, try ronda klang pulak. dia pergi dengan saya. tapi tetap hampa. klang tu besar, macam mana nak cari segenap pelosok kan. start dari hari kehilangan tu, malam-malam dia xtido. dia akan keluar mencari kereta di semua tempat di sekitar kawasan kereta tu hilang.

saya sangat kagum dengan semangat setiakawan rakan-rakan dia yang sanggup bersama-sama jadi peronda untuk mencari kereta tu. saya menngucapkan terima kasih yang tidak terhingga. hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas budi dan jasa baik kalian semua.

sambil tu, ada juga ikhtiar lain yang dia lakukan dengan bantuan rakan dia. bukan senang nak cari kawan yang sanggup meluangkan masa setiap malam hanya untuk menemani rakan sendiri. rakan saya juga telefon bertanyakan keadaan semasa berkenaan kereta tersebut, juga ada yang menghulurkan bantuan untuk ikhtiar tengok keadaan kereta itu. terima kasih sahabat saya...

katanya, dia akan berusaha juga mencari kereta tersebut hingga ke tempoh 2 minggu, jika terasa hampa barulah dia akan mengisi borang unutk claim insurans.

apa perasaan anda jika dikhabarkan rakan sendiri yang mengambil/mencuri barang dari anda? itulah yang dia rasakan apabila 90% dari ikhtiar itu menyatakan orang yang mencuri kereta itu adalah rakan dia sendiri. dia kenal suami saya, serta suami saya mengenali saya. juga, pernah duduk di dalam kereta yang hilang tu. tergamak seorang kawan berbuat begitu kerana wang.

dia meminta kepada seorang pakcik yang menolong ikhtiar untuk kereta ini agar si pencuri memulangkan kembali kereta tersebut dan meminta maaf kepada dia. pakcik itu bersetuju untuk membuat seperti yang dia minta. kita hanya ikhtiar, selebihnya kekuasaan ALLAH.

saya rasa dugaan yang diturunkan ini adalah unutk menguji sejauh mana ketabahan umat-NYA dalam menghadapi ujian. saya berharap dia tabah, sabar serta jangan berputus asa dalam mencari sesuatu yang hilang. jika tiada rezeki untuk berjumpa semula dengan kereta itu, mungkin ALLAH akan mengurniakan rezeki yang lain buat kita. jadi, janganlah menyalahkan takdir serta diri sendiri atas apa yang berlaku.


gambar kenangan kereta

kesayangan si dia
p/s: baru saya perasan kasut saya ada gak dalam keta nih. asbend kata dalam 3 pasang...

No comments:

Post a Comment