Monday, March 7, 2011

boat wedding

ahad yang lepas, pergi ke wedding sara+usie kat dewan sapura, mines. masa sampai dalam nak dekat pukol 2 pengantin tengah bersanding. sebelum masuk saya create wish untuk pengantin kat guestbook. then baru masuk ke dewan. temanya putih pink. pengantin naik boat dari mines sampai ke building sapura tu. memang romantic la event ni. dapat goodie bag pon cantik. kotak berbentuk kereta kuda, ala-ala cinderella punya.

kat wedding tu jumpa matun, ita, ollie, zie, siti, sarah, danial, ashraf, fesot dll. sume ni member masa sekolah kat sungai besi. bukan senang nak jumpa diaorang ni. klu xde wedding, memang xjumpa la. lepak lama jugak la bersembang ngan matun n ita sebab dok semeja ngan diaorang. tambahan pulak matun bawak baby boy dia, darwisy yang makin kiut. memang lama la berborak. nak dekat pukul 3 dah nak gerak balik. sebelum balik Q untuk tangkap gambar dengan pengantin. ingatkan nak lepak lama lagi skit, tp enchik asbend sibuk ajak balik. dia kata banyak keja nak buat. tu yang gua bengan! asal pegi kenduri umah kawan gua nak balik cepat je.

sara ngan usie ni dah lama sangat memadu kasih. since sekolah menengah lagi. cerita chinta diaorang ni dah boleh buat novel then di dramakan siri telenovela. memang pelbagai ragam diaorang ni dulu. tapi, FINALLY diaorang ni berjaya jugak disatukan. Alhamdulillah...

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SARA + USIE

SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT
DAN
DIKURNIAKAN ANAK YG COMEL
p/s: sayangnya gambar xde pulak masa wedding tu. lupa bawak hp

No comments:

Post a Comment