Tuesday, March 22, 2011

tips yang disukai

INFO DARI comelnya.com

PENTINGNYA TIDO SIANG UNTUK PRODUKTIVITI

Semenjak beberapa tahun ini, senaman dan pemakanan banyak dititik beratkan, tetapi ramai yang tidak menyedari tidur yang mencukupi adalah salah satu elemen penting untuk produktiviti. Menurut seorang penyelidik dari Loughborough University, England, tidur yang singkat boleh mengembalikan kesegaran kepada individu yang mengamalkannya. Tidur dalam masa yang singkat (20-30 minit) di waktu tengah hari boleh menghilangkan rasa mengantuk tanpa mengganggu kitaran tidur anda di waktu malam. Jangan salah sangka bahawa tidur yang singkat di waktu siang ini akan menggantikan tidur malam anda yang tidak mencukupi. Tidak sama sekali. Ini bermakna, di samping tidur malam yang mencukupi, tidur siang yang singkat akan membantu meningkatkan produktiviti.

Penemuan para saintis berkenaan tidur yang singkat ini rupa-rupanya telah disarankan oleh Nabi Muhammad S.A.W. sejak dari dulu lagi. Menurut Rasulullah, tidur sebentar sebelum solat Zuhur adalah amat digalakkan. Walaubagaimana pun, amalan ini tidak ramai yang mengetahuinya dan mungkin tidak dapat diterima dalam masyarakat kita terutamanya yang berkarier. Pihak majikan mungkin akan membuat pelbagai andaian negatif dengan amalan tidur siang ini. Akan ada juga sesetengah pihak yang menggalakkan tidur siang ini di kalangan pekerja dan kemudian menggalakkan kerja sehingga lewat malam. Untuk menjadikan tidur singkat di waktu siang ini realiti, beberapa cadangan boleh diaplikasikan terutamanya bagi yang bekerja.

1) Luangkan masa dan tempat yang sesuai – Tidur dalam jangka masa 20-30 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan kesegaran anda. Masa yang paling sesuai ialah waktu tengah hari di mana badan dan otak anda kepenatan dengan aktiviti di sebelah pagi. Pertimbangkan untuk menggunakan separuh dari waktu makan tengah hari anda untuk berehat seketika dengan tidur. Cari tempat yang sesuai dan selesa untuk anda lelapkan diri. Dalam kereta anda juga mungkin tempat yang sesuai jika anda sudah kehabisan idea.

2) Sediakan keadaan yang sesuai – Tutup lampu dan langsir kerana keadaan yang gelap akan menggalakkan otak anda menghasilkan hormon melatonin, hormon yang membantu anda tidur. Pastikan anda selesa dengan suhu persekitaran dan jangan lupa untuk mematikan telefon bimbit anda.

3) Jaga pemakanan – Hindarkan Nescafe, kopi atau sebarang minuman berkafein beberapa jam sebelum tidur. Elakkan juga makanan bergula tinggi dan berkarbohidrat tinggi. Ambil makanan seperti daging dan kekacang serta susu yang mengandungi tryptophan, dimana ia diproses oleh badan menjadi melatonin, hormon yang membantu anda untuk tidur.

2 comments:

  1. yg no.2 tu memang xdpt nak buat kan...hehehe

    ReplyDelete
  2. sebab ada je yang gatai tangn dok bukak lampu walaupon belom pukoi 2

    ReplyDelete