Monday, February 7, 2011

TEKAK

now dah 7 weeks ++ pegnen. sekarang ni tekak xde plak nak makan pape. cume tekak xleh nak mandang telur dadar. rasa macam loya ajo. kari, masak lemak, masak asam dah kuah-kuah yang macam likat atau bersantan memang xboleh masuk kat tekak ni. tapi kalu sup, tomyam, masak rebus-rebus memang menjadi pembuka selera. xpayah makan nasi pn xpe. hirup aja kuar tu. especially kuah rebus masam-masam ikan kembung yang mama masak. peghhh...hirup semangkuk memang xmenjagi masalah. sekarang ni pulak asyik la minum air kotak laici. semalam start petang ke malam 2 kotak air laici saya bantai. sebelum ni memang xpandang de air laici ni.

tapi opismate kata time pegnen xelok minum soya. agaknya soya ni byk sangat pengawet kot. soya home moade buleh kot. tapi sap pulak rajin nak buat soya home made kan. so, bantai aja la air laici. buat masa ni ANMUM MATERNA xberapa boleh mesra dengan tekak. kalau bancuh sure xabih. ditambah pulak perisa coklat ada, yang ada original putih aja, memang la susah skit walaupun paksakan diri jugak minum susu tu.

sakarang ni setiap pagi akan pergi menapau kat gerai near opis. nasi lemak lauk kerang atau lauk yang berkenan di hati/mee goreng + sandwich telur. sandwich tu dimakan petang-petang cicah dengan air milo. makan nasi xbanyak, macam sebelum pegnen gak dulu, tapi sekarang ni makan kerap. mudah lapar pulak. tapi bila malam macam xselera sangat la nak makan. minum air kotak pn dah kenyang. tu pasallah la bila bangun pagi kelaparan yang tidak dapat dibendung agaknya.

kerana asyik lapar la belanja harian dah meningkat. sebelum ni hanya RM3.50-5.00 je sehari. sekarang ni mencecah RM10 (nasi lemak + sandwich: pagi RM4.70), tengah hari nasi + milo cincau suam (RM5). tapi xpa, makan kasi kerap biar banyak zat-zat yang terkumpul dalam badan ni. semua ini khas untukmu baby :)

No comments:

Post a Comment