Wednesday, February 9, 2011

SEMBELIT TIME PREGGY

semenjak preggy ni daya pelawasan untuk pembuangan air besar semakin rumit. tadi surf internet untuk cari jalan mengatasi masalah sembelit ni. selalunya saya akan telan phyto natal nona roguy je. tiada masalah pembuangan. nescaya perut kembali sedap dan kosong. now, xde la pulak boleh telan phyto natal tu lagi. ada orang discuss kat forum cakap nutrilite dari amway baguih yakni fruit & vege fiber. so, tadi trus sms biras dan tanya harga produk ni. dia jadi ahli amway, so dapatlah harga murah skit. ada 2 jenis iaitu telan dan kunyah.saya pilih yang kunyah punya coz murah sket.

tadi baca dalam internet jugak, nak bagi senang lawas kena minum banyak air, kena makan makanan yang high fiber, minum jus buah, makan buah@ jus prune, makan banyak buah-buahan.. air memang buleh minum bebanyak, tapi nanti nak ke toilet aja la kejanya. harap-harap lepas makan ubat ni pembuangan berjalan lancar tanpa perlu lepak kat restroom lama-lama.

sekarang ni, apa-apa kemusykilan mengenai kehamilan, budak kecik ni saya memang refer kat rose (opismate). dia memang handal la bab-bab ibu dan anak ni. tanya je la apa menda pon dia leh bagi jawapan or tolong cari jawapan. macam kes tadi, call rose nak tanya dia pasal fiber. trus dia cakap "napa, ko sembelit ke?" baru sebut keyword dia dah tau masalah ako. hebat x? dia memang doktor peribadi kitaorang kat sini. sebarang consultation adalah percume..hehehe...dia suggest beli fiber kat cosway tadi, murah katanya. tapi esok hidayah (another opismate) nak sedekahkan fiber dia kat saya. so cuba makan fiber dia dan fiber amway tu, tengok yang mana lebih berkesan untuk masalah saya ni.

9 bulan tu kena bergantung kat fiber kalau secara semulajadi xberkesan. tapi fiber nutrilite ni xharmful dan sesuai untuk ibu mengandung. sebab tu berani nak cuba. tadi hidayah ada bagi vitamin C untuk saya makan. dia dah siap warning jangan makan pape ubat pon. makan je vitamin C yang dia bagi, nanti hingus kering cepat. saya yang menurut perintah angguk saja. pas tu dia datang lagi sekali kat tempat saya tanya dah minum ke belum ubat tu. alahai, sangat prihatin opismate saye ni. terharu la plak. pas minum vitamin C tu rasa ok sket, tapi menjelang tengah hari hingus dah menular balik. agaknya dok dalam aircond aja. kalau kat luar kurang sket selesemanya.

kalau xbaik, esok makan lagi vitamin C tu. selagi dibenarkan untuk ibu mengandung telan lah seperti yang disyorkan. xlalu la dustbin saya ni penuh dengan tisu je ari ni.

No comments:

Post a Comment