Monday, February 7, 2011

BEREHAT DI MAYANGSARI

cuti CNY dipenuhi dengan aktiviti berjalan dan merehatkan diri dan minda. destinasi adalah Mayangsari, PD dan Melaka. pergi PD dengan 4 family. 2 family gerak hari khamis, dan 2 lagi family tiba di sana pada hari jumaat.

seperti biasa, boy adalah insan yang tidak sabar untuk mandi kolam. so, dia pergi pada hari khamis dengan opah n mummy dia. alkisah pada mulanya dia melalak nak suh mama dia ikut jugak. jenuh la nak memujuk dia. then bila opah dia cakap jap lagi benti kat petronas beli mainan dah reda skit pulak tangisan dia (bermakna dia rela la ikut asalkan ada habuan untuk dia).

saya ngan asbend lak gerk ke PD hari jumaat pagi. kol 8 pai dah cargas gerak g sana. sebelum tu singgah makan pagi dulu. then baru meneruskan perjalanan. ikut jalan lama ke PD, lengang je jalan. if pegi hari khamis, almost 3 jam jugak nak sampai PD. highway sesak sangat. semua orang berlumba nak ke PD kot. asbend memang suke ikut jalan lama je kalau g PD. dia kata senang.

sampai aja kat mayangsari, budak-budak tengah mandi kolam. kitaorang naik apartment dulu nak letak barang.bila dah samapi kat atas malas pulak nak turun balik ditambah dengan cuaca yang panas. so, lepak-lepak aja kat umah. xlama lepas tu budak-budak dah naik. time tu matahari dah start memancar. acara selepas itu adalah makan...apa lagi......


boy ni ada je menda dia nak komplen

menangis kerana marah tangkap gambar dia


aksi pandang ke jauh



qismina n nurynn




yeah..naik dulu




papa jangan berenang laju-laju



my cousin tengah check FB







my sis sibuk dengan kerja dia






3 jejaka (ejai, zul n a.art)
sabtu pagi kami bertiga bergerak menuju ke melaka. again, saja cuba nak ikut jalan lama. walaupun xtau jalan, signboard banyak membantu. pagi-pagi sebelum bertolak boy dah buat perangai komunis dia. xnak mandi pulak. orang suh kencing pon dia xnak. tapi ada hati nak tukar pagi lain pulak. tau pon malu nanti orang tau ko xmandi if pakai baju tido ye. tapi tukarkan jugak la baju dia. tapi dah siap warning dia, nanti smpai melaka kena mandi.
dah keluar dari mayangsari, singgah medan selera depan Bayu Beach unutk makan pagi. saya makan nasi lemak lauk kupang. tengah makan boy cakap nak kencing. nasib baik public toilet dekat aja. tadi orang suh kencing xnak.macam-macam hal dia. pas dah kenyang perjalanan ke melaka pon bermula. boy jadi macam behave pulak. dia dok belakang dan baring. macam melayan perasaan. mostly sepanjang jalan dia akan tido je. kalau benti kat traffic lite dia akan terjaga. tapi saya akn cakap, "tido dulu ye..belum sampai lagi". dia akan tido balik la.
dah sampai melaka terus ke rumah pak ngah. nak menjenguk baby girl Nur Aisyah Irdina. pas lepak kejap dan tukar baju, gerak g umah kenduri.xjauh dari rumah pak ngah. pengantin pakai baju merah hitam. nowdays baju pengantin semuanya cantik-cantik la. dalam kol 3 lebih balik semula ke umah pakngah. rehat kejap, then kuar pegi bandar melaka. nak amik baju yang ditempah kat sana. tailor tu salah buat pulak baju. kain lining baju tu dia pegi buat kain untuk baju kurung tu. butang xbubuh, span pon xbubuh. apa lagi mintak reduce untuk upah la. saya hanya bayar Rm10 kerana dia salah buat. then sempat jugak capai sepasang baju cotton ready made dan kain pasang chiffon. kain pasang tu tempah trus kat situ aja. senang cita.
lepas selesai ambik baju, singgah pulak kat jusco yang baru bukak near melaka sentral. punya la banyak kereta, parking penuh. tapi nasib baik ada kosong kat celah-celah tu, trus masuk. tapi asbend xikut masuk dalam jusco tu coz boy tido. dah puas gerak dia xbangun-bangun jugak. so, asbend kena tunggu dia dalam keta la. boy dah penat sangat la tu. kat rumah orang kawen dia main xbernti-benti. berpeluh-peluh toksah kira la. masa rehat dia hanyalah dalam keta. sebab tu dia amik peluang tido puas-puas bila dalam keta. kat jusco beli hamper untuk baby ja then terus balik.
balik rumah pak ngah dulu, then angkut sume barang nak pegi melawat umah makcik-makcik yang lain pulak. sebelum balk mak ngan dah siap pesan suh pegi tempat pak ngah meniaga sate malam karang. kami yang menurut perintah pon pegi la ke tempat pak ngan meniaga sate.
malam tu dalam 4 family jugak la yang menyerbu kedai makan tu. pak ngan meniaga sate (gerai) kat kedai makan tu. kitaorang pon order la makanan. kami macam biasa order tomyam, telur bungkus, kailan ikan masin. diaorang yang lain sume makan nasi goreng/mee goreng aja.
pak ngan pulak hantar hantar sate unutk kitaorang. memenag sedap la sate pak ngah. dari kitaorang sampai kedai tu sampai nak dekat habis makan, customer order sate xbenti-benti. kebanyakan makcik n pakcik asbend meniaga sate.
balik dari makan mata pon dah layu. jadi tido la ubat yang paling sesuai kerana ahad pagi dah nak balik kl. kalau lambat gerak nescaya anda akan kematu dok dalam keta. jem truk tu.....
perjalanan dari melaka ke kl ok. xbanyak kereta. boleh sampai mengikut masa yang tetap.










No comments:

Post a Comment