Sunday, February 27, 2011

KANSER SERVIKS

hari ni kat opis ada sesi ceramah mengenai pencegahan kanser serviks. start jam 9.00 pagi sampai 11.00 pagi. penceramah ni datang dari sungai petani, kedah. dia ada klinik dekat sana. bila dengar ceramah ni sedikit sebanyak la dapat info mengenai cara penyakit ni boleh bermula, cara pencegahan.


doktor ni cakap tadi kanser serviks ni berpunca dari HUMAN PAPILLOMAVIRUS (HPV). sel ini akan merebak dalam jangkamasa 3-5 tahun untuk merubahnya menjadi kanser. bagi wanita, ujian PAP SMEAR wajib dilakukan selama 3 tahun berturut-turut, jika keputusan menunjukkan tiada masalah, anda mesti melakukan ujian PAP SMEAR 3 tahun sekali pulak. proses ini harus diulangi sehingga anda berumur 65 tahun.

antara individu yang berisiko unutk mendapat penyakit ini adalah (yang saya ingat la):-


- merokok
- mula aktif seks sebelum umur 21 tahun
-suka bertukar-tukar pasangan
-mengamalkan makan pil perancang dalam jangka masa lama
- ramai anak (kerap beranak)

yang lain dah xingat.lupa nak take note tadi.


bila dengan cerita doktor ni timbul rasa takut pulak la. kita sebagai perempuan terdedah dengan pelbagai penyakit. tapi yang selalu kita dengan melibatkan wanita adalah kanser payudara dan kanser serviks. doktor pesan, jangan amik mudah dalam hal penjagaan alat sulit ni.

unutk langkah pencegahan pulak. vaksin boleh diambil di klinik/hospital kerajaan/swasta unutk 3 dos dalam jangka masa 6 bulan. dos ini mampu bertahan selama 20 tahun. satu dos kosnya lebih kurang Rm199. sekarang ni untuk pelajar tingkatan 1, dos adalah diberi percuma. unutk yang dah keja, sila kuarkan wang sendiri. bagi yang dah kawin pulak sila suruh suami anda sponsor untuk keselesaan bersama jugak kan. kena la jaga kesihatan bini.

masa ceramah tadi, doktor tu ada jugak offer vaksin tu untuk diambil dari dia. of course la kena bayar kan. masa tu jugak la para isteri menelefon suami unutk meminta dana nak booking vaksin ni. tapi saya xboleh amik. orang mengandung xboleh amik vaksin ni. jadi, saya dok diam-diam aja tadi.




ni video doktor potong bahagian yang ada barah (agak ngeri)



penceramah


info dari pamplet



more info



muka depan pamplet
selain dari mendapat info yang berguna, kehadiaran pada sesi ceramahni boleh juga direkodkan dalam buka K-skor kad. buku i merekodkan segala aktiviti yang staff hadiri.




2 comments:

  1. pic tu yg x blh tahan tu.....ngeriiiiiiiiii...

    ReplyDelete
  2. memg menakutkan...sbb tu rmai berpusu-pusu nak dapatkn suntikan HPV tu....

    ReplyDelete