Monday, March 7, 2011

jagoan bowling

hari sabtu, bertempat di IOI mall puchong jagoan bowling telah mempamerkan kehebatan mereka. tournament ni anjuran PUSPANITA. selalunya saya yang akan main. tapi disebabkan oleh keadaan perut yang baru nak membersar, tempat diganti oleh orang lain buat sementara waktu.

waktu saya sampai game ni dah start. dah game yang ke-2 pon. boy pon ikut sekali. dia kan rajin menyusun bola yang kuar dari mesin tu. so, dia memang dok di barisan hadapan ja. bila sampai kat sana, laungan memberi semangat pon bermula. rasanya lane kitaorang yang agak bising. orang lain sumenya senyap serta khusyuk membuat balingan. kalau bab sorakan memang la serah kat kitaorang.

mari kita saksikan gaya balingan mereka.........



ada gaya....
ni kak farah. dia sama dept. ngan saya




merenung nasib bola yang akan melanggar pin.

psst...berapa jatuh?

fiza newcomers bowler kat jabatan

hot PA laaaaa


gaya lentikkan selepas balingan


fokus....

itulah semangat ibu mengandung 5 bulan


itu dia....lontaran yang bersemangat dari kak azreen

sama dept ngan saya gak


whoaaa....jangan nganga lebih sangat

ini la PA senior yang menggoda

kak leen


mana bolanya???

melantun lane sebelah ker?

bila diaorang dah selesai main saya pon bawak boy pergi ronda-ronda kat jusco. dia sibuk nak beli mainan. luckily xjumpa mainan dalam jusco tu. selamat duit....

apa pun, syabas diucapkan kepada team bowling. yang penting, semangat juang terus membara dalam diri masing-masing unutk terus berjuang sampai ke game yang ke-3...

Tuesday, March 1, 2011

PC kena serang

tadi tengah menjengah blog lenlain, tetiba ada macam alert bagitau ada virus. aduhh...tetiba la pulak menda alah ni menyerang. hari tu dah kena sekali. bila menatang ni menyerang pc, secara automatiknya e-mail a.k.a microsoft outlook xbuleh bukak. tadi susah sket la nak buat keja kerana xbleh nak check e-mail. nak bagitau sekerbat opis yang e-mail ada masalah pon xbuleh kerna menda ni berlaku secara tiba-tiba aja. jadi kesimpulannya, sekarang ni layan Kit Kat Chunky depan pc sambil surf internet. yang peliknya, internet bagai sume buleh kat sini, e-mail pulak yang bermasalah langsung xboleh nak access. then call orang IT nak mintak solvekan masalah ni, tetapi sume orang IT tiada di tempat kejadian pulak. jadi terpaksa tungu hingga esok. malas pulak nak tanya kemana orang IT menghilang. ini lah padahnya jika xmoh kuar duit beli antivirus yang dah expired. saya jugak menanggung kesusahan ini. nasib baik dokumen dalam pc ni xcorrupt sekali, kalau la bermasalah jugak memang la parah nak recovery. rasa macam xboleh recovery balik je kan kalau virus tu dah menggila.

jap lagi kol 3.30 ada latihan koir. jangan xpercaya, saya jadi salah sorang penyumbang suara untuk koir bahagian. next week ada assembly kat opis ni. every month memang ada assembly, kena nyanyi lagu negaraku, lagu opis n lagi perkhidmatan awam. kemudian ada doa, ikrar, ucapan KP. bulan Februari ni terkena turn bahagian saya untuk handle assembly ni. every month ada 1 bahagian yang kena handle assembly ni, rotate la kiranya. jadi, nak amik part jugak supaya senang tulih dalam SKT adalah dengan menyertai koir. setiap petang ada latihan dan yang paling menaraik, selepas sesi keluarkan suara, ada sesi memenuhkan perut pulak dengan kuih dan air panas...wallaaaa.......itu yang ditunggu-tunggu.

Monday, February 28, 2011

sakit tekak

mama hilang suara since hari jumaat. tapi dia xpegi amik ubat lagi. saya suggestkan dia makan ais krim haagen-dasz perisa vanilla ni untuk recovery balik suara tu. semalam pegi mid valley, beli la 1 scoop ais krim ni. siap pesn kat mama "kena makan sampai abis tau ais krim ni, ubat". dia yang menurut perintah makan la sampai abih. balik dari mid valey dia suh singgah shell, nak beli lagi ais krim tu. saya cakap, mana la ada kat shell pj aiskrim ni. shell yang hebat-hebat ada la. malam tadi dia sms lagi, "kalau kuar tolong beli aiskrim". masalahnya, shell yang saya tau ada jual aiskrim ni adalah shell bandar tasik selatan. kemain jauh idak la pulak. bukan apa, nak pegi pyramid punya la malas disebabkan oleh nak mencari parking. seksa!

tadi sms mama, tanya suara dia dah ok ker. dia cakap belum. saya pon cakap ngan dia, pas balik keja ni jom pegi pyramid. beli aiskrim ni. selain dapat mengubati sakit tekak, dapat jugak menikmati keenakan aiskrim ni. mama yang xberapa suka aiskrim pon dah larah nak abihkan ais krim ni.

jadi petang ni balik aja keja, singgah amik mama then terus nak pegi pyramid. semesntinya xbawak si kecik tu. coz dia tu banyak hal nanti. orang nak pegi kejap aja. tapi saya akan belikan donut untuk dia. kesian pulak la kan kalau xde balikan apa-apa.



ais krim ubat

Sunday, February 27, 2011

KANSER SERVIKS

hari ni kat opis ada sesi ceramah mengenai pencegahan kanser serviks. start jam 9.00 pagi sampai 11.00 pagi. penceramah ni datang dari sungai petani, kedah. dia ada klinik dekat sana. bila dengar ceramah ni sedikit sebanyak la dapat info mengenai cara penyakit ni boleh bermula, cara pencegahan.


doktor ni cakap tadi kanser serviks ni berpunca dari HUMAN PAPILLOMAVIRUS (HPV). sel ini akan merebak dalam jangkamasa 3-5 tahun untuk merubahnya menjadi kanser. bagi wanita, ujian PAP SMEAR wajib dilakukan selama 3 tahun berturut-turut, jika keputusan menunjukkan tiada masalah, anda mesti melakukan ujian PAP SMEAR 3 tahun sekali pulak. proses ini harus diulangi sehingga anda berumur 65 tahun.

antara individu yang berisiko unutk mendapat penyakit ini adalah (yang saya ingat la):-


- merokok
- mula aktif seks sebelum umur 21 tahun
-suka bertukar-tukar pasangan
-mengamalkan makan pil perancang dalam jangka masa lama
- ramai anak (kerap beranak)

yang lain dah xingat.lupa nak take note tadi.


bila dengan cerita doktor ni timbul rasa takut pulak la. kita sebagai perempuan terdedah dengan pelbagai penyakit. tapi yang selalu kita dengan melibatkan wanita adalah kanser payudara dan kanser serviks. doktor pesan, jangan amik mudah dalam hal penjagaan alat sulit ni.

unutk langkah pencegahan pulak. vaksin boleh diambil di klinik/hospital kerajaan/swasta unutk 3 dos dalam jangka masa 6 bulan. dos ini mampu bertahan selama 20 tahun. satu dos kosnya lebih kurang Rm199. sekarang ni untuk pelajar tingkatan 1, dos adalah diberi percuma. unutk yang dah keja, sila kuarkan wang sendiri. bagi yang dah kawin pulak sila suruh suami anda sponsor untuk keselesaan bersama jugak kan. kena la jaga kesihatan bini.

masa ceramah tadi, doktor tu ada jugak offer vaksin tu untuk diambil dari dia. of course la kena bayar kan. masa tu jugak la para isteri menelefon suami unutk meminta dana nak booking vaksin ni. tapi saya xboleh amik. orang mengandung xboleh amik vaksin ni. jadi, saya dok diam-diam aja tadi.




ni video doktor potong bahagian yang ada barah (agak ngeri)



penceramah


info dari pamplet



more info



muka depan pamplet
selain dari mendapat info yang berguna, kehadiaran pada sesi ceramahni boleh juga direkodkan dalam buka K-skor kad. buku i merekodkan segala aktiviti yang staff hadiri.




my bestie call me

di kala sedang mengelmun sebelum tido lunch time td, saya dikejutkan dengan 1 call. kacau daun betollah. baru aja nak tido. received call from anis (my bestie when i kat TI penang). dia bagitau nak pegi UMRAH 9 Mac (2 MINGGU) . terharu la pulak bila dia call just nak inform yang tu. before ni saya dah penah pesan kat dia "kalau nak pegi umrah lagi jangan lupa bagitau ako tau..tau..tau...". seperti biasa dia akan jawab "ye la amy, ako bagi tau ko". mostly fren kat TI penang panggil saya AMY. time tu kat sana terlampau ramai la orang yang bernama ain. so, saya pon suh diaorang panggil amy. kang senang tu, saya sorang jerk nama macam tu. xde la perasan tertoleh-toleh bila orang panggil nama ain kan. sampai sekarang la lekat nama amy tu kalau frens dari penang call/msg.

saya nak jubah, tapi anis kata dekat madinah yang banyak jubah berkualiti dan cantik-cantik. nanti dia dekat madina semalam aja, so mungkin xsempat nak membeli. ok, xpe, saya paham dia pegi sana nak beramal ibadat, bukan nak menyopping. so, saya kirim buah tin aja la.

dia pergi sana dua minggu, dia nak jumpa saya sebelum berangkat ke sana. tapi dia pulak yang sibuk time weekend. saya kata "nanti bila ko free ko call aja la ako, then kita jumpa". anis ni wat MLM, tu yang bizi rekrut orang untuk bisnes dia. saya pernah cakap ngan dia, "kalau ko dah kaya nanti, belanja ako pegi umrah tau. lagi banyak pahala ko dapat". ini adalah kali ke-2 la anis pegi buat umrah. saya doakan semoga perjalanan anis dipermudahkan serta doanya diperkenankan oleh ALLAH



ni masa lunch ngan dia kat delicious, bangsar



tangok tu, dia siap abihkan portion makanan saya


P/S : anis kata dia nak berdoa agar cepat bertemu jodoh agar bila dia dapat anak nanti, boleh kenenkan ngan anak saya. tapi saya yangbermulut laser ni jawab "xnak, ko baka hitam!".jawapan yang agak biadap, tapi anis ni xkisah kita cakap apa pon asalkan DALAM HATI TIADA KHIANAT.

Wednesday, February 23, 2011

era baru

start semalam dah pakai kasut ballerina flat pegi keja. dan mostly orang tegur, ehh...dah pakai kasut rendah. hehehehe....selama ni kan memang jarang sekali la pakai kasut ni pegi opis. pas tu 1 of my fren cakap

"pas ni mesti berlambak pulak kasut flat aiin".

macam tau-tau je ni. ari tu dah macam aim kasut flat kat carlo rino, macam sedap je pakai. tapi malas nak beli dulu. nak pakai dulu falt mana yang ada. kedai kasut TIAMO pon baru bukak kat sunway pyramid. kat kedai kasut ni, sumenya ballerina flat yang dijual. yang penting sume chomel! design belah depan tu yang menampakkan kasut tu comel. ada batu, bulu-bulu dan macam-macam lagi la. nanti rasa macam nak sambar satu aja.sekarang ni ada 4 flat aja.yang sesuai pakai pegi opis 2 aja. 1 lagi crocs malindi, another 1 flat beli kat bandung dengan harga Rm10 zebra pulak tu. macam xsesuai nak pakai g keja. kang budak opis ejek zebra pulak.hahaha....yang satu ni pon beli masa warehouse hari tu .


kasut saya untuk 8 bulan ni

blowing candles at 12

sabtu, 19 Feb. 2011


8.15 malam
my cousin sms "kang kol 12 kita wat surprise kat kakak nak x". saya reply "uish..xnak la, takut tertido, kita celeb esok aja la".then, bila pk2 balik, boleh aja la celeb kol 12 sat lagi. tahan skit la mata. then sms my cousin cakap ok. suh gak dia call ida untuk join skali untuk malam ni. sebelum kuar g pyramid, g beli burger dulu, nak alas perut. kang kat pyramis dure xsempat nak makan. yelah pegi pon kol 9, sementara nak pilih bagai kedai makan pon dah nak tutup.


9.00 malam
kuat ke pyramid. motif:cari besday cake la. sampai pyramid trus dapat parking ni masuk je pyramid, menuju ke baskin robbin untuk sesi pembelian. selesai dengan misi, teman my cousin pegi carlo rino, nak tegok dompet kat sana. hari saya cakap ada dompet cantik. bila tiba kat situ dia kata xberkenan pulak. so, dia pusing dalam kedai tu, jumpa jugak henbeg yang dia berkenan. terus la bayar. then jalan nak balik. singgah pulak google. saya pulak tgk ada sale. jadi saja je masuk nak menengok baju yang besar2 skit. sekarang ni baju nak pakai daily pon dah xde, also baju nak kuar jenjalan. sume dah sendat. kena pulak bali baju yg loose sket. jadi amik 4 lai baju kat situ. masa dok pilih-pilih baju ada msg masuk "jom pegi makan, lapar la". my sis yang sms. nak kena tipu sunat la pulak. saya cakap dah makan tadi. padahal kebulur juga walaupon kol 8.45 baru menelan burger daging special. pilih punya pilih, sume terkena kaler pink pulak. erkk..biarlah..asalkan ada baju yang longgar sket. beli pon sarung je baju kat situ, malas nak masuk fitting room. asalkan besar n xnampak macam buncit kira jadik la amik. kedai pon masa tu dah nak tutup. menggigil salesboy tu dok kira-kira rega diskaun. padahal dalam otak dia dok pk nak balik dah. selesai cari baju dan keluar dari pyramid kol 10.00 malam.


11.30
my cousin datang amik kat umah, then pegi amik ida pulak kat umah dia. ida hangkot adik dia, lal skali unutk join kitaorang. sampai umah my sis dalam kol 11.45. jadik, kami sume melepak dulu dalam keta. borak bagai dulu. lagi 5 minit kol 12 kitaorang dah gerak kuar n singgah kat kedai beli lighter. sampai kat tingkat 4 relax jap depan lif. pasang lilin.


11.59
kitaorang berjalan pelan-pelan ke pintu umah.


20 Feb. 2011


12.00 pagi
saya ketuk pintu. bila my sis bukak je kitaorang jerit "SURPRISE" then sing a song HAPPY BIRTHDAY untuk dia. dia suke. senyum lebar aja. dia potong kek, kasi kitaorang merasa. memang sedap kek ais krimnya....urghh..memang berbaloi la beli even kecik aja. tangah dok syiok melayan kek, tetiba ada orang ketuk pintu umah, rupanya asbend ku datang. sebenarnya plan awal memang nak ajak dia n nak beli kfc makan2 kat citu pas potong kek. tapi, pk balik lebih baik lepak makan kat luar je kan. tp segan plak nak cakap kat asbend xpayah datang. so, dia pon makan kek skali. pas makan kek dia balik...

12.45 pagi
kuar makan kat jalan 223.besday girl nak makan otak-otak kat sana. sampai sana saya order char kuey tiaw. tapi bila tengok ida punya laksa macam best plak. jadi char kuey tiaw makan separuh je, dan kemudiannya hirup kuah laksa ida sampai abih. pas makan jenjalan ke uptown kelana jaya pulak. xramai orang dekat situ. pusing kejap je coz nothing yang interesting dijual kat sana. sumanya macam dah biasa aja. bazaar ni masih baru lagi. beli 1 brang ke, sepende untuk boy gambar thomas, per pack RM10.

2.30
reach home n time to say hello to my bed

p/s: masa tiup lilin ni, boy n my mum tengah lena tido di dalam bilik tanpa menyedari kitaorang datang.



ida-gadis pembawa kek

no mekap- failed


yes..really happy having BR cake


pasang lilin



siap tukar baju n mekap skit besday girl ni




tengok, dia suke





suapan untuk ida






suapan untuk my cousin (k.ita)
dia ni sebaya ngan my sis