Wednesday, April 13, 2011

PUREEN clearance datang lagi

pic from shopping n sales




Tiap-tiap tahun pureen akan buat clearance stok. setahun dalam 3 kali. kali ni punya pada 23-24 April 2011 (alamak, gaji on 25th pulak). baju kat sini semua murah. untuk stok pakai kat umah punya la. yang jenjalan punya ada jugak, tapi xbanyak la, sapa mai awal boleh la rembat dulu kan. tapi sekarang ni harga xmacam saya pegi 5 tahun dulu tau. dah naik. tapi still murah lagi dari harga pasaran.


last 5 years, masa mengandungkan anak sulung, saya ngan asbend pegi sini. dapat info coz member dia ada keja kat pureen ni. masa dulu tempatnya agak sempit, bahagian hadapan sahaja. kat situ la baju, toiletteris dan semuanya. memang sesak dengan piranha yang bertolak-tolak nak kaut baju. dah menda murah, kena jugak la terima. saya sok tepi aja coz perut dah besar masa tu. asbend yang pegi mengkaut baju, pilih dok kat belah tepi. memang xboleh nak memilih kat tempat longgokan coz terlalu ramai orang tolak menolak. sekarang baju diaorang letak kat bahagian belakang, lebih luas.


dulu baju lengan panjang/pendek untuk baby newborn, 3 mth, 6-12 mth, 12-18 mth RM1 sehelai. seluar panjang, pendek RM1 sehelai jugak. jadinya sepasang baju jatuh harga RM2. fuyyyooooo.....memang la kelipop mata tengok rega murah. kalau Rm160 dah dapat berapa pasang baju? memang meriah la dengan baju. sarung tangan dan kaki jugak RM1, kalau stokin yang macam ikut bentuk kaki (ketat skit) tu RM2. tuala dalamRM5-10. kasut baby yang sponge punya dalam RM2-5 aja. hati bakal ibu mana yang menahan tengok harga yang sebegitu mengancam dan terancam poket kan.


tapi sekarang dah naik. last time RM3 sehelai uutk baju/seluar. sarung tangan/kaki memang xdapat la harga RM1-2. sume dah jadi RM5. tuala pulak RM15 dah rasanya. tapi boleh la dikatakan murah lagi. dalam pantang nak dok kemana pon baby, pakai baju biasa-biasa n xde fancy pon. mostly bajunya plain, ada jugak yang bercorak, tp xbanyak.


unutk baju budak umur 3-4 tahun pon murah. mostly baju boy la. price dalam RM10-15 sepasang (t-shirt n seluar pendek). yang tu memang saya suka beli untuk boy. siang lebih suka suruh dia pakai seluar pendek. dia pon xrasa panas. almaklumlah kehidupan seharian yang penuh dengan aktiviti bermain.


setiap kali sebelum pegi pureen ni, asbend akan order dulu kat kawan dia baju saiz apa yang nak. so, kawan dia yang keja kat sana akan pilihkan unutk kitaorang sekotak. bila dah sampai sana, dia akan bagi kotak tu, then kitaorang pon pilih la kat tepi tu. mana baju yang xnak kitaorang akan letak balik kat tempat longgokan. bagi orang lain pulak pilih. xcukup dengan yang member dia pilih, saya pon pergi jugak round kat tempat longgokan. cari mana tau ada pattern yang staff tu lupa nak amik. selalunya akan ada dalam 3-4 lai yang saya pilih dari tempat longgokan.


bila dah rasa puas hati dengan pemilihan, pergi pulak ke tempat sabun mandi, botol susu, puting, berus botol. kat sana memilih lagi. aksesori ni malas nak suh staff pilihkan sebab banyak lagi. pilih sendiri aja. biasanya baju yang cepat abih. tapi kat sana liquid cleanser memang saya xbeli. pureen jual RM18 sebotol rasanya. tapi kalau saya mintak kawan asbend belikan, siap dapat twin pack n harganya baru RM20. memang murah. xtau la kenapa staff purchase dapat murah sebegitu.


biasanya dah memborong sakan kat situ dalam RM200 aja. 1 beg plastik besar. kali ni xnak la lepaskan peluang unutk beramai-ramai memilih baju. tambahan masa tu saya dah preggy 5 bulan. memang sesuai la nak start beli baju baby. diharapkan kali ni harga xnaik lagi.



p/s: aussino sekarang ada sale! cadar 40% n if ada member card dapat 50%. sempat gak grab cadar katil baby dengan harga clearance RM15 (siap ada 2 helai)


No comments:

Post a Comment