Sunday, April 3, 2011

manusia OH manusia

entry kali ni macam nak meluahkan perasaan la jugak. saya pelik la, kenapa ada manusia yang ada perasaan iri hati dan dengki dengan orang lain. korang pernah kena macam ni x? apa langkah yang korang hamik? kadang-kadang, saya pon xpaham apa yang membuatkan si polan ni rasa tercabar dengan diri saya. saya ni bukan la hebat sangat pon. apa yang saya buat akan disalah anggap dan akan keluar cerita yang bukan-bukan. memang menyimpang dari cerita sebenar. kalau kat depan saya si polan ni bukan main baik lagi, berlaga pipi la hapa la lengkap la nak menampakkan yang dia sememangnya caring dengan anda. tapi kat belakang anda, macam-macam cerita sampah yang keluar dari mulut dia. bukan saya sahaja yang terkena macam ni, ada lagi yang telah menjadi mangsa dia. si polan ni xboleh tengok orang lebih. mula lah dia nak mengata macam-macam. dia xboleh tengok orang lebih skit dari dia. apa yang orang ada, dia mesti nak ada. ukur lah baju di badan sendiri. sepatutnya, bila apa yang orang lain ada, tapi ko xada jangan mengata yang bukan-bukan. bersyukur dengan apa yang orang tua ada dan bersangka baik. TUHAN itu maha adil. mungkin dengan niat ko tumpang gembira dengan apa yang orang tu ada, mudah-mudahan TUHAN akan kurniakan ko menda yang macam orang tu ada ATAUPUN yang lebih baik dari apa yang orang tu ada. rezeki masing-masing kan. orang tu ada apa-apa pon bukannya niat dia nak menunjuk kat engkau pon. tapi persepsi kolot ko dan pemikiran sempit orang yang xcerdik macam ko tu yang membuatkan diri engkau nampak kurang cerdik. apa yang ko xpuas hati tu engkau pegi cerita kat orang yang salah, memang la tuan empunya diri dapat tau cerita tu. tapi saya ni macam masih berakal dan xmahu nak serang orang macam tu ja. saya mengharapkan agar si polan sedar dengan apa yang di dah lakukan. agaknya si polan ni memang seronok menjaja kisah yang tidak betul kepada orang lain. si polan ni merasa puas dengan apa yang dia buat. tap ingatlah, sampai bila si polan ni boleh bermaharajalela (bukan maharaja lawak tau). lambat laun semua ini akan terbongkar juga. sedarlah sebelum semuanya telah terlambat. bila terbongkar segalanya, diri sendiri akan malu, hilang kawan juga saudara. cuba fikirkan masa depan diri sendiri. apa sahaja yang saya buat tidak kena di mata dia. ada sahaja salahnya. benda ni berlarutan dah lama. nasib baik saya ada informer yang jujur. saya memang percaya apa yang informer tu cakap. kepada si polan, teruskan lah bercerita kepada informer saya supaya sya dan keluarga saya akan tahu apa yang anda kutuk serta umpat kami sepanjang masa. saya kadang-kadang malas nak fikirkan sangat pasal benda ni. bila saya dah lupakan, ada sahaja cerita baru yang dia mulakan yang menyakitkan hati saya. lain benda yang saya tanya, lain pulak dia cerita kat orang lain. cerita tu dah siap perasa bagai. benda yang tak ada ditokok tambah. sudah-sudah lah dengan perangai anda yang macam tu. malu lah skit kepada diri sendiri. orang lain pon tau cerita yang ko bawak tu sebenarnya xbetul. p/s: memang hari ni monday blues la.....xsabar nak tunggu petang nanti. long journey to PENANG. cititel n rasa sayang hotel..here i come!

No comments:

Post a Comment