Sunday, April 10, 2011

berjimba-jimba

isnin petang gerak pegi penang. dalam kol 8 sampai penang. singgah banyak pit stop coz ada keja yang nak dilangsaikan.highway smooth aja, xbanyak kereta, so bleh la enjut laju sket. tapi before sampai juru, jalan jem la pulak. tengah buat jalan. then check in kat CITITEL HOTEL. dari KOMTAR memang dah nampak hotel ni. tapi disebabkan jalan kat penang banyak sehala, jadi memusing jugak la nak cari hotel ni. bila dah dekat xnampak pulak rupe hotel ni. pusing punya pusing jumpa jugak hotel ni. bila dah dapat je kunci, cargas masuk bilik. xsabar nak bebaring atas katil. bila dah dapat baring tu nikmatnya. hilangkan lenguh-lenguh pinggang dok dalam keta. lepak cititel 2 malam. tapi xdak gambar pon tangkap kat CITITEL coz tempatnya dalam town, jadi biasa ada. bila malam, perut sudah mula lapar, keluar la nak pegi cari makanan. bajet nak g padang kota lama. tapi tempat makan tepi laut banyak2 gerai cam dulu (time skolah) dah xde rupanya. so, pusing makan kat hawker GURNEY DRIVE. makan rojak kat situ, tapi malam tu xberapa banyak pilihan bahan rojaknya, mungkin isnin malan xramai orang, so dia kurangkan lah bahannya. then order bihun sup, laksa, air kelapa. rojak mamak tu kuahnya sedap jugak. tapi bab bihun sup dan laksa memang kantoi. hampeh dan xsedap. tapi makan aja la nak lapik perot, kang tengah malam kebulur lak. sok pagi dalam kol 9 lebih dah kuar memulakan kerja. room kat CITITEL ni xdak breakfast. so, pepagi carik la breakfast sendiri. pi la gurney plaza. breakfast dengan roti boy aja n vitagen. masa sampai tu kedai masih belum bukak. beli je la apa yang ada. kang kelaparan pulak. dambil my sis buat keja, saya meronda la. terjebak beli cadar ausinno 2 set pulak. ada F1 sale katanya. dapat 20% diskaun. souvenir unutk asbend ku. then, teruskan perjalanan ke queensbay mall. mall tu baru lagik dan betul-betul kat tepi laut. besar tau. memang puas la kalau nak mencari barang. suma ada. sediakan duit sahaja. ada duit sume buleh beli. lunch kat quensbay, makan kenny rogers. time kitaorang makan tu ada 2 table je yang berisi. yang lain sume kosong. pelik pulak xde ke orang kuar makan. kalau kat KL hari keja pon kedai makan tetap ramai orang. pas makan bergerak ke tempat lain pulak. destinasi seterusnya ialah SUNSHINE SQUARE. mall ni memang xsyiok. biasa-biasa aja. sesuai untuk ahnya @ nyonya pi beli barang ja. siap keja move to Giant Bayan Baru. kat sini pon biasa ja. maam giant yang wujud kat klang valley. tapi yang xberapa puas hati, tempat duduk xdisediakan la kat situ. nak duduk melepak pon xbuleh. naik kejang plak kaki asyik berdiri je. bengang betol. agaknya motto giant ni pas beli barang terus belah. dia xkasi customer melepak kat situ. pihak pengurusan giant bayan baru take note ya, sila sediakan kemudahan tempat duduk untuk pelanggan anda. hari rabu pulak pagi tu terus check out. pegi warehouse dulu amik barang then terus ke Carrefour Seberang Jaya.carrefour ni kat seberang, so kitaorang juar jap dari pulau. buat-buat keja, dah settle terus gerak pegi Queensbay & Giant Bayan Batu. then lunch kat kedai makan near gian tu. sedap la makanan dia. patut la ramai orang kat kedai tu. memang puas hati dan kenyang. harga pulak xmencekik darah. tu yang penting. settle keja terus ke batu ferringhi. check in kat GOLDEN SANDS RESORT, by SHANGRI-LA. ha..sini memang best! sume mat + minah salleh aja yang dok kat situ. kitaorang sahaja yang seketol melayu kat situ. masa check in dapat welcome drink jugak. then dapat bilik kat 1st floor. masuk je b ilik wajib pegi kat balcony, nak tangok seaview. tapi balcony terhalang dek atap pulok. terus la call reception ank tuker room. memang buleh la kan, dia kasi bilik kat tingkat 3. haa...itulah barulah nice seaview. puas hati. lepak dalam bilik smentara nak tunggu malam. malam tu mama n boy akan datang penang. diaorang nak FIREFLY. dapat tambang murah. ticket RM53.++ je. tapi last flight la. kol 12 sampai penang. malamnya kuar makan dulu kat gerai melayu depan hotel, pas makan terus gerak ke airport. dari batu feringghi ni agak jauh dari airport. tu kang kuar awal. xfamiliar sangat jalan ke airport. takut sesat merat je pulak. jenuh pulak mama n boy nak menunggu. sampai airport dalam kol 10.40. punya la awal. padahal flight dari subang kol 11 baru gerak. tnggu je la dalam kereta melayan internet. dalam kol 12 nampak firefly tu mendarat. tepat pada masanya. so, gerak pegi tempat ketibaan. yeay....my boy is here. dia xtido dalam flight. asyik bercakap je. bila tanya dia makan apa, dia kata kacang dengan air nenas. dah malam kot, dia bagi makan ringan-ringan aja. reach hotel dalam kol 1 jugak la, borak dengan boy then suh dia tido. dah janji ngan dia esok pagi pas breakfast nak mandi kolam. dia memang dah excited lama dah, jadi dengan menurut perintah, dia pon tido awal.
view dari cafe


untuk breakfast memang ada variety of foods. sampai tatau nak pilih yang mana. xsemua la saya cuba. boy pulak hari-hari makan koko krunch+milk ngan fruits. saya bantai aja semua. omelette, sosej, fruits, fresh juice, mushrooms dan macam-macam lagi. sampai boy cakap "mama ni makan banyak la". sebenarnya dia tu bukan xnak makan, tapi hati dah meloncat-loncat xsabar nak mandi kolam. sibuk suh saya makan cepat. xde feel lak nak makan. dalam xde feel tu berulang-ulang jugak la pegi amik makanan.



swimming pool for kids
relaxing gazebo




hotel




ni pemandangan dari bilik saya, 3rd floor


overall kat sini memang best. recommend pada yang nak menenagkan diri. baring-baring aja kat bawah tu menghadap laut. kat situ jugak ada disediakan massage. pekerja hotel akan datang tanya kat kita untuk service massage kaki. diaorang akan charge dalam room bill. jadi xpayah la nak bawak duit masa turun bersantai. buleh jugak menikmati ice cream haagen dasz serta cocktail. sume itu kena bayor ye. yang free welcome drink aja.ha3...

No comments:

Post a Comment