Sunday, April 10, 2011

berjimba-jimba

isnin petang gerak pegi penang. dalam kol 8 sampai penang. singgah banyak pit stop coz ada keja yang nak dilangsaikan.highway smooth aja, xbanyak kereta, so bleh la enjut laju sket. tapi before sampai juru, jalan jem la pulak. tengah buat jalan. then check in kat CITITEL HOTEL. dari KOMTAR memang dah nampak hotel ni. tapi disebabkan jalan kat penang banyak sehala, jadi memusing jugak la nak cari hotel ni. bila dah dekat xnampak pulak rupe hotel ni. pusing punya pusing jumpa jugak hotel ni. bila dah dapat je kunci, cargas masuk bilik. xsabar nak bebaring atas katil. bila dah dapat baring tu nikmatnya. hilangkan lenguh-lenguh pinggang dok dalam keta. lepak cititel 2 malam. tapi xdak gambar pon tangkap kat CITITEL coz tempatnya dalam town, jadi biasa ada. bila malam, perut sudah mula lapar, keluar la nak pegi cari makanan. bajet nak g padang kota lama. tapi tempat makan tepi laut banyak2 gerai cam dulu (time skolah) dah xde rupanya. so, pusing makan kat hawker GURNEY DRIVE. makan rojak kat situ, tapi malam tu xberapa banyak pilihan bahan rojaknya, mungkin isnin malan xramai orang, so dia kurangkan lah bahannya. then order bihun sup, laksa, air kelapa. rojak mamak tu kuahnya sedap jugak. tapi bab bihun sup dan laksa memang kantoi. hampeh dan xsedap. tapi makan aja la nak lapik perot, kang tengah malam kebulur lak. sok pagi dalam kol 9 lebih dah kuar memulakan kerja. room kat CITITEL ni xdak breakfast. so, pepagi carik la breakfast sendiri. pi la gurney plaza. breakfast dengan roti boy aja n vitagen. masa sampai tu kedai masih belum bukak. beli je la apa yang ada. kang kelaparan pulak. dambil my sis buat keja, saya meronda la. terjebak beli cadar ausinno 2 set pulak. ada F1 sale katanya. dapat 20% diskaun. souvenir unutk asbend ku. then, teruskan perjalanan ke queensbay mall. mall tu baru lagik dan betul-betul kat tepi laut. besar tau. memang puas la kalau nak mencari barang. suma ada. sediakan duit sahaja. ada duit sume buleh beli. lunch kat quensbay, makan kenny rogers. time kitaorang makan tu ada 2 table je yang berisi. yang lain sume kosong. pelik pulak xde ke orang kuar makan. kalau kat KL hari keja pon kedai makan tetap ramai orang. pas makan bergerak ke tempat lain pulak. destinasi seterusnya ialah SUNSHINE SQUARE. mall ni memang xsyiok. biasa-biasa aja. sesuai untuk ahnya @ nyonya pi beli barang ja. siap keja move to Giant Bayan Baru. kat sini pon biasa ja. maam giant yang wujud kat klang valley. tapi yang xberapa puas hati, tempat duduk xdisediakan la kat situ. nak duduk melepak pon xbuleh. naik kejang plak kaki asyik berdiri je. bengang betol. agaknya motto giant ni pas beli barang terus belah. dia xkasi customer melepak kat situ. pihak pengurusan giant bayan baru take note ya, sila sediakan kemudahan tempat duduk untuk pelanggan anda. hari rabu pulak pagi tu terus check out. pegi warehouse dulu amik barang then terus ke Carrefour Seberang Jaya.carrefour ni kat seberang, so kitaorang juar jap dari pulau. buat-buat keja, dah settle terus gerak pegi Queensbay & Giant Bayan Batu. then lunch kat kedai makan near gian tu. sedap la makanan dia. patut la ramai orang kat kedai tu. memang puas hati dan kenyang. harga pulak xmencekik darah. tu yang penting. settle keja terus ke batu ferringhi. check in kat GOLDEN SANDS RESORT, by SHANGRI-LA. ha..sini memang best! sume mat + minah salleh aja yang dok kat situ. kitaorang sahaja yang seketol melayu kat situ. masa check in dapat welcome drink jugak. then dapat bilik kat 1st floor. masuk je b ilik wajib pegi kat balcony, nak tangok seaview. tapi balcony terhalang dek atap pulok. terus la call reception ank tuker room. memang buleh la kan, dia kasi bilik kat tingkat 3. haa...itulah barulah nice seaview. puas hati. lepak dalam bilik smentara nak tunggu malam. malam tu mama n boy akan datang penang. diaorang nak FIREFLY. dapat tambang murah. ticket RM53.++ je. tapi last flight la. kol 12 sampai penang. malamnya kuar makan dulu kat gerai melayu depan hotel, pas makan terus gerak ke airport. dari batu feringghi ni agak jauh dari airport. tu kang kuar awal. xfamiliar sangat jalan ke airport. takut sesat merat je pulak. jenuh pulak mama n boy nak menunggu. sampai airport dalam kol 10.40. punya la awal. padahal flight dari subang kol 11 baru gerak. tnggu je la dalam kereta melayan internet. dalam kol 12 nampak firefly tu mendarat. tepat pada masanya. so, gerak pegi tempat ketibaan. yeay....my boy is here. dia xtido dalam flight. asyik bercakap je. bila tanya dia makan apa, dia kata kacang dengan air nenas. dah malam kot, dia bagi makan ringan-ringan aja. reach hotel dalam kol 1 jugak la, borak dengan boy then suh dia tido. dah janji ngan dia esok pagi pas breakfast nak mandi kolam. dia memang dah excited lama dah, jadi dengan menurut perintah, dia pon tido awal.
view dari cafe


untuk breakfast memang ada variety of foods. sampai tatau nak pilih yang mana. xsemua la saya cuba. boy pulak hari-hari makan koko krunch+milk ngan fruits. saya bantai aja semua. omelette, sosej, fruits, fresh juice, mushrooms dan macam-macam lagi. sampai boy cakap "mama ni makan banyak la". sebenarnya dia tu bukan xnak makan, tapi hati dah meloncat-loncat xsabar nak mandi kolam. sibuk suh saya makan cepat. xde feel lak nak makan. dalam xde feel tu berulang-ulang jugak la pegi amik makanan.



swimming pool for kids
relaxing gazebo




hotel




ni pemandangan dari bilik saya, 3rd floor


overall kat sini memang best. recommend pada yang nak menenagkan diri. baring-baring aja kat bawah tu menghadap laut. kat situ jugak ada disediakan massage. pekerja hotel akan datang tanya kat kita untuk service massage kaki. diaorang akan charge dalam room bill. jadi xpayah la nak bawak duit masa turun bersantai. buleh jugak menikmati ice cream haagen dasz serta cocktail. sume itu kena bayor ye. yang free welcome drink aja.ha3...

Sunday, April 3, 2011

manusia OH manusia

entry kali ni macam nak meluahkan perasaan la jugak. saya pelik la, kenapa ada manusia yang ada perasaan iri hati dan dengki dengan orang lain. korang pernah kena macam ni x? apa langkah yang korang hamik? kadang-kadang, saya pon xpaham apa yang membuatkan si polan ni rasa tercabar dengan diri saya. saya ni bukan la hebat sangat pon. apa yang saya buat akan disalah anggap dan akan keluar cerita yang bukan-bukan. memang menyimpang dari cerita sebenar. kalau kat depan saya si polan ni bukan main baik lagi, berlaga pipi la hapa la lengkap la nak menampakkan yang dia sememangnya caring dengan anda. tapi kat belakang anda, macam-macam cerita sampah yang keluar dari mulut dia. bukan saya sahaja yang terkena macam ni, ada lagi yang telah menjadi mangsa dia. si polan ni xboleh tengok orang lebih. mula lah dia nak mengata macam-macam. dia xboleh tengok orang lebih skit dari dia. apa yang orang ada, dia mesti nak ada. ukur lah baju di badan sendiri. sepatutnya, bila apa yang orang lain ada, tapi ko xada jangan mengata yang bukan-bukan. bersyukur dengan apa yang orang tua ada dan bersangka baik. TUHAN itu maha adil. mungkin dengan niat ko tumpang gembira dengan apa yang orang tu ada, mudah-mudahan TUHAN akan kurniakan ko menda yang macam orang tu ada ATAUPUN yang lebih baik dari apa yang orang tu ada. rezeki masing-masing kan. orang tu ada apa-apa pon bukannya niat dia nak menunjuk kat engkau pon. tapi persepsi kolot ko dan pemikiran sempit orang yang xcerdik macam ko tu yang membuatkan diri engkau nampak kurang cerdik. apa yang ko xpuas hati tu engkau pegi cerita kat orang yang salah, memang la tuan empunya diri dapat tau cerita tu. tapi saya ni macam masih berakal dan xmahu nak serang orang macam tu ja. saya mengharapkan agar si polan sedar dengan apa yang di dah lakukan. agaknya si polan ni memang seronok menjaja kisah yang tidak betul kepada orang lain. si polan ni merasa puas dengan apa yang dia buat. tap ingatlah, sampai bila si polan ni boleh bermaharajalela (bukan maharaja lawak tau). lambat laun semua ini akan terbongkar juga. sedarlah sebelum semuanya telah terlambat. bila terbongkar segalanya, diri sendiri akan malu, hilang kawan juga saudara. cuba fikirkan masa depan diri sendiri. apa sahaja yang saya buat tidak kena di mata dia. ada sahaja salahnya. benda ni berlarutan dah lama. nasib baik saya ada informer yang jujur. saya memang percaya apa yang informer tu cakap. kepada si polan, teruskan lah bercerita kepada informer saya supaya sya dan keluarga saya akan tahu apa yang anda kutuk serta umpat kami sepanjang masa. saya kadang-kadang malas nak fikirkan sangat pasal benda ni. bila saya dah lupakan, ada sahaja cerita baru yang dia mulakan yang menyakitkan hati saya. lain benda yang saya tanya, lain pulak dia cerita kat orang lain. cerita tu dah siap perasa bagai. benda yang tak ada ditokok tambah. sudah-sudah lah dengan perangai anda yang macam tu. malu lah skit kepada diri sendiri. orang lain pon tau cerita yang ko bawak tu sebenarnya xbetul. p/s: memang hari ni monday blues la.....xsabar nak tunggu petang nanti. long journey to PENANG. cititel n rasa sayang hotel..here i come!

Wednesday, March 30, 2011

PENANG-rians

dapat sms dari my sis. dia ajak pi penang coz dia ada event kat sana 4 hari. dia suh amik cuti. dah horra la melompat..tempat jatuh lagikan dikenang inikan pulak tempat berdating dulu...muahahahaha... tapi bila pikir balik xkan la ah boy nak cuti sampai 3 hari. dia kan sekolah. nasib baik mama boleh cuti 2 hari, dan cuti dia dah lulus pon. saya ni xhamik cuti lagi. so, selasa mama akan balik ngan boy via firefly (kalau plan ni menjadi la). tanya kakak, dapat dok hard rock hotel ke. dia kata xde maknaya. dapat dok cititel georgetown aja. xpo la, senang sket nak berjalan ke komtar, prangin mall n chowrasta beli jeruk. masa kat teknik dulu, asal outing ja akan pi makan kat NAZIR CAFETARIA. nasi ayam kat citu memang femes. klu ramai orang kat situ, makan McD or KFC je lah. student lagi, mana boleh nak makan perhebat sangat pon. kat sana nanti, saya akan jadi petunjuk arah a.k.a. GPS untuk my sis. dia xfamiliar sangat jalan kat sana, so saya akan baca signboard while dia driving. since 2001 left penang, xtau la jalan masih sama atau dah berubah. kenangan memang xkan berubah masa kat sana :) kalau mama xikut, memang xkan dapat bawak ah boy, coz dia ni suke memerintah. susah nak arah dia dok diam. so, dia akan dok kat hotel berendam dalam swimming pool. bila malam, keja udah abih baru bleh bawak berjalan. kesian plak kat mama kena teman ah boy ja. malam, tempat menarik miami nite market kot (kat ferringhi), gurney drive (orang berchinta sesuai la), n padang kota lama. situ macam-macam makanan ada. tapi awas kalau memberli rojak mamak disana. satu pinggan sahaj boleh mencecah RM50. dia main kira ikut sedap tekak je. klu suh dia kira lagi sekali sure harga lain. kat sana makan kat tepi laut...fuhh..memang layan abih la..... menda belum jadik dah berangan macam-macam. ntah-ntah my sisi sibuk sampai malam, xdapat la jenjalan gi mana-mana. semestinya saya dah inform member kat sana habaq nak datang sana. dah lama xjumpa diaorang. also, nak menyinggah gak umah diaorang...hehehehe. p/s: semoga apa yang dirancang ni menjadi laaa.....

babai




majlis ni last week punya, baru teringat nak wat entry. majlis unutk untuk staff dept yang bertukar ke dept lain dan yang bertukar ke cawangan lain. majlis start kol 12.30. seperti biasa la Pengarah dept akan bagi ucapan, then orang yang nak bertukar. pas tu kasi cenderahati, baca doa makan dan santappppp......





Pengarah Dept. bagi ucapan, siap ada pantun giteww




officer yang naik pangkat jadi pengarah kat cawangan kedah





kak farah, baju glamer on dat day






kak ina malu-malu nak bagi ucapan


menu pada hari tu :-


ayam bakar

gulai ikan masin + nenas

sambal sotong

ulam

bubur chacha




menu menyelerakan dan sedap, tapi terhad. caterer ni memang sedap masakannya, tapi memang suke bagi ngam-ngam aja...aishh.. tang nasi tau plak dia bagi lebih. sapa plak yang nak tambah nasik kalau lauk dah abih kan.


untuk yang dah berpindah keluar dari dept, diaorang dapat hadiah henbeg (ponpuan), set tali pinggang + dompet (lelaki).




KUPON punya hal

lagi 5 minit pukol 10 pagi tadi rose menelepon, nak ajak ke McD unutk redeem breakfast coupon. jadi, siap call semua anggota unit unutk bersiap sedia di tempat yang dijanjikan. saya punya la kalut cari kunci keta dalam henbeg, cari punya cari xde. hallamakkk...kunci tertinggal dalam keta ke. abislah kena marah ngan zull kalau cenggini. jeng..jeng...jeng..baru teringat
-

-

-

-

-

-



HARI NI DATANG KEJA NAIK MOTO SEBAB HUJAN, JALAN JEM TERUK




pinjam la keta orang lain untuk meneruskan misi. kami pergi ber5 ke McD PJ Old Town. Sampai aja sana Q xberapa nak panjang. jadi, diaorang beratur saya duduk bersenang lenang (kononnya preggy). ddalam 20 minit diaorang beratur sampai jugak turn untuk order. ada 8 kupon unutk ditukarkan. saya beli hot tea ngan apple pie unutk mencukupkan RM5. total untuk 2 items tu RM5.25 sahaja dan automatik dapat redeem 2 box breakfast. makan la sampai lebam. pas order tu kena tunggu dalam masa 15-20 untuk dapatkan barang plak. produk xready lagi coz semua orang nak redeem menda yang sama. sabar aja la. tetiba ada sorang cha ya nun alif ni beratur kat kaunter yang close. then dah samapi depan kaunter dia komlen plak cakap xde staff McD yang inform dia kaunter tu closed. tu la, lorat nak beratur tempat yang skit orang sangat. padahal barisan yang skit orang tu adalah unutk menunggu produk siap, bukannya nak order. dia dok bising-bising staff Mcd tu layankan jugak amik order dia. pas tu, yang belakang dia pon ak take advantage jugak. siap cakap "kalau u layan dia, u kena layan saya jugak. saya beratur belakang dia." ewah3...manyak sepet mata ko nak cepat. ako ngan geng ako simbah kopi panas kat muke xmandi ko baru tau. orang lain dok beratur panjang, ko datang trus nak bagi alasan tu plak. dan menda murah kena la beratur panjang beb, lain la kalau ko bayar full price. sementara menunggu produk nak siap, diaorang siap boleh meleoak bertenggek minum kat kaunter tu tersengih-sengih sambil berborak. memang selamber memnuhkan bahagian depan kaunter tu. setelah menunggu, dapatlah hasil kami. apa tunggu lagi , melangkah keluar dengan senyuman la. dah 5 tapak berjalan keluar dari McD tu tengok hasil macam skit aja. rupanya ada 8 box aja. kami sepatutnya dapat 14 box breakfast tu. so, patah balik nak amik balance tu. nasib baik budak tu baik. cashier tu siap cakap bagi je la burger skali, sesama kaum..hahaha.....dalam 2-3 bijik burger jugak la dia bagi free.
muka seronok mencilok dengan banyaknyer sugar, creamer, cutlery set, spoon, pepper







lihatlah, menikmati hot tea di hadapan kaunter

Monday, March 28, 2011

walimatul urus

ahad ari tu pegi wedding kat area bandar tasik selatan. umah jiran masa dok kat flat desa tun razak dulu. kat sana jumpa kawan saya masa kecik-kecik dulu, BALQIS. jarang dapat jumpa dengan dia coz dia cikgu n mengajar dekat JB. dulu mas sekolah rendah, nak pegi tunggu bas skolah, saya kan pegi ngan dia. kalau saya lambat (dia selalu kuar awal), dia akan cop tempat untuk saya. walaupon saya xsama sekolah dengan dia., tapi naik bas yang sama, iaitu bas CIK MAH (budak suma panggil macam tu). petang-petang kitaorang akan main sama-sama. tapi sebelum main, saya akan tunggu dia sapu sampah kat laman umah dia. dah settle keja baru main. family dia pulak akan bawak saya jalan. saya ingat lagi saya ikut diaorang pegi penang n JB masa cuti sekolah. kiranya saya memang rapat sangat dengan dia. pas tu, saya dah pindah, dia pon dah pindah memang dah lost contact. last year baru jumpa balik. bila jumpa je mesti xdpt borak lama coz masa mencemburui kitaorang. tapi dapat borak sekejap pon jadilah. ni ada skit gambar sekitar wedding yang kitaorang attend hari tu......
macam biasa 3 of us





ayang akan sebok dengan hp main game
sis + me





me, balqis, sis, k.ita









my lurvely BFF, BALQIS




semalam 28 MAC 2011 hari lahir dia....

so, wish u all da best in your lifetime. semoga mendapat jodoh yang terbaik untuk dirimu.....






p/s: pic yang last ni ada orang tanya 'aiin preggy ke?' hahaha..nampak ketara kan saya gemok. dah pesan kat cameraman snap half aja, jangan kasi nampak perut..kehkehkeh....

finally...tapi SADIS

semalam kereta yang dah 2 inggu lebih hilang tu dah jumpa. polis jumpa kat tepi jalan area sungai long. TETAPI, keta tu empty....dah memang xde apa-apa yang tinggal. penyangak tu memang pro type la. memang sume menda dalam keta tu dia korek.



kereta tu dijumpai dengan towing. towing tu juga dicuri dari Sentosa pada hari kereta hilang. patut la xnampak kelibat kereta tu atas jalan raya. rupanya penyangak tu memang cekap, ditowingnya kereta tu. so, nobody realize la. ingatkan kereta rosak.





dalam kereta memang kosong habis. dijadikan tempat pembuangan sampah pulak. kuang hajo betol. macam2 menda ada dalam keta tu. seliper buruk la, berus cat la...dah macam kedai serbaneka.





SEBELUM

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-


-

-











SELEPAS



kesian zull bila tengok keta ni. mesti remuk redam hati dia. kereta yang dia dah bela 8 tahun begini pengakhirannya. dengan raya sayu, dia towing jugak kerta ni ke rumah. time balik keja ramai la pelawat yang datang menziarah keta mangsa 'rogol' ni. dah macam datang menziarah orang balik mekah pulak . bertubi-tubi kawan dia datang. zull dengan tabah hati (tabah ke?) kemas balik bahagian dalam keta dia. buang apa yang patut. hiasa manik ALLAH / MUHAMMAD dalam keta tu pon penyangak tu hambik. apa ke teruk benar.


wiper cermin belakang pon dia hambik jugak, cermin belakang tu dia xdpt nak hambik. zull kata dia macam xreti nak bukak coz ada pisau patah kat celah cermin tu. ekzos pon dia amik. pokok pangkalnya bahagian luar aja la nampak elok skit. seat, sport rim enjin jangan cakap la, memang clean n clear dikerjakan. zull cakap dia nak pegi round kawasan keta tu jumpa. dia syak penyangak tu salin barang kat keta lain. dia kata dia leh recognize sume barang dia coz sumenya dia custome made. harap-harap dia jumpa balik la barang tu. xdapat sume skit pon jadi la asalkan tau mana punya penyagak yang kebas.


masa kereta xjumpa memang dia xboleh nak tido, teringatkan keta. saya rasa, bila keta ni dah jumpa balik, lagi la xboleh nak tido. nak merangka strategi macam mana nak elokkan balik keta ni. buat sikit-sikit aja. duit bukannya ada banyak sangat nak wat macam jadi dulu balik kan.


apa pun, saya tetap redha dengan apa yang berlaku. mungkin senang bagi saya nak ucapkan menda ni coz bukan tenaga dan duit saya yang kuar nak membela keta ni. tapi, kita kena bersyukur, setiap yang terjadi mungkin ada hikmahnya. ALLAH itu MAHA ADIL kan kepada hambanya.



p/s: dengar cite pelarasan gaji bulan 6