Wednesday, March 30, 2011
PENANG-rians
babai
Pengarah Dept. bagi ucapan, siap ada pantun giteww
KUPON punya hal
Monday, March 28, 2011
walimatul urus
ayang akan sebok dengan hp main game finally...tapi SADIS
SELEPAS
kesian zull bila tengok keta ni. mesti remuk redam hati dia. kereta yang dia dah bela 8 tahun begini pengakhirannya. dengan raya sayu, dia towing jugak kerta ni ke rumah. time balik keja ramai la pelawat yang datang menziarah keta mangsa 'rogol' ni. dah macam datang menziarah orang balik mekah pulak . bertubi-tubi kawan dia datang. zull dengan tabah hati (tabah ke?) kemas balik bahagian dalam keta dia. buang apa yang patut. hiasa manik ALLAH / MUHAMMAD dalam keta tu pon penyangak tu hambik. apa ke teruk benar.
wiper cermin belakang pon dia hambik jugak, cermin belakang tu dia xdpt nak hambik. zull kata dia macam xreti nak bukak coz ada pisau patah kat celah cermin tu. ekzos pon dia amik. pokok pangkalnya bahagian luar aja la nampak elok skit. seat, sport rim enjin jangan cakap la, memang clean n clear dikerjakan. zull cakap dia nak pegi round kawasan keta tu jumpa. dia syak penyangak tu salin barang kat keta lain. dia kata dia leh recognize sume barang dia coz sumenya dia custome made. harap-harap dia jumpa balik la barang tu. xdapat sume skit pon jadi la asalkan tau mana punya penyagak yang kebas.
masa kereta xjumpa memang dia xboleh nak tido, teringatkan keta. saya rasa, bila keta ni dah jumpa balik, lagi la xboleh nak tido. nak merangka strategi macam mana nak elokkan balik keta ni. buat sikit-sikit aja. duit bukannya ada banyak sangat nak wat macam jadi dulu balik kan.
apa pun, saya tetap redha dengan apa yang berlaku. mungkin senang bagi saya nak ucapkan menda ni coz bukan tenaga dan duit saya yang kuar nak membela keta ni. tapi, kita kena bersyukur, setiap yang terjadi mungkin ada hikmahnya. ALLAH itu MAHA ADIL kan kepada hambanya.
p/s: dengar cite pelarasan gaji bulan 6
Thursday, March 24, 2011
poning den
itu la pasal hari ni macam pening-pening lalat skit gamaknya. dari pegi memang dah terasa pening. pas tu perut pulak buat hal, meragam. rupanya member yang membeli kat kedai yang sama pon merasai ke tandas beberapa kali hari ni. nasib baik ada geng kang. ingatkan apa hal perut tetiba sakit ni. risau pulak. rasanya malam tadi xde makan menda yang tajam. sekarang ni kena berhati-hati skit kan.dalam keadaan pening-pening lalat ni, tengok2 jam ingatkan lagi 10 minit pukoi 5, ghupe-ghupenya lagi 10 minit kol 4 pulok dah. haiyooo....lagi bertambah la pening say nih. tolonglah cepat skit putaran jam tu. tapi bile kat umah kang, putaran jam lambat sket pon xpe coz saya nak tido lama sket. mintak-mintak la masa nak drive balik kang pening ni xmemudaratkan pemanduan di jalan raya. takut kang xpasal jer kena horn ngan orang lain kan.
ok, entry ni short sahaja kerna daku pening.....
Tuesday, March 22, 2011
tips yang disukai
PENTINGNYA TIDO SIANG UNTUK PRODUKTIVITI
Semenjak beberapa tahun ini, senaman dan pemakanan banyak dititik beratkan, tetapi ramai yang tidak menyedari tidur yang mencukupi adalah salah satu elemen penting untuk produktiviti. Menurut seorang penyelidik dari Loughborough University, England, tidur yang singkat boleh mengembalikan kesegaran kepada individu yang mengamalkannya. Tidur dalam masa yang singkat (20-30 minit) di waktu tengah hari boleh menghilangkan rasa mengantuk tanpa mengganggu kitaran tidur anda di waktu malam. Jangan salah sangka bahawa tidur yang singkat di waktu siang ini akan menggantikan tidur malam anda yang tidak mencukupi. Tidak sama sekali. Ini bermakna, di samping tidur malam yang mencukupi, tidur siang yang singkat akan membantu meningkatkan produktiviti.
Penemuan para saintis berkenaan tidur yang singkat ini rupa-rupanya telah disarankan oleh Nabi Muhammad S.A.W. sejak dari dulu lagi. Menurut Rasulullah, tidur sebentar sebelum solat Zuhur adalah amat digalakkan. Walaubagaimana pun, amalan ini tidak ramai yang mengetahuinya dan mungkin tidak dapat diterima dalam masyarakat kita terutamanya yang berkarier. Pihak majikan mungkin akan membuat pelbagai andaian negatif dengan amalan tidur siang ini. Akan ada juga sesetengah pihak yang menggalakkan tidur siang ini di kalangan pekerja dan kemudian menggalakkan kerja sehingga lewat malam. Untuk menjadikan tidur singkat di waktu siang ini realiti, beberapa cadangan boleh diaplikasikan terutamanya bagi yang bekerja.
1) Luangkan masa dan tempat yang sesuai – Tidur dalam jangka masa 20-30 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan kesegaran anda. Masa yang paling sesuai ialah waktu tengah hari di mana badan dan otak anda kepenatan dengan aktiviti di sebelah pagi. Pertimbangkan untuk menggunakan separuh dari waktu makan tengah hari anda untuk berehat seketika dengan tidur. Cari tempat yang sesuai dan selesa untuk anda lelapkan diri. Dalam kereta anda juga mungkin tempat yang sesuai jika anda sudah kehabisan idea.
2) Sediakan keadaan yang sesuai – Tutup lampu dan langsir kerana keadaan yang gelap akan menggalakkan otak anda menghasilkan hormon melatonin, hormon yang membantu anda tidur. Pastikan anda selesa dengan suhu persekitaran dan jangan lupa untuk mematikan telefon bimbit anda.
3) Jaga pemakanan – Hindarkan Nescafe, kopi atau sebarang minuman berkafein beberapa jam sebelum tidur. Elakkan juga makanan bergula tinggi dan berkarbohidrat tinggi. Ambil makanan seperti daging dan kekacang serta susu yang mengandungi tryptophan, dimana ia diproses oleh badan menjadi melatonin, hormon yang membantu anda untuk tidur.









