Wednesday, March 30, 2011

KUPON punya hal

lagi 5 minit pukol 10 pagi tadi rose menelepon, nak ajak ke McD unutk redeem breakfast coupon. jadi, siap call semua anggota unit unutk bersiap sedia di tempat yang dijanjikan. saya punya la kalut cari kunci keta dalam henbeg, cari punya cari xde. hallamakkk...kunci tertinggal dalam keta ke. abislah kena marah ngan zull kalau cenggini. jeng..jeng...jeng..baru teringat
-

-

-

-

-

-



HARI NI DATANG KEJA NAIK MOTO SEBAB HUJAN, JALAN JEM TERUK




pinjam la keta orang lain untuk meneruskan misi. kami pergi ber5 ke McD PJ Old Town. Sampai aja sana Q xberapa nak panjang. jadi, diaorang beratur saya duduk bersenang lenang (kononnya preggy). ddalam 20 minit diaorang beratur sampai jugak turn untuk order. ada 8 kupon unutk ditukarkan. saya beli hot tea ngan apple pie unutk mencukupkan RM5. total untuk 2 items tu RM5.25 sahaja dan automatik dapat redeem 2 box breakfast. makan la sampai lebam. pas order tu kena tunggu dalam masa 15-20 untuk dapatkan barang plak. produk xready lagi coz semua orang nak redeem menda yang sama. sabar aja la. tetiba ada sorang cha ya nun alif ni beratur kat kaunter yang close. then dah samapi depan kaunter dia komlen plak cakap xde staff McD yang inform dia kaunter tu closed. tu la, lorat nak beratur tempat yang skit orang sangat. padahal barisan yang skit orang tu adalah unutk menunggu produk siap, bukannya nak order. dia dok bising-bising staff Mcd tu layankan jugak amik order dia. pas tu, yang belakang dia pon ak take advantage jugak. siap cakap "kalau u layan dia, u kena layan saya jugak. saya beratur belakang dia." ewah3...manyak sepet mata ko nak cepat. ako ngan geng ako simbah kopi panas kat muke xmandi ko baru tau. orang lain dok beratur panjang, ko datang trus nak bagi alasan tu plak. dan menda murah kena la beratur panjang beb, lain la kalau ko bayar full price. sementara menunggu produk nak siap, diaorang siap boleh meleoak bertenggek minum kat kaunter tu tersengih-sengih sambil berborak. memang selamber memnuhkan bahagian depan kaunter tu. setelah menunggu, dapatlah hasil kami. apa tunggu lagi , melangkah keluar dengan senyuman la. dah 5 tapak berjalan keluar dari McD tu tengok hasil macam skit aja. rupanya ada 8 box aja. kami sepatutnya dapat 14 box breakfast tu. so, patah balik nak amik balance tu. nasib baik budak tu baik. cashier tu siap cakap bagi je la burger skali, sesama kaum..hahaha.....dalam 2-3 bijik burger jugak la dia bagi free.
muka seronok mencilok dengan banyaknyer sugar, creamer, cutlery set, spoon, pepper







lihatlah, menikmati hot tea di hadapan kaunter

Monday, March 28, 2011

walimatul urus

ahad ari tu pegi wedding kat area bandar tasik selatan. umah jiran masa dok kat flat desa tun razak dulu. kat sana jumpa kawan saya masa kecik-kecik dulu, BALQIS. jarang dapat jumpa dengan dia coz dia cikgu n mengajar dekat JB. dulu mas sekolah rendah, nak pegi tunggu bas skolah, saya kan pegi ngan dia. kalau saya lambat (dia selalu kuar awal), dia akan cop tempat untuk saya. walaupon saya xsama sekolah dengan dia., tapi naik bas yang sama, iaitu bas CIK MAH (budak suma panggil macam tu). petang-petang kitaorang akan main sama-sama. tapi sebelum main, saya akan tunggu dia sapu sampah kat laman umah dia. dah settle keja baru main. family dia pulak akan bawak saya jalan. saya ingat lagi saya ikut diaorang pegi penang n JB masa cuti sekolah. kiranya saya memang rapat sangat dengan dia. pas tu, saya dah pindah, dia pon dah pindah memang dah lost contact. last year baru jumpa balik. bila jumpa je mesti xdpt borak lama coz masa mencemburui kitaorang. tapi dapat borak sekejap pon jadilah. ni ada skit gambar sekitar wedding yang kitaorang attend hari tu......
macam biasa 3 of us





ayang akan sebok dengan hp main game
sis + me





me, balqis, sis, k.ita









my lurvely BFF, BALQIS




semalam 28 MAC 2011 hari lahir dia....

so, wish u all da best in your lifetime. semoga mendapat jodoh yang terbaik untuk dirimu.....






p/s: pic yang last ni ada orang tanya 'aiin preggy ke?' hahaha..nampak ketara kan saya gemok. dah pesan kat cameraman snap half aja, jangan kasi nampak perut..kehkehkeh....

finally...tapi SADIS

semalam kereta yang dah 2 inggu lebih hilang tu dah jumpa. polis jumpa kat tepi jalan area sungai long. TETAPI, keta tu empty....dah memang xde apa-apa yang tinggal. penyangak tu memang pro type la. memang sume menda dalam keta tu dia korek.



kereta tu dijumpai dengan towing. towing tu juga dicuri dari Sentosa pada hari kereta hilang. patut la xnampak kelibat kereta tu atas jalan raya. rupanya penyangak tu memang cekap, ditowingnya kereta tu. so, nobody realize la. ingatkan kereta rosak.





dalam kereta memang kosong habis. dijadikan tempat pembuangan sampah pulak. kuang hajo betol. macam2 menda ada dalam keta tu. seliper buruk la, berus cat la...dah macam kedai serbaneka.





SEBELUM

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-


-

-











SELEPAS



kesian zull bila tengok keta ni. mesti remuk redam hati dia. kereta yang dia dah bela 8 tahun begini pengakhirannya. dengan raya sayu, dia towing jugak kerta ni ke rumah. time balik keja ramai la pelawat yang datang menziarah keta mangsa 'rogol' ni. dah macam datang menziarah orang balik mekah pulak . bertubi-tubi kawan dia datang. zull dengan tabah hati (tabah ke?) kemas balik bahagian dalam keta dia. buang apa yang patut. hiasa manik ALLAH / MUHAMMAD dalam keta tu pon penyangak tu hambik. apa ke teruk benar.


wiper cermin belakang pon dia hambik jugak, cermin belakang tu dia xdpt nak hambik. zull kata dia macam xreti nak bukak coz ada pisau patah kat celah cermin tu. ekzos pon dia amik. pokok pangkalnya bahagian luar aja la nampak elok skit. seat, sport rim enjin jangan cakap la, memang clean n clear dikerjakan. zull cakap dia nak pegi round kawasan keta tu jumpa. dia syak penyangak tu salin barang kat keta lain. dia kata dia leh recognize sume barang dia coz sumenya dia custome made. harap-harap dia jumpa balik la barang tu. xdapat sume skit pon jadi la asalkan tau mana punya penyagak yang kebas.


masa kereta xjumpa memang dia xboleh nak tido, teringatkan keta. saya rasa, bila keta ni dah jumpa balik, lagi la xboleh nak tido. nak merangka strategi macam mana nak elokkan balik keta ni. buat sikit-sikit aja. duit bukannya ada banyak sangat nak wat macam jadi dulu balik kan.


apa pun, saya tetap redha dengan apa yang berlaku. mungkin senang bagi saya nak ucapkan menda ni coz bukan tenaga dan duit saya yang kuar nak membela keta ni. tapi, kita kena bersyukur, setiap yang terjadi mungkin ada hikmahnya. ALLAH itu MAHA ADIL kan kepada hambanya.



p/s: dengar cite pelarasan gaji bulan 6

Thursday, March 24, 2011

poning den

semalam saya kena attend meeting, dan yang paling xsyioknya kena jadi pencatat minit plak dalam meeting tu. memang la satu tugas yang xberkenan di hati nurani. dalam masa 3 hari dah kena siapkan minit dan edarkan kat ahli mesyuarat kan. dalam meeting, chairperson tu dok la bercakap speaking london, xde la jadi masalah sangat coz bole la paham jugak. yang menjadi masalahnya nak translate balik bijik butir words ke dalam malay. alamak, menjadi pening nak fikir words yang sesuai dan sedap didengar dan menjadikan ayat cantik dan lenggoknya menjadi sedap mata membacanya.


itu la pasal hari ni macam pening-pening lalat skit gamaknya. dari pegi memang dah terasa pening. pas tu perut pulak buat hal, meragam. rupanya member yang membeli kat kedai yang sama pon merasai ke tandas beberapa kali hari ni. nasib baik ada geng kang. ingatkan apa hal perut tetiba sakit ni. risau pulak. rasanya malam tadi xde makan menda yang tajam. sekarang ni kena berhati-hati skit kan.



dalam keadaan pening-pening lalat ni, tengok2 jam ingatkan lagi 10 minit pukoi 5, ghupe-ghupenya lagi 10 minit kol 4 pulok dah. haiyooo....lagi bertambah la pening say nih. tolonglah cepat skit putaran jam tu. tapi bile kat umah kang, putaran jam lambat sket pon xpe coz saya nak tido lama sket. mintak-mintak la masa nak drive balik kang pening ni xmemudaratkan pemanduan di jalan raya. takut kang xpasal jer kena horn ngan orang lain kan.


ok, entry ni short sahaja kerna daku pening.....

Tuesday, March 22, 2011

tips yang disukai

INFO DARI comelnya.com

PENTINGNYA TIDO SIANG UNTUK PRODUKTIVITI

Semenjak beberapa tahun ini, senaman dan pemakanan banyak dititik beratkan, tetapi ramai yang tidak menyedari tidur yang mencukupi adalah salah satu elemen penting untuk produktiviti. Menurut seorang penyelidik dari Loughborough University, England, tidur yang singkat boleh mengembalikan kesegaran kepada individu yang mengamalkannya. Tidur dalam masa yang singkat (20-30 minit) di waktu tengah hari boleh menghilangkan rasa mengantuk tanpa mengganggu kitaran tidur anda di waktu malam. Jangan salah sangka bahawa tidur yang singkat di waktu siang ini akan menggantikan tidur malam anda yang tidak mencukupi. Tidak sama sekali. Ini bermakna, di samping tidur malam yang mencukupi, tidur siang yang singkat akan membantu meningkatkan produktiviti.

Penemuan para saintis berkenaan tidur yang singkat ini rupa-rupanya telah disarankan oleh Nabi Muhammad S.A.W. sejak dari dulu lagi. Menurut Rasulullah, tidur sebentar sebelum solat Zuhur adalah amat digalakkan. Walaubagaimana pun, amalan ini tidak ramai yang mengetahuinya dan mungkin tidak dapat diterima dalam masyarakat kita terutamanya yang berkarier. Pihak majikan mungkin akan membuat pelbagai andaian negatif dengan amalan tidur siang ini. Akan ada juga sesetengah pihak yang menggalakkan tidur siang ini di kalangan pekerja dan kemudian menggalakkan kerja sehingga lewat malam. Untuk menjadikan tidur singkat di waktu siang ini realiti, beberapa cadangan boleh diaplikasikan terutamanya bagi yang bekerja.

1) Luangkan masa dan tempat yang sesuai – Tidur dalam jangka masa 20-30 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan kesegaran anda. Masa yang paling sesuai ialah waktu tengah hari di mana badan dan otak anda kepenatan dengan aktiviti di sebelah pagi. Pertimbangkan untuk menggunakan separuh dari waktu makan tengah hari anda untuk berehat seketika dengan tidur. Cari tempat yang sesuai dan selesa untuk anda lelapkan diri. Dalam kereta anda juga mungkin tempat yang sesuai jika anda sudah kehabisan idea.

2) Sediakan keadaan yang sesuai – Tutup lampu dan langsir kerana keadaan yang gelap akan menggalakkan otak anda menghasilkan hormon melatonin, hormon yang membantu anda tidur. Pastikan anda selesa dengan suhu persekitaran dan jangan lupa untuk mematikan telefon bimbit anda.

3) Jaga pemakanan – Hindarkan Nescafe, kopi atau sebarang minuman berkafein beberapa jam sebelum tidur. Elakkan juga makanan bergula tinggi dan berkarbohidrat tinggi. Ambil makanan seperti daging dan kekacang serta susu yang mengandungi tryptophan, dimana ia diproses oleh badan menjadi melatonin, hormon yang membantu anda untuk tidur.

alahai alahan

INFO DARI comelnya.com

Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.

Punca alahan
Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.

Bila alahan berlaku?
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.

Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.

Kesan alahan terhadap kesihatan
Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.



Cara mengatasi alahan


Makanan

• Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
• Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
• Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
• Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
• Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
• Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.
• Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
• Elakkan mengambil kafein dan merokok.


Minuman

• Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
• Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
• Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.


Rutin harian

• Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
• Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
• Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
• Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
• Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
• Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
• Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
• Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)


Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?

• Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
• Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
• Berat badan anda menurun dengan banyak.
• Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
• Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
• Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.

habuk

lamanya xupdate blog ni. nakkata sibuk sangat xde la. cuma hati xberapa nak ada untuk jenguk blog. sekarang ni gagahkan jugak nak taip walaupun sejengkal dua ayat. tunggu la ye untuk entry yang akan datang.

babai :)