Tuesday, March 22, 2011

alahai alahan

INFO DARI comelnya.com

Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.

Punca alahan
Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.

Bila alahan berlaku?
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.

Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.

Kesan alahan terhadap kesihatan
Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.



Cara mengatasi alahan


Makanan

• Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
• Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
• Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
• Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
• Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
• Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.
• Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
• Elakkan mengambil kafein dan merokok.


Minuman

• Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
• Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
• Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.


Rutin harian

• Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
• Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
• Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
• Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
• Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
• Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
• Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
• Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)


Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?

• Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
• Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
• Berat badan anda menurun dengan banyak.
• Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
• Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
• Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.

habuk

lamanya xupdate blog ni. nakkata sibuk sangat xde la. cuma hati xberapa nak ada untuk jenguk blog. sekarang ni gagahkan jugak nak taip walaupun sejengkal dua ayat. tunggu la ye untuk entry yang akan datang.

babai :)

Tuesday, March 15, 2011

intai baby

semalam pegi scan perut dekat klinik bersalin pertiwi. my fren advice pegi scan if lambat lagi nak pegi bukak bukumerah. saya yang menurut perintah ni pon pegi la. sekarang dah nak masuk 13 weeks. bila doc scan semalam nampak la tangan dia dah terkapai-kapai.

doc: awak nampak tu tangan dia tengah berenang-renang, bergerak-gerak
saya: nampak, heartbeat dia dah ada ke?
doc: dia dah bergerak-gerak tu mesti la ada heartbeat. nampak tak hantung berdegup tu
saya: aahh....nampak

pas dah scan, doc akan ukur panjang baby tu. doc ni xtanya pon bila period saya n trus bagi EDD refer to besar baby. uhh..saya agak kagum bila EDD yang doc bagi tu memang tepat dengan EDD yang saya kira sendiri (refer to calculation kat internet) iaitu pada 25 September. dasyat kan teknologi sekarang ni.

saya masuk jumpa doc sensorang aja. mulanya pegi kat kedai asbend, dia kata pegi daftar dulu. saya pon pegi je la.sampai kat sana xde patient menuggu, so pas dafter saya trus masuk. hp plak xbwk time tu, saja tinggal kat kedai asbend. nak pegi panggil dia malas lak nak berjalan balik ke kedai dia. trus aja la masuk. dah scan sume, bayar, kuar dari klinik asbend pon datang. hahha...dia dah tertinggal kapal. dia tanya ada nampak jantina x. saya kata mana ada.siasanya 16 weeks above baru nampak.

gambar ada doc print. nanti dah scan saya upload yer....

Sunday, March 13, 2011

lambat

pagi tadi hand punch kat opis kol 9.22 pagi. selambah tipah aja mai opis lambat. al kisahnya begini, malam tadi late dinner ngan asbend until kol 1.30 baru sampai umah. makan sambil tengok badminton all england yang datuk LCW juara tu... bila sampai umah, layan FB jap sebab dah 2 hari xcheck. then pukol 2 pagi dah tarik selimut nak tido.

tiba-tiba perut terasa sakit celik mata kol 2.30, then kol 4 lbh, pas tu kol 8. dalam dah siap nak pegi opis pon perut sakit lagi. terasa macam nak mc je. tp memandangkan minggu lepas dah mc terpaksa rajinkan diri jugak nak pegi ke opis. kang bos mark muka plak asyik mc je.

pagi tadi call mama, tanya sakit perut ke x. dia kata xsakit. pelik la pulak. agaknya saya terlebih sudah makan sambal belacan kuinin kat umah kenduri kot. pas tu sental pulak sambal belacan yang biasa. tapi memang terbaik la sambal belacan kuinin tu. nasib baik kol 12 lbh dah sampai umah kenduri, dah la merasa sambal kuinin tu. kalau lambat tinggal bekas je la jawabnya. bubur kacang pon dah abih time tu, tinggal bekas aja.

sampai ke saat menulis ni lagi pon perut saya meragam. nak balik tengah hari ni macam xlogik pulak kan. dah la datanglambat, tengah hari dah nak balik pegi klinik (sampai pukul 5 pulak tu pegi klinik).

xpuas hati punya pasal, call my sis. dia pulak sampai xpegi keja, sakit perut n cirit birit punya pasal. pas ni dia plak nak tanya cousin yang lain kot-kot terkena penyakit yang sama.

kisah tragik

TARIKH : 09 MAC 2011
MASA: 6.30-6.45 A.M.


Dah lama xmenjengah blog ni. Ini kerana xde mood nak update blog. yang paling kisah duka di tahun ni adalah kereta suami saya hilang. kereta ni dah 8 tahun pakai. segala keringat serta pelaburan dia buat untuk kereta ni. dulu mas sebelum kawin, kereta ni jatuh pada ranking No. 1 bagi dia ye. apa saja untukmu kereta.

di satu pagi yang hening, ketika saya masih mamai nak bangun untuk mencari rezeki, tiba-tiba hp dia berbunyik dan dia terus melompat turun dari katil dan keluar dari rumah. saya pon macam terkejut jugak kenapa tiba-tiba macam tu. so, saya tunggu la dia balik (mana tau dia keluar kejap je ke). xlama lepas tu, dia call saya bagi tau kereta dia kena curik. terkejut sangat bila dengar berita tu. saya pon sepantas kilat on FB dan buat announcement dekat status. mana tau dengan buat macam tu member2 dia akan alert atau ternampak kereta tu dalam perjalanan ke opis. juga, saya hantar sms kepada semua rakan unutk menyebarkan berita tersebut.

dia mencari kereta tu sampai merata-rata pagi tu. oleh kerana berita yang tidak terduga itu, saya EL pada hari rabu tu. nak menolong dia mencari kereta jugak. itu je la satu-satunya harta yang dia ada. lagipon bukan senang nak menjaga kereta tu. banyak suka dan duka serta memori kat kereta tu.

dalam pencarian yang lama, saya call dia suruh balik breakfast dulu, then baru sambung cari kereta balik. kesian betul saya tengok dia xkeruan mencari kereta sana sini. jugak, ramai member2 dia yang xkerja pada hari kejadian nak mencari kereta tu.

selepas tu, try ronda klang pulak. dia pergi dengan saya. tapi tetap hampa. klang tu besar, macam mana nak cari segenap pelosok kan. start dari hari kehilangan tu, malam-malam dia xtido. dia akan keluar mencari kereta di semua tempat di sekitar kawasan kereta tu hilang.

saya sangat kagum dengan semangat setiakawan rakan-rakan dia yang sanggup bersama-sama jadi peronda untuk mencari kereta tu. saya menngucapkan terima kasih yang tidak terhingga. hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas budi dan jasa baik kalian semua.

sambil tu, ada juga ikhtiar lain yang dia lakukan dengan bantuan rakan dia. bukan senang nak cari kawan yang sanggup meluangkan masa setiap malam hanya untuk menemani rakan sendiri. rakan saya juga telefon bertanyakan keadaan semasa berkenaan kereta tersebut, juga ada yang menghulurkan bantuan untuk ikhtiar tengok keadaan kereta itu. terima kasih sahabat saya...

katanya, dia akan berusaha juga mencari kereta tersebut hingga ke tempoh 2 minggu, jika terasa hampa barulah dia akan mengisi borang unutk claim insurans.

apa perasaan anda jika dikhabarkan rakan sendiri yang mengambil/mencuri barang dari anda? itulah yang dia rasakan apabila 90% dari ikhtiar itu menyatakan orang yang mencuri kereta itu adalah rakan dia sendiri. dia kenal suami saya, serta suami saya mengenali saya. juga, pernah duduk di dalam kereta yang hilang tu. tergamak seorang kawan berbuat begitu kerana wang.

dia meminta kepada seorang pakcik yang menolong ikhtiar untuk kereta ini agar si pencuri memulangkan kembali kereta tersebut dan meminta maaf kepada dia. pakcik itu bersetuju untuk membuat seperti yang dia minta. kita hanya ikhtiar, selebihnya kekuasaan ALLAH.

saya rasa dugaan yang diturunkan ini adalah unutk menguji sejauh mana ketabahan umat-NYA dalam menghadapi ujian. saya berharap dia tabah, sabar serta jangan berputus asa dalam mencari sesuatu yang hilang. jika tiada rezeki untuk berjumpa semula dengan kereta itu, mungkin ALLAH akan mengurniakan rezeki yang lain buat kita. jadi, janganlah menyalahkan takdir serta diri sendiri atas apa yang berlaku.


gambar kenangan kereta

kesayangan si dia
p/s: baru saya perasan kasut saya ada gak dalam keta nih. asbend kata dalam 3 pasang...

Monday, March 7, 2011

kehilangan

semalam sempat jugak tengok cite gemilang kat TV3 sampai habis. selama ni xpernah nak heran cerita apa yang ada kat tv malam-malam. bila tengok sedutan cerita tu untuk minggu hadapan seolah-olah umar dan saif macam bertekak dan tidak sehaluan lagi. saya teka disebabkan oleh seorang perempuan yang berjaya mempengaruhi umar dengan cerita yang tidak betul. persoalannya disini, kenapa nilai persahabatan yang begitu tinggi menjadi semakin rendah dan mungkin akan hancur disebabkan oleh seseorang yang baru dikenali (orang ke 3).

banyak jugak kes yang berlaku dimana rakan baik bergaduh sehingga putus sahabat disebabkan oleh seorang lelaki/wanita yang baru dikenali. saya rasa itu tidak patut berlaku. cuba anda renungkan kembali, tempoh persahabatan dengan sahabat anda dibandingkan dengan tempoh perkenalan dengan teman lelaki/wanita. kalau seorang sahabat ingin mengkhianati anda, dia akan lakukan dahlama dahulu. tidak perlu menunggu dalam satu tempoh yang panjang.

jika dulu persahabatan anda dengan rakan tiada sebarang masalah timbul, kenapa bila wujudnya si dia pelbagai masalah timbul. sila kaji semula di mana punca dan salah silapnya. jangan sesekali memutuskan ikatan persahabatan yang telah lama terjalin. ingatlah kembali saat suka dan duka anda mengharungi pelbagai cerita bersama sahabat anda. jika ada sebarang masalah, berbincanglah dengan hati yang terbuka. nobody perfect kan.

boypren/girlpren boleh dicari pada bila-bila masa sahaja, tetapi sahabat yang sejati sukar dicari ganti. sahabat yang sentiasa bersama kita di kala susah dan senang. kawan ketika senang memang mudah dicari, tapi, kawan ketika susah mungkin hanya ada seorang sahaja. jadi, jagalah nilai persahabatan yang kita ada sekarang ibarat kita menjaga orang yang kita kasihi.

p/s: ni bukan sesi motivasi diri..keh3

my feberet song


I could stay awake just to hear you breathing
Watch you smile while you are sleeping
While you’re far away dreaming
I could spend my life in this sweet surrender
I could stay lost in this moment forever
Every moment spent with you is a moment I treasure

I Don’t wanna close my eyes
I Don’t wanna fall asleep
‘Cause I’d miss you baby
And I don’t wanna miss a thing
‘Cause even when I dream of you
The sweetest dream would never do
I’d still miss you baby
And I don’t want to miss a thing
Lying close to you feeling your heart beating
And I’m wondering what you’re dreaming
Wondering if it’s me you’re seeing
Then I kiss your eyes
And thank God we’re together
I just wanna stay with you in this moment forever
Forever and ever

I Don’t wanna close my eyes
I don’t wanna fall sleep
‘Cause I’d miss you baby
And I don’t wanna miss a thing
‘Cause even when I dream of you
The sweetest dream will never do
I’d still miss you baby
And I don’t want to miss a thing

I don’t wanna miss one smile
I don’t wanna miss one kiss
I just wanna be with you
Right here with you, and just like this
I just want to hold you close
Feel your heart so close to mine
And just stay here in this moment
For all the rest of time

I Don’t wanna close my eyes
I don’t wanna fall sleep
‘Cause I’d miss you baby
And I don’t wanna miss a thing
‘Cause even when I dream of you
The sweetest dream will never do
I’d still miss you baby
And I don’t want to miss a thing

I Don’t want to close my eyes
I don’t want to fall asleep
I don’t want to miss a thing

boat wedding

ahad yang lepas, pergi ke wedding sara+usie kat dewan sapura, mines. masa sampai dalam nak dekat pukol 2 pengantin tengah bersanding. sebelum masuk saya create wish untuk pengantin kat guestbook. then baru masuk ke dewan. temanya putih pink. pengantin naik boat dari mines sampai ke building sapura tu. memang romantic la event ni. dapat goodie bag pon cantik. kotak berbentuk kereta kuda, ala-ala cinderella punya.

kat wedding tu jumpa matun, ita, ollie, zie, siti, sarah, danial, ashraf, fesot dll. sume ni member masa sekolah kat sungai besi. bukan senang nak jumpa diaorang ni. klu xde wedding, memang xjumpa la. lepak lama jugak la bersembang ngan matun n ita sebab dok semeja ngan diaorang. tambahan pulak matun bawak baby boy dia, darwisy yang makin kiut. memang lama la berborak. nak dekat pukul 3 dah nak gerak balik. sebelum balik Q untuk tangkap gambar dengan pengantin. ingatkan nak lepak lama lagi skit, tp enchik asbend sibuk ajak balik. dia kata banyak keja nak buat. tu yang gua bengan! asal pegi kenduri umah kawan gua nak balik cepat je.

sara ngan usie ni dah lama sangat memadu kasih. since sekolah menengah lagi. cerita chinta diaorang ni dah boleh buat novel then di dramakan siri telenovela. memang pelbagai ragam diaorang ni dulu. tapi, FINALLY diaorang ni berjaya jugak disatukan. Alhamdulillah...

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SARA + USIE

SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT
DAN
DIKURNIAKAN ANAK YG COMEL
p/s: sayangnya gambar xde pulak masa wedding tu. lupa bawak hp