Monday, May 2, 2011

open day

last week agak sibuk. terlibat dengan event yang ada kat opis ni. Hari Terbuka dan Konvensyen Kimia. sebab tu xsempat nan update blog ni. satu lagi, kat pc saya tetiba je xleh nak log in kat google. ntah kenapa pulak. sekarang ni baru ada masa nak update. ini pon waktu lunch. dah selesai makan, tatau nak wat apa lagik, nak tido mata macam xmengantok.

setahun sekali opis saya akan wat open day. kat sini ada pameran mengenai kajian yang kimia buat. paling ramai pengunjung rasanya kat bahagian Forensik. semua orang nak tengok alat yang ada, apa jenis kajian, macam mana pegawai jalankan kajian. memang teruja la bagi sesiapa yang suke tengok CSI. tp xde la kes dapat selesai within 1 day mamcam CSI tu. alat secanggih manggih belom mampu kerajaan nak purchase. rega alat tu je sebijik dah macam rega umah banglo siap ngan swimming pool hookay....

saya pulak menjadi urusetia masa kat konvensyen kimia. kat sini pegawai sains present paper mengenai kajian yang diaorang dah buat. bagi orang macam saya ni memang la xpaham sangat istilah teknikal yang diaorang gunakan ni. dengar je buleh la, nak paham idok sekali.

2 hari yang memenatkan. balik uamh rasa nak landing je terus. masa dari pagi sampai petang full. xde masa nak rilex bagai la coz kena stanby jadi urusetia aja.

abih je minggu tu, terus happy sebab event dah habih dan masa untuk merehatkan badan pulak......


Wednesday, April 13, 2011

cont...penang

ini adalah aktiviti selepas mandi kolam. main game dulu seround dua, rilex-rilex kat bangku mals, then mandi kolam balik. kat sini dia agak boring mandi kolam sensorang, xde geng. yang hado anak mat saleh n pak arab. mana nak masuk company. anak pak arab pulak style xpaham bahasa. lifeguard dok jerit2 panggil pon depa wat dunno aja.
boy mandi kat tempat cetek je. kat kolam yang ni makin ke depan makin dalam. so kena pakai pelampung. nak dijadikan cerita pelampong dia bocor pulak. if xpakai pelampong, kena ada parents giude. mana pulak saya nak mandi dengan dia, kena pakai bikini seyhhh kat cni. xsanggup den. so, saya dok depan kolam aja perhatikan dia.



gambar nak menuju ke pantai. menengok orang main jet ski n parasuit (btol ke ejaan ni?). tapi kat pantai tu yang xberapa syiok ada anjing berkeliaran le pulok. beach boy kat situ ramai indian aja. then ada ramai pondok kecik yang menawarkan urutan reflex untuk kaki. tapi xcube pon. trus berjalan, jumpa kedai beli aiskrim n lepak je menikmati laut.



ni apahal pulak? hahaha...dah kena tangkap gambar marah pulak. kat belakng to nampak x gambar minah saleh yang dah ready nak tukar baju mandi.... kiranya kat situ cuci mata beb, orang tua baya mak saya pon berlambak sarung bikini. rilex aja. yang menjadi kepelikan, xdak pulak strach mark diaorang ni yer??? apa ubat yang diaorang pakai ?



berenang la kononnya ni. kat kolam ni air memang cetek habis. so, dia pon mandi kat sini. ada payung kecik, tapi xdapat menahan sinaran matahari jugak. jadi, kat kolam ni agak terik la. selalu dia sorang je yang mandi kat kolam ni. mana ada anak mat saleh yang sebaya dia layan mandi kolam cetek ni. sume dah master terjun kolam dalam ngan mak pak diaorang.



lihatlah kecetekan kolam ni. sesuai la unutk boy. kesian jugak kat dia, dia nak mandi kat tempat dalam macama anak mat saleh yang lain. masalahnya xde sapa yang nak bawak dia. kalau papa dia ada boleh la bawak dia mandi situ. orang laki kan senang je, pakai seluar pendek, semua kolam dah boleh masuk.



berkayuh-kayuh sendirian la boy ni. next time kena ajak papa sekali la. senang skit ayang nak mandi kan. tapi papa bukan suke g tempat cenggini. alasannya, dia ada banyak keja nak wat. kalau macam tu, mama kena bli baju mandi yang sopan skit.



cucu dan opah bermalas-malasan pulak. kang sun burn baru la tau. ayang pulak dok perabih beteri hp main game. tu je la kejanya.



ni pulak kat balcony bilik. aik je atas bilik sambung lagi main game. nasib baik hp ama xde game yang menarik perhatian dia.selamattttt..........



makan twiggires dulu. lapik perut. padahal masa breakfast xnak makan banyak-banyak. makan koko krunch aja. alahai ruginya.....pas tu bila mandi kejap je dah naik, lapar katanya. nasib baik opah bawak turun bekal makanan dari bilik.


p/s: kat mana ada jual baju mandi yang sopan dengan harga yang tidak membebankan?

HARI LAHIR YANG KE-4

12 APRIL 2007 - Lahirnya ZHAFRAN ASYRAFFI ZULKEFLI di PPUM pada jam 1.59 a.m. pada 12 April 2011, ada sedikt makan-makan unutk menyambut hari kelahiran boy. majlis ni diadakan secara ad hoc. hanya dihadiri oleh adik beradik, ipar duai dan sepupu yang duduk berhampiran. tahun ni xjemput ramai sebab dah spend kat pra birthday holiday ket penang dan holiday after birthday kat langkawi pada end may. kek pink from BREAD STORY. kek konterversi. boy amat marah pada saya kerana beli kek pink. sejak azali memang dia xsuke kaler pink. pada pemikiran dia, kaler pink hanya unutk perrempuan. betul jugak. memang saya admit salah saya beli kek pink ni. xterfikir pulak dia akan merajuk sampai xnak pandang dan duduk jauh dari kek ni. masa semua orang sing a song unutk dia, dia hanya duduk atas kerus yang jauh dari kek sambil berpeluk tubuh. lastly, orang lain yang tiup kek ni. potong kek pon dia xnak. punyalah marah dia kat kek pink tu.
ni gambar dia tengah merajuk. cuba dipujuk oleh papa. tapi tidak berhasil. time party pon dia bleh rilex pakai baju tido. memang selamber. jadi, saya terpaksa berjanji unutk membelikan dia kek lain nanti. baru la dia cool skit. dia kata nak kek putih yang ada gambar BEN10. alahai anak bujangkau...maafkan mama kerana merosakkan mood di hari lahirmu. nak menukar balik kek tu rasa macam malas, coz nunu kat sunway pyramid belinya. kalau beli kat area PJ memang dah lama tukar. tapi bole ke tukar kek yang dah beli..apap pon, hal ini sudah berlalu dan dia akan potong kek lagi sekali pada end of dis month. ada sorang cousin boy bday dia on 27 april, so akan wat skit majlis pada hujung minggu tersebut.



masa ni mood dia dah okey kerana ramai jelitawan yang mengelilingi dia. tengok tu, sume gegirls kan. dia sahaj kumbang antara bunga yang mekar. sume tu cousin dia. mostly cousin yang sebaya dengan dia adalah perempuan. tu pasallah dia selalu keluarkan arahan kalau main. sume orang kena ikut cakap dia aja. dah selesai makan, budak-budak ni main kereta racing pulak. ni mainan bouy yang saya beli masa mattel warehouse. hot wheels set ni hanya RM45. murah kan. dapat sebijik kereta. lagi 2 bijik kereta tu memang beli seperately. masa ni la dia nak tunjuk mainan dia kat diaorang sume. kena time dia elok dia kasi la sume pegang. kena datang ketegasan ala-ala askar dia, xdak sapa buleh pegang. hanya tengok sahaja dia run keta tu.



ni antara tetamuyang hadir tokeh saloon, dan pembantu dia kat saloon. she is my cousin. kol 8.30 baru sms jemput dia datang umah kol 9.00. ad hoc party la katakan. belon pon xsempat nak gantung. goodie bags untuk kids pon saya xsempat nak buat. sorry kids, next time k.



ni cam biasa la family saya plus my cousin jugak. dat nite dia bawak anak pompuan je. anak laki dia lagi 2 orang pegi tution. xde rezeki nak attend party ni plak.


menu pada malam tu so simple, KFC, spegetthi, sosej, nugget, air botol bergas, air sirap, hot tea/nescafe. maaf la kalau tetamu semua menunggu lama pada malam tu. KFC ni lambat pulak masak ayam. agaknya hari biasa memang outlet xbuat banyak ready stok la. then, asbend terbeli sket plak. so, kfc ada cukup-cukup aja. nasib baik ada spegetthi. harap tetamu semua kenyang perut dan suke hati. malam tido dengan lenanya. memang xsempat nak wat preparation bebanyak. ingat nak buat hari minggu, masa xde la suntuk sangat nak deco n prepare makanan. tp mak mertua saya cakap ada gotong royong plak. xnak mengganggu hal dia, saya pon buat la pada 12 April jugak.


ucapan dari mama:


SELAMAT HARI LAHIR. SEMOGA ZHAFRAN ASYRAFFI MENJADI ANAK YANG BERGUNA DI DUNIA DAN AKHIRAT SERTA CEMERLANG DALAM HIDUP. MAMA SENTIASA MENDOAKAN YANG TERBAIK BUAT AYANG......................

PUREEN clearance datang lagi

pic from shopping n sales




Tiap-tiap tahun pureen akan buat clearance stok. setahun dalam 3 kali. kali ni punya pada 23-24 April 2011 (alamak, gaji on 25th pulak). baju kat sini semua murah. untuk stok pakai kat umah punya la. yang jenjalan punya ada jugak, tapi xbanyak la, sapa mai awal boleh la rembat dulu kan. tapi sekarang ni harga xmacam saya pegi 5 tahun dulu tau. dah naik. tapi still murah lagi dari harga pasaran.


last 5 years, masa mengandungkan anak sulung, saya ngan asbend pegi sini. dapat info coz member dia ada keja kat pureen ni. masa dulu tempatnya agak sempit, bahagian hadapan sahaja. kat situ la baju, toiletteris dan semuanya. memang sesak dengan piranha yang bertolak-tolak nak kaut baju. dah menda murah, kena jugak la terima. saya sok tepi aja coz perut dah besar masa tu. asbend yang pegi mengkaut baju, pilih dok kat belah tepi. memang xboleh nak memilih kat tempat longgokan coz terlalu ramai orang tolak menolak. sekarang baju diaorang letak kat bahagian belakang, lebih luas.


dulu baju lengan panjang/pendek untuk baby newborn, 3 mth, 6-12 mth, 12-18 mth RM1 sehelai. seluar panjang, pendek RM1 sehelai jugak. jadinya sepasang baju jatuh harga RM2. fuyyyooooo.....memang la kelipop mata tengok rega murah. kalau Rm160 dah dapat berapa pasang baju? memang meriah la dengan baju. sarung tangan dan kaki jugak RM1, kalau stokin yang macam ikut bentuk kaki (ketat skit) tu RM2. tuala dalamRM5-10. kasut baby yang sponge punya dalam RM2-5 aja. hati bakal ibu mana yang menahan tengok harga yang sebegitu mengancam dan terancam poket kan.


tapi sekarang dah naik. last time RM3 sehelai uutk baju/seluar. sarung tangan/kaki memang xdapat la harga RM1-2. sume dah jadi RM5. tuala pulak RM15 dah rasanya. tapi boleh la dikatakan murah lagi. dalam pantang nak dok kemana pon baby, pakai baju biasa-biasa n xde fancy pon. mostly bajunya plain, ada jugak yang bercorak, tp xbanyak.


unutk baju budak umur 3-4 tahun pon murah. mostly baju boy la. price dalam RM10-15 sepasang (t-shirt n seluar pendek). yang tu memang saya suka beli untuk boy. siang lebih suka suruh dia pakai seluar pendek. dia pon xrasa panas. almaklumlah kehidupan seharian yang penuh dengan aktiviti bermain.


setiap kali sebelum pegi pureen ni, asbend akan order dulu kat kawan dia baju saiz apa yang nak. so, kawan dia yang keja kat sana akan pilihkan unutk kitaorang sekotak. bila dah sampai sana, dia akan bagi kotak tu, then kitaorang pon pilih la kat tepi tu. mana baju yang xnak kitaorang akan letak balik kat tempat longgokan. bagi orang lain pulak pilih. xcukup dengan yang member dia pilih, saya pon pergi jugak round kat tempat longgokan. cari mana tau ada pattern yang staff tu lupa nak amik. selalunya akan ada dalam 3-4 lai yang saya pilih dari tempat longgokan.


bila dah rasa puas hati dengan pemilihan, pergi pulak ke tempat sabun mandi, botol susu, puting, berus botol. kat sana memilih lagi. aksesori ni malas nak suh staff pilihkan sebab banyak lagi. pilih sendiri aja. biasanya baju yang cepat abih. tapi kat sana liquid cleanser memang saya xbeli. pureen jual RM18 sebotol rasanya. tapi kalau saya mintak kawan asbend belikan, siap dapat twin pack n harganya baru RM20. memang murah. xtau la kenapa staff purchase dapat murah sebegitu.


biasanya dah memborong sakan kat situ dalam RM200 aja. 1 beg plastik besar. kali ni xnak la lepaskan peluang unutk beramai-ramai memilih baju. tambahan masa tu saya dah preggy 5 bulan. memang sesuai la nak start beli baju baby. diharapkan kali ni harga xnaik lagi.



p/s: aussino sekarang ada sale! cadar 40% n if ada member card dapat 50%. sempat gak grab cadar katil baby dengan harga clearance RM15 (siap ada 2 helai)


Monday, April 11, 2011

kecoq ayaq lioq



tadi pegi ke lab, nak hantar borang balik awal. last week balik awal, so kena la isi borang. tanpa borang laporan kedatangan akan merah. then, budak lab offer buah mangga masam. saya pon dengan tersenyum pegi la makan. makan banyak jugak la, tapi xberapa menikmati coz ada kicap+gula sahaja. pedasnya enggak ada.


sekarang ni asyik tertelan air liur aja. teringat pelam muda kat umah. xsabar nak balik umah makan pelam muda tu. mak ndak saya tolong kaitkan pelam muda tu. pelam padi memang susah sket nak jumpa kat kl ni. bila balik kampong kat kedah, tengok ada mangga muda terus la mintak kat mak ndak.

masa saya sampai umah mak ndak, dia tengah potong pelam muda yang dah siap direndam dalam air garam. masuk aja umah, dia terus jamu (hidang) kitanorang dengan jeruk pelam. memang terbaik la. also, dia bekalkan saya 2 jenis jeruk pelam. yang dah siap jadi jeruk dan yang telah diremdam air garam sahaja. sekarang ni saya suka yang direndam air garam sahaja. memang orang lain xlalu nak makan yang ni. tapi saya memang sukeeeeeeeee...........



balik ni, nak makan dulu pelam muda, then nak start proses. nak jadikan pelam yang banyak kat umah tu jeruk. sume nak rendam dalam air garam je. so, kena rajin skit la petang ni. xleh melepak je kat umah.



tadi, try cari resepi nak buat jeruk ni.



1. belah buah mangga ni


2. rendam dalam air garam semalaman


3. toskan dan rendanm dalam air gula pulak


xsabar nak buat jeruk..................

kain cotton

semenjak dua menjak ni tengok kat blog yang menjual kain cotton terpena kejap. cantik-cantik betol coraknya. tetiba dalam hati sibok nak beli kain cotton. tapi, nak buat apa pulak kan. raya ni bukan buleh melaram pakai baju kurung cotton pon. paling buleh pon pakai caftan aja. tu pon dari material chiffon. tengok penjual tu amik stok dari bandung. dalam hati ni pulak berbisik sendiri, nak amik stok untuk cotton jugak la nanti. nak cari corak yang menarik, especially yang berkaki. maknanya hati ni kena tumpu pada pencarian cotton ada ja la. xbuleh menyeleweng ke kain bersulam. kali ni ubah citarasa pulak. awal bulan 6 dah boleh start lambak atas meja kat opis la kain cotton tu sume. sume bangsa boleh beli kain cotton saya nih.he3....target nak beli cotton dalam 25-30 pasang untuk dijual. tu pon kalau larat mengangkut. 5 pasang tu sah-sah la untuk kasi mama dia akan pilih dulu sebelum bawak pegi opis. dia akan warning awal-awal. masa pegi jakarta previous time hati ni xterasa pualk nak menengok cotton. xpe, cuba selera baru. mana tau orang kali ni dah xnak dengan hiasan bersulam, nak nampak vintage pulak. cotton la paling sesuai. ditambah pulak jahitan manik yang simple n sweet. menambahkan seri si pemakai. ececehh.....ayat nak menjual. honestly, kain yang ada kat jakarta ni designnya lain dari kain yang ada kat cni. silk pon banyak yang corak cantik-cantik. saya ni memang jenis yang suka design berkaki. hari tu xdapat beli kain banyak kerna duitnya dah xdak. beli sampai kering la duit. dapat amik 2 set aja. yang lain sume kain bersulam. kali ni nak tabahkan hati untuk menyerang kedai cotton kat sana. xlupa jugak akan saya beli caftan dari material chiffon. last year jual caftan sold out! dis year nak amik design yang lain sket la dari yang tahun lepas. biar nampak fresh from oven. kalau xberapa nak abih jual, boleh pakai untuk diri sendiri masa raya kan. tahun ni saya kena pakai baju besar coz masa tu tengah tunggu hari aja. biasanya sebelum pegi, saya akan suh budak opis serta ipar duai simpan duit untuk beli produk saya.supaya nanti xputih bijik mata melihat aja tanpa sebarang pembelian. saya berdoa juga agar dikurniakan kesihatan yang baik sebelum, semasa, dan selepas misi ini. biar semuanya berjalan dengan lancar. p/s: pasport pon belom renew, tp angan2 nak beli macam2 :)

Sunday, April 10, 2011

double decker ferry

hari jumaat pulak perancangan tergempar pegi ke alor setar. nak pegi melawat sedara mara kat sana. sambil tu buleh la singgah pekan rabu membeli barang skit untuk habuan orang kat kl. kuar dari penang naik feri. kebetulan masa tu xbanyak kereta, mungkin sebab working hour. dapat pulak naik feri double decker. biasanya feri 2 tingkat. bawah unutk kenderaan, atas untuk penumpang yang xbawak kenderaan. keta kitaorang dapat naik yang tingkat atas. mual-mula xtau, jadi pas masuk feri n parking keta, tanya la staff situ, "kalau nak pegi tempat duduk kat bawah ke". dia jawab " ni feri double decker, atas bawah adalah kenderaan". so, berdiri je la kat tepi tu. tiada kerusi. menikmati laut. boy memang suka sangat la. ni 1st time dia naik feri.

apasal muka macam terkejut je


abaikan kegemukan saya



boy merenung masa hadapan





mama sempat lagi posing


boy usha star cruise libra