Wednesday, February 16, 2011

boy punya feberet

setiap kali ke sunway pyramid dengan boy, bila keluar dari car park, jangan nak pandai-pandai pegi ke tempat lain dulu tengok barang ke cari barang ke. saya xakan dapat berjalan dengan senang hari kalau permintaan dia tidak ditunaikan. oleh itu, tempat pertama yang WAJIB dituju adalah J.Co Donut.

as usual, dia akan suh beli perisa oreo 3 untuk dia. kalau terasa hati nak oreo jugak sila add lagi seketol donut oreo. boy xkan bagi amik part oreo dia. jadi, saya akan beli sedozen donut unutk dia. then, pegi rent buggy car. so, dia akan makan donut dia dalam keadaan diam berhemah dalam buggy car tu. sekarang, bolehlah berjalan memusing pyramid dengan hati yang terhibur tanpa rengekan dari dia.

tu je tips nak bawak dia berjalan. mesti ada something yang melekakan dia. jadi dia xkan keep on saying :mama, jom la balik". selalunya dia akan larat makan 2 ketol donut je. selebihnya akan dibawak balik makan kat umah.





"ayang, jangan gigit mama!"



my feberet oreo



"3 ayang punyer, 2 papa punyer, 1 mama punyer, 1 opah punyer, mummy xsuke donut"


makan tengah hari

dari semalam lagi macam teringat nak makan ayam bakar. dah lama xberkunjung ge kedai ayam bakar ni. kalau dulu boleh dikatakan semingu 3x kali jugak la makan ayam bakar ni. yang menarik, tertarik mengenai ayam bakar ni adalah kuah pencicahnya amatlah pedas dan menjilat jari. sampai meleleh la air hidung dek kerana kepedasannya.

tadi, tepat kol 1 cargas pegi tapau ayam bakar ni. set ayam bakar ni nasi+quarter chicken+salad+sup+pencicah. kalau dada harganya Rm6.50 kalau peha murah sket Rm5.50. kalau datang makan kol 10, dapatlah free hati dan pedal. kalau datang kol 1 jawapannya tinggal bekas aja. sambil menapau ayam bakar ni order la air fresh orange suam yang harganya RM1.50 aja. tapi sampai sekarang air tu xberusik lagi oleh kerana sibuk minum air masak aja. nak senang lawas la katakan.


total spend untuk makanan hari ni : pagi RM3 + lunch RM8 = RM11


mesti korang cakap eleh...baru seblas hengget sehari dah nak kecoh...bukannya apa, rate makan kat opis ni memang murah. perday tu RM5 tu kira lauk hebat la kalau makan nasi campur. sebab tu saya sayang tempat keja ni. minyak pon RM20 je seminggu pegi keja (pegi-balik aja xcampur pegi meronggeng tempat lain). kalau meronggeng pon ke AMCORP mall aja la. xde tempat lain. sejam je pon, mana nak sempat. pegi AMCORP pon balik kol 2.30 ke opis. hari jumaat pulak saya akan balik umah time rehat tu. masa panjang, buleh tido aja kat umah. malas nak berjalan ke sogo/jalan t.a.r.



ni ada secebis gambar unutk tatapan anda semua. ayam bakar adi G (nama kedai tu). terletak di medan selera PJ new town. 5 minit jalan kaki dari opis saya.








nasi suke hati nak taruk banyak mana.tapi saya memang lalu makan banyak ni je
I
I
I
I
I
I
I
I
I



salad pon boleh pilih nak banyak mana
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I


ni adalah muka kenyang dan gembira setelah makan quarter chic
(sila abaikan jerawat yang tertimbul di pipi tu)



annual leave

kelayakan cuti saya 25 hari. last year 16 hari xsempat nak abehkan, so 6 hari carry forward, lagi 10 hari simpan cuti. unutk tahun 2011 ni, since januari belom lagi amik cuti tahun. tahun ni ada 31 hari la cuti saya. bila tengok-tengok balik calendar, bulan mei baru akan amik cuti.

xsedar pulak ada 3 vacation yang nak kena lunaskan dalam bulan mei. tu pon kalau tubuh badan ini masih sihat untuk berjalan jauh. semoga Tuhan kurniakan kesihatan kepada saya unutk pergi ke tempat seperti yang dirancangkan.

pada awal bulan mei, destinasi pertama adalah bukit tinggi, pahang (3H2M). ari tu kononnnya nak pegi time CNY, tapi fully booked pulak. jadi bulan 5 ke ada kosong. time tu hari buruh lak, memang la bernasib baik ada kosong time PH tu. hari buruh jatuh hari ahad, so forward ke hari isnin.yeehaaa........

pertengahan mei pulak nak pegi jakarta 4H3M (time tu dah pegnen 22 minggu). masa beli tiket AA promo last 6 months xsangka pulak rezeki nak mengandung ni. tapi member cakap boleh lagi naik flight time ni. tapi xtau la asbend bagi ke x pegi. jadi kali ni xde dah la memborong banyak-banyak. kang sapa nak seret luggage kat airport. pegi ni pon sebab nak teman member shopping baju kawen n barang kawen dia kat sana. harga memang murah bangat.dia xpernah pegi sana, kesian pulak kalau nak cancel trip ni (sebenarnya diri sendiri yang sebok nak pegi..ha3).

penghujung mei pulak nak pegi langkawi bawak boy. dia sibuk nak pegi langkawi n nak naik plane. jadi, time AA promo jugak beli tiket. sebenarnya nak pegi bulan 4, bulan kelahiran boy ni, tapi time tu xde tiket murah pulak. jadi pegi la bulan mei. 3H2M je kat sana. nampak gayanya boy kena ponteng sekolah 2 hari. masa terbang ke langkawi ni dah 24weeks pegnen. harap semuanya berjalan lancar...amin.....

bila dah tengok-tengok balik untuk 3 trip ni saya nak amik cuti 5 hari je. sebab fikir mana tau pas cuti bersalin 3 bulan nak tambah lagi cuti 2 mingu ke kan. so, kena jimat skit la cuti ni. raya lagi nak cuti. dan mana tau nak amik cuti time xdijangkakan. kalau cuti tinggal negative lagi payah kan.

biasanya raya cuti xamik banyak pon. kalau esok raya, hari ni saya masih lagi kat opis. asbend xcuti, xde gunaya saya amik cuti then dok aja kat umah kan. baik la g keja. masa tu memang heaven abih la, xde orang pon kecuali chinese n indian. berapa kerat sangat la diaorang ni kat opis saya. bila tengok kalendar kuda ni, besar kemungkinan saya akan amik cuti 3 hari je untuk raya. tu pon dah dapat melepak 9 hari kat kampong..yahoo......

p/s: semoga berjaya dalam merancang cuti tahunan anda :)

Monday, February 14, 2011

i've been tagged

ok, tengkiu as chubby kerna mengtagged diriku ini.



25 things about me....here we gooooooo.................



1. pas basuh rambut xsuke sikat rambut. tunggu rambut kering baru sikat


2. ada 2 orang je adik beradik yang mana kesemuanya perempuan


3. pakai keta macam dulu : kancil yang banyak berjasa dari zaman seri iskandar dulu


4. sedang pegnen 9 weeks di kala diri ditagged



5. dok dan keja diarea pj (umah 7 minit dari opis dikala semua orang cuti)



6. suka kasut wedges (mostly kasut yg ada adalah wedges walaupon asbend saya cukuplah xberkenan pattern lagu tu)



7. makanan feberet sup tulang dan roti canai pak din (area umah saya)



8. ada sorang anak lelaki umur 4 tahun yang dah bersekolah



9. mempunyai seorang mama yang terror menjahit (tunjuk je la apa pattern baju, sure dia boleh buat:luv u lah mama)



10. impian nak pegi bercuti kat karambunai (villa 6k per nite:ada sesapa nak sponsor?)



11. bersekolah kat 2 sekolah rendah (s.k sungai besi + s.r.k seri setia), 3 sekolah menengah (s.m.k sungai besi + s.m.k bandar tasik selatan + T.I penang)



12. suka menjahit manik (gigih tiru pattern orang lain then jahit sendiri: idea jahat..wakakaka)



13. sangat malas nak iron baju keja (pagi-pagi bangun baru decide nak pakai baju apa n baru meregeh nak iron time tu)



14. ay dis moment, saya rasa ada lebih kurang 3 orang kawan saya yang preggy lebih kurang je iaitu zarith, loong danial dan zack (kalau ada orang lain yang sama sila inform saya ya)



15.saya rindukan zaman belajar dulu :) (sekolah menengah +UiTM dihatiku)



16. sangat jarang masak kat umah coz dok dengan mak mertua (balik umah mak mertua dah siap masak)



17. selepas 8 bulan bercintan cintun, saya bertunang sebulan then terus kawen (pantas)



18. kalau merajuk ngan asbend akn dok diam aja (silent is killer..muahahaha)



19. selalu akan handpunch kat opis seminit dua minit lagi sebelum pukul 8


20. paling M nak lipat baju (dah berbukit baju tu bagu gagahkan diri jugak), pas lipat pulak M lagik nak menyusun dalam lemari. tapi bab membasuh memang rajin (tuang baju, tuang sabun, picit button=selesai)


21. dalam ramai-ramai kawan saya, ada 2 orang yang sifatnya sama (xbanyak bercakap). ollie (member dari sekolah menengah) dan nadira (kawan kat UiTM)


22. atlet feberet saya Nicol David (dulu masa sekolah suke kumpul gambar dia dari magazine dan newspaper)


23. masa kat sekolah menengah dan UiTM dulu, subjek yang saya memang suke adalah Math.


24. umur 6 tahun saya dah masuk darjah 1 dan bengang sebab peksa dapat top 3 tapi xlayak dapat hadiah (dulu darjah 1 tumpang je sebab mak saya kerani kat sekolah tu)


25. artis pompuan yang saya suke ROSSA (sampai boy pon tau, "ni lagu yang mama suke kan" if lagu rossa kuar kat radio)


sekian 25 things to know about me..





wattamat......

nine west


handbag ni saya nak let go (belom pakai lagi). item ni belom pon sampai malaysia. it takes 2 weeks time to reach malaysia.
brand: nine west
reason to sell : haunting for new watches (jujurnya)
price:RM260 (including postage)
mintak semua rakan-rakan bagitau ye if interested ngan handbag ni.
p/s: kalau rajin sebar2kan :) . thanx a lot

Sunday, February 13, 2011

MONDAY AGAIN

its monday! another bored day. bangun pagi tadi banyak kali pk, arini nak pegi keja ke xnak...nak pegi keja ke xnak..rasa malas membuak-buak dalam hati ni memandangkan esok dah cuti. tapi bila pk balik, pegi je la keja. bukannya payah pon. on time kol 5 dah balik jugak kan. jadi gagahkan diri, bangun dan terus mandi.

sampai je opis hand punch dulu, lepas tu parking keta, then pegi beli nasi lemak. bila dah makan nasi lemak, baru teringat dah beberapa hari skip minum susu anmum. dengan rasa bersemangat pegi bancuh susu. lepas je minum semug susu, trus la rasa meloyanya..erkk...i dont like milk! kalau susu choc ada keampunan la skit. pas ni kena jugak cari anmum choc. sampai bila nak skip minum susu ni. masa 1st time pegnen dulu, disiplinnya minum susu 2x sehari. time bulan pose la minum masa sahur n time bukak pose. masa tu ada terjumpa choc punya. misi petang ni pegi beli susu bot dan susu choc mamanya skali.

kat opis ni seperti biasa berehat-rehat. tadi baru balik dari tempat member, tengok hasil jualan dia. dia baru balik dari syria, jordan dan kawasan sewaktu dengannya. so, ada jubah for sale. range price RM250-500. seperti biasa yang rega Rm500 tu la nampak menawan dimataku. tp memikirkan harganya..urghh....just forget about it....banyak lagi menda yang boleh spend untuk amount macam tu. kalau tetiba turun harga jadi RM350, memang willing amik jugak la kan.

tapi dalam kepala ni dah siap pikir, bulan 5 ni nak g jakarta lagi (insyaallah), nak tempah baju mengandung yang cantik skit untuk pakai taya. konon2nya nak pakai chiffon then nak wat heavy beading.maybe it will cost around RM250 paling mahal la kan. memang berbaloi. jadi, simpan elok-elok impian ni agar di hari raya dapat jugak melaram macam yang lain.

Wednesday, February 9, 2011

SEMBELIT TIME PREGGY

semenjak preggy ni daya pelawasan untuk pembuangan air besar semakin rumit. tadi surf internet untuk cari jalan mengatasi masalah sembelit ni. selalunya saya akan telan phyto natal nona roguy je. tiada masalah pembuangan. nescaya perut kembali sedap dan kosong. now, xde la pulak boleh telan phyto natal tu lagi. ada orang discuss kat forum cakap nutrilite dari amway baguih yakni fruit & vege fiber. so, tadi trus sms biras dan tanya harga produk ni. dia jadi ahli amway, so dapatlah harga murah skit. ada 2 jenis iaitu telan dan kunyah.saya pilih yang kunyah punya coz murah sket.

tadi baca dalam internet jugak, nak bagi senang lawas kena minum banyak air, kena makan makanan yang high fiber, minum jus buah, makan buah@ jus prune, makan banyak buah-buahan.. air memang buleh minum bebanyak, tapi nanti nak ke toilet aja la kejanya. harap-harap lepas makan ubat ni pembuangan berjalan lancar tanpa perlu lepak kat restroom lama-lama.

sekarang ni, apa-apa kemusykilan mengenai kehamilan, budak kecik ni saya memang refer kat rose (opismate). dia memang handal la bab-bab ibu dan anak ni. tanya je la apa menda pon dia leh bagi jawapan or tolong cari jawapan. macam kes tadi, call rose nak tanya dia pasal fiber. trus dia cakap "napa, ko sembelit ke?" baru sebut keyword dia dah tau masalah ako. hebat x? dia memang doktor peribadi kitaorang kat sini. sebarang consultation adalah percume..hehehe...dia suggest beli fiber kat cosway tadi, murah katanya. tapi esok hidayah (another opismate) nak sedekahkan fiber dia kat saya. so cuba makan fiber dia dan fiber amway tu, tengok yang mana lebih berkesan untuk masalah saya ni.

9 bulan tu kena bergantung kat fiber kalau secara semulajadi xberkesan. tapi fiber nutrilite ni xharmful dan sesuai untuk ibu mengandung. sebab tu berani nak cuba. tadi hidayah ada bagi vitamin C untuk saya makan. dia dah siap warning jangan makan pape ubat pon. makan je vitamin C yang dia bagi, nanti hingus kering cepat. saya yang menurut perintah angguk saja. pas tu dia datang lagi sekali kat tempat saya tanya dah minum ke belum ubat tu. alahai, sangat prihatin opismate saye ni. terharu la plak. pas minum vitamin C tu rasa ok sket, tapi menjelang tengah hari hingus dah menular balik. agaknya dok dalam aircond aja. kalau kat luar kurang sket selesemanya.

kalau xbaik, esok makan lagi vitamin C tu. selagi dibenarkan untuk ibu mengandung telan lah seperti yang disyorkan. xlalu la dustbin saya ni penuh dengan tisu je ari ni.