Tuesday, January 18, 2011

TOPIK WANITA



mana-mana perempuan pon akan xpuas hati dengan berat diaorg (mostly laa)..



i pon sama la jugak..sekarang ni asyik la lapar...



bila tangkap gambar sampai lutut je dah terserlah lebihan daging diseluruh badan.



mana idaknyeee kalau seminggu 3x pi makan kat pak din capati bila balik keja...



kalau makan roti canai garing kadang2 mencecah 2 KEPING....






kalau makan sekeping aja, akan disusuli dengan SUP TULANG pulok..ha...kira la fat yang terkandung time tu...memang la lebihan daging muncul.then sekarang ni memang badan dah terasa berat.






ini akibat dah lama stop training netball.dulu seminggu sekali ada jugak la melompat-lompat main netball, sek ni sonyap aja semua orang..mangsanya adalah our team member la..semua mengadu badan mengembang.






bila pakai korset pon dah macam termengah aja, tapi nak sarung kurung moden punya pasal, redah jer la...






masa anak dara dulu pon gemok jugak ako ni, sampai masa bertuanang pon gemok, padahal tunanganku pada masa itu amatlah ramping.bila tangkap gambar terserlah la perutku.pakai korset macam mana pon xleh nak cover tang perut tu.




tgk tu no shape!





nasib baik la masa kawen dapat kecikkan sket badan...lega..sampai kedaimpengantin tu kena kecikkan baju yang sedia ada......




then, masa pas delivery Zhafran Asyraffi memang la pantang 44 hari yang bersungguh-sungguh (al-maklumlah berpantang dirumah mertua). segala macam aturan i ikut.antaranya:




1. bertungku pagi dan malam




2. minum air kunyit




3.makan nasi sesenduk bersama lauk kuah lada hitam




4.air setengah gelas sahaja (adik ipar dah siap isikan air dalam gelas-so nak mintak tambah air segan)




4.bengkung sepanjang hari (kecuali tima nak mandi aja)




5.minum air akar kayu 2x sehari (yang beli kat farmasi-bila rebus jadi warna cam air kopi dan rasanya tidak dapat digambarkan pahitnya)




6. lumur seluruh badan dengan minyak Nona Roguy (hangatnya ya ampunnn)


kipas xbukak (kalau bukak pon kat no. 1)


7. Minum akar herbanika Nona Roguy jugak




hasilnya.........






berat badan tinggal 47 kg aja




kalau nak kembali macam dulu, adakah saya kena beranak lagi?

LEWRE WAREHOUSE SALE


21-22 Januari ni ada LEWRE WAREHOUSE sale.

memandangkan i ada kawan yang keja kat situ, dapat la info pasal design kasut, saiz yang available serta kuantiti kasut yang ada.

tanpa melengahkan masa, i pon pilih punya pilih katalog yang dia send by e-mail tu.

dah job down code and particular, tengok-tengok ada 6 pasang kasut yang terbekenan.....

tu baru 1st view..kalau tengok katalog tu lagi skali confirm ada lagi tambahan kasut....


memang ada design lain yang berkenan di hati, tapi rega agak malas nak layan (even murah dari actual price).ballerinanya (flat shoes) memang mengancam abeh, coz ari tu dah try pakai kat parkson.sodap n selesa, bia difikirkan nak ada warehouse sale ni malas nak membeli (padahal rega mahal).tengok2 kat warehouse nanti harga xturun banyak sangat pon.


tapi mostly yang i berkenan adalah WEDGES.senang nak pakai pi jenjalan.malas nak bergaya ngan heels bagai...nak mengejar Zhafran pun sonang....

pakai pi opis pon valid jugak wedges ni.


tapi yang penting kerahsiaan dari asbend mestilah diutamakan kerna dia dah pening kepala tengok kasut yang banyak. sebelum ni lewre kan ada wat renovation sale.kat situ je i dah rembat 6 pasang kasut. can u imagine sepasang kasut LEWRE RM30, if bli 2 pasang RM50. wanita mana yang tak menjadi separuh wangku pergi bila tengok harga cenggitu punya murah kan.walaupon sampai sekarang ni ada lagi 2-3 pasang yang xpakai lagi.alasan nak taruh raya (buleh percaya kaaa?????)

Monday, January 17, 2011

MIA OH MIA

semenjak terpandangmu, ku telah jatuh hati padanya..

oh...agaknya bilakah ako akan memilikimu..

setiap malam hatiku meronta-ronta untuk memelukmu.....

tapi...mampukah diriku menawan dirimu?????

-

-

-

-

-

ako perlu berusaha keras untuk mendapatkanmu..

bagaimanakah caranya??

adakah berbaloi selepas mendapatkanmu setimpal dengan usaha kerasku??

adakah pilihanku kali ini tepat????

-

-

-

-

-

-

MIA OH MIA

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

COACH MIA


PENCEN

tadi dapat surat dari HR iaitu taraf berpencen..yahooo..dah buleh bawak kuar sume duit KWSP.tang bawak kuar duit memang la gumbira hola..hola...

-

-

-

-

TAPI......

-

-

-

cherita yang agak menyedihkan adalah...RM tu sume akan terbang melayang masuk kocek LAWYER...huwaaaaaaaaaa (nanges sedu sedan).umah yang ako beli tu dah nak settle, jadi duit lawyer mustilah disettlekan jugak....kerja bertahun-tahun (ecece..macam la lama sangat keja) tapi duit simpananku terbang melayang dalam sekelip mata sahaja.....


nak sedapkan hati: xpe la, nanti kumpol duit balik...bole ke kumpol balik?ni pon terkumpol sebab memamg automatik kena potong kan...lu pikir la sendiri.....

BUAH KEGEMARAN




saya suka sangat makan buah ciku.tapi, buah ciku ni susahnya nak cari.ikut musim ker?kat pasar malam ke, pasar pagi ke, even kat tempat yang jual buah potong pon susah nak dapat.sekali jumpa i akan borong banyak2 buah tu..then makan sambil menikmati keenakkannya.kat kampung asbend ada pokok ni, tapi tiap kali balik kampung, buah ni masih kecik lagi.so, dapat tengok aja la buah ni.mari kita nikmati gambar ciku ini dengan penuh perasaan.......


cuti CNY

CNY HOLIDAY @ MAYANG SARI, PD

walaupon lama lagik nak bercuti untuk CNY, tp ktorg sedara mara dah siap planning nak pigi PD (dokat ajo).ni 1st time nak dok kat Mayangsari Resort.ni pon my sis mintak member dia yang keja kat sana bookingkan.
ari tu saja je galak call Mayangsari konon nak booking untuk CNY, then diaorg kata fully booked!yang herannya, kawan my sis ni elok je sihat walafiat leh reservekan bilik untuk ktorg. rasanay pihak hotel ni saja xnak jual bilik.diaorg nak tunggu customer datang walk-in untuk rent bilik, then boleh la markup harge jerut leher punya kan.alahai....nak kaut untug lebey...naseb baik ktorg dapat gak apartment 2 bilik.nanti kalau dah pigi sana i upload gambo yer



tengok macam cantik, jangan indah gambar dari rupe

TAHUN 2011

Selamat Tahun Baru 2011...(walaupon dah hujung Januari)


dreaming untuk tahun ni adalah:-

1. nak kasi Zhafran Asyraffi peksa dapat no 1




dia siap cakap nak PS2/PS3 (alahai budak umor 4 tahun dh reti menda ni sume.ako dulu 4 tahun dok main tanah lagi kott)
-
-
-
-
-
-

2. nak reno/hias umah baru tapi lama cantek-cantek





ni bukan rumah sebenar i yer (xmampu lagik nak bli umah cengginih)

-
-
-
-
-
-
3. nak tambah baby (hopefully twins)



xkisah la sorang laki sorang pompuan ke, dedua laki ke or dedua pompuan)
cousin asbend ada 2 set kembar (pompuan-pompuan & laki-laki)
sorang makcik dia pon kembar gak
-
-
-
-
-
-
-
udah-udah lah tu kan..


kalau banyak-banyak nanti takut xtercapai pulok
Sekian, semoga Allah yang Maha Medengar mengabulkan permintaan hamba-Mu ini..... aminnnn