Wednesday, January 26, 2011

HASIL REMBATAN

hari tu i ada entry pasal LEWRE WAREHOUSE.hari yang ditunggu telah tida.kol 10 lebih sket bergeak g kat lewre shah alam.sampai aja kat sana trus namapk my fren yang keja kat sana.so, dia pon mengeluarkan kasut yang i dah pilih dari katalog warehouse tu.sesi mencuba kasut demi kasut berjalan dengan lancar tanpa ada gangguan. ada kasut yang ok, ada yang nampak xsesuai bila i pakai. so, pegi lagi menerjah kat dalam warehouse tu nak pilih lagi (mana tau ada yang berkenan).memag banyak pon yang berkenan.tengok dalam katalog macam xmenarik.bila tengok real memang menarik habis.cun! especially kasut yang ada swarovski.
mostly kasut yang dekat situ actual price RM199-299. untuk warehouse ni harga dari RM30-100.memang berbaloi.rasanya sapa xbeli memang tido xlena kerana memikirkan kerugian.nak beli kat butik lewre memang xkan la.
hasil rembatan kat lewre adalah sebanyak 8 pasang kasut. total damage RM310. puas hati. dapat amik wedges 4 pasang (i suke wedges), heels 2 pasang, sandal (untuk pakai hari-hari: leather) sepasang, flat shoes (ballerina) sepasang.
balik tu cakap kat asbend ni stok untuk setahun punyer (ayat-ayat xboleh nak percaya).so, dalam 330 hari yang akan datang, SAY NO TO NEW SHOES! ayat ni kena sematkan dalam otak hari-hari ataupon masa kuar melihat keindahan pusat membeli-belah.

ni antara wedges yang selamat dipakai ke opis
RM50 aja
sekarang ni hari-hari la berangan tukar-tukar kasut pegi keja. yang bestnya bila ada member keja kat lewre ni, bila batu swarovski kat kasut tercabut, anta balik kat dia.then dia akan letak balik batu baru kat tempat dropped stone tadi.jadi, sila lah pakai kasut itu sambil melompat tanpa perlu takut-takut batu terjatuh

MALAM MINGGU

dulu masa sebelum kawin, malam minggu adalah malam of da week, malam yang ditunggu-tunggu dan dinanti-nanti.malam tu la nak pegi jumpa boypren kuar dating dan pi menjelajah kl.
last week saja la nak kuar malam minggu, jalan jem sket la nak ke kl sebab jalan ditutup (orang wat jalan). tengok dlm kereta majority pasangan yang hangat bercinta. teringat pulak zaman bercinta dulu, memang akan keluar naik keta je bila dating. xkisah la jalan jem ke hapa, mesti naik keta (kenderaan untuk memancing girlpren). dulu kuar balik lambat mata xkan mengantuk, tapi sekarang ni mata xboleh nak bukak, walhal baru pukol 10 malam.

pasangan bercinta



tapi, bila sudah 6 tahun kawen, keluar pi kl malam minggu naik moto aja.





kononnya nak elak dari jalan jem, takut ada roadblock dan sebagainya. redha aja la naik moto.tapi best jugak naik moto ni, angin malam sejuk aja (hehehe...cover balik coz xdapat naik keta).
malam minggu tu kitaorang pegi menjamu selera kat nasi lemak city garden.malam tu pulak saja nak merasa otak-otak, tapi haram xsedap pon, hangit pulok.so, pas ni toksah dok bli otak-otak kat sana dah.nasi lemak harga sama, tapi makin ciput je nasinya.dat nite lauk kegemaran i iaitu telur puyoh xdak, so makan ayam goreng berempah aja...pas makan borak n lepak kat sana, nak dekat kol 2 pagi baru gerak balik umah.si kecik tido kat umah opah dia, tu yang sakan keluar balik lambat.




SALOON

Hari ahad lepas, saja la pegi saloon nak cuci rambut. before ni memang dah 2-3 kali berhajat nak cuci rambut kat saloon (sekali sekala) tapi tokeh saloon asyik ada hal aja, so xleh nak g.

finally dapat gak gi saloon tu. masa sampai tu ada sorang customer tengah potong rambut.so, tunggu je la alice (tokeh kedai) wat customer tu dulu.sambil tunggu giliran main-main ngan kucing kat saloon tu (namanya PARIS). then sampai la turn i, mula-mula ingat nak blow aja rambut coz dah basuh kat umah tadi, then memandangkan xde customer, suh dia syampoo balik la.bila xde orang, alice akan garu-garu rambut kite lama-lama.tu yang syiokkkk.......dapat x-tra time la kiranya.









time dia cuci, i tengok la majalah.gaya rambut curly...chantekk....then after cuci rambut, dia pon keringkan rambut tu. pas tu i tengok dia pegi amik curly thong.rupanya dia nak watkan rambut i macam dalam majalah tu.sukenyaaa...ini lah service yang kusukai.kalau xde customer lain, alice ni memang la rajin melayan kita.cakap pi la apapon.pas tu, bila dah siap curlykan rambut, jadilah macam ni....

taraaaaaaaaaaaa









sile abaikan muke dan bentuk badan
FOKUS KEPADA RAMBUT SAHAJA
tima kasih banyak-banyak alice
uutk pengetahuan sume saloon alice ni ada kat TAMAN MEDAN. dia ni share partner ngan cousin i ZAI. zai ni terror bab mekap, alice pulak terror tang rambut. so, kalau pegi diner, diaorg ni la yang selalu siapkan i. hasilnya memang mengagumkan!tabik la.
sebelum ni, kalau pasal nak gunting rambut ke, sekali sekala nak cuci/blow rambut/rebonding i memang xpernah buat kat kedai area kl/selangor.balik kampong baru pegi kedai cina kat TANJUNG TUALANG.kat sana service bagus dan hasilnya baikkk...plus murah pulak tu.kalau kat sini mak aihhh.....MAHAL.....
sebab tu la dulu, time balik kampong je sedara sepupu pompuan sume serbu kedai kat sana (especially i la).wash n blow kat kampong baru RM5. i memang suke kedai cina coz bagus (ubat yang dia pakai, skill n cara dia consult).
tapi sekarang tidak lagi.semenjak alice+zai bukak saloon ni, dah selalu la pegi dapatkan service kat diaorg.alice ni chinese from sabah (sebab tu i suke dia, i kan suke cine yang buatkan rambut). xpayah nak tunggu berzaman balik kampong baru nak dapat gi saloon.

nama saloon diaorang

MILLENIUM HAIR AND BEAUTY CARE



Tuesday, January 18, 2011

PAYET IS READY

i memang obses tengok baju yang cantik-cantik especially yang ada manik.bila nak raya aja akan tiru design manik yang ada kat dalam majalah.tp design yang simple-simple aja la, bukanlah jenis yang menjalar bagai yer.







masa bulan puasa last year, elek-belek la majalah Nona yang covernya Mas Anizan. tengok baju yang dia pakai dalam tuuu..mak aihhh...memanglah jatuh cinta sekali lagi dengan design tu





pic from Nona Magazine



tengok lah design manik baju hijau tu. maniknya berlingkar kat dada n lengan. hati siapakah yang mampu menahan..... dengan semanagt tekad, pegi tempah kat indon baju ni. kat sana manik tok nek macam ni bagai memang la murah (campare msia pya upah).



jadi, i siap gunting gambar ni kat majalah then hantar kesana. then i bgtau member supaya senang dia nak dela ngan tailor nanti.



kat sana, kalau kita nak tempah baju, tailor akan datang amik kat umah.bila baju dah siap, tailor akan datang hantar kat umah.service memang tip top la. tapi.......selalunya diaorang akan wat lain dariyang kita suruh.itulah masalahnya tailor indon ni.



untuk baju i ni, dah explain kat dia suruh jahit MANIK macam dalam gambar, dia kata ok.bila dah siap pulak.....dia pegi sulam dekat dada dan lengan sebijik macam dalam gambar tu. nak je i hentak tailor tu.tp nasib baik la sulaman dia memang cantik, redup sket kemarahan dihati ini.member siap upload kat internet nak tunjuk baju tu.



kerana nak jugak MANIK (napsu napsin yang tidak berkesudahan), i suh plak buat manik, tambahkan lagi manik (gile over betoi).



finally, siap jugak baju tu..dengan penuh puas hati (kembang kempis hidung). kerana baju tu dah macam mak datin, sekarang ni kemana harus dipakai??wahahaha padanlah dengan muke.nak buat meriah sangat, in the end dah tatau tempat yang sesuai untuk baju tu.



kalau ada sesiapa yang nak kawen kat hotel sile la jemput i ye...hahahahahaha (gelak untuk diri sendiri)









pssttt.....baju yang zizie pakai ni pun chantek...full bead kat dada ngan lengan baju. memang juling la mata orang ramai nak menengok manik ni. ari tu dah siap simpan newspaper cutting gambar zizie pakai baju ni, tapi tetiba terbuang pulak...erm...xde rezeki nak menempah manik macam ni kot.



tapi usahaku xkan berhenti disini sahaja..kena berusaha keras nak dapatkan gmbar baju dia untuk yang jelas punya view agar tailor tu xbuat salah lagi.

maaf ye pereka manik, saya memang suke tiru design, nak bli kat butik memanglah xmampu.




FUTSAL



petang ni ada training futsal. hari ni pertama kali dalam sejarah nak main futsal.saja je join futsal wanita jabatan ni kerana :-


1. nak kuarkan peluh








2. nak belajar cara main futsal





3. nak isi dalam SKT 2011 (ha3)



















sementelah hari sabtu ni ada tournament futsal kat Putrajaya (baru sehari training ada hati nak join tournament pulak). team member yang lain kat jabatan ni memang selalu turun main, i ni aja baru menyelinap masuk dalam team tu. saja nak berlari-lari sket pecahkan lemak. kalau pegnen (if ada rezeki) dah xboleh nak melompat-lompat bagai kan. kang kelip-kelip aja la mata tengok orang bersukan. inilah masanya nak melompatt, berlari sehabis peluh.


KEIGINAN MENYUSU

Zhafran Asyraffi start sekolah 5 Januari ari tu. semenjak dia pegi sekolah, makin rancak dia menyusu.tengah tengok tv pon mintak susu, sebelum tido mintak susu, pas makan nasi pon mintak susu.semakin kerap la dia menyusu.dulu tak dak la kerap sangat macam sek ni.


adakah kerana time kat sekolah dia banyak memerah otak untuk belajar sehingga dia memerlukan pertambahan nutrien yang banyak? memang bagus la dia sek ni kerap menyusu, badan dia boleh lah berisi sket.
susu ni agak susah nak cari kat area umah i.kena pegi jauh sket, kat kedai ubat cina ada.harganya mahal sket la.kat 99 speedmart takde jual.kadang-kadang giant/carrefour ada buat promosi harga, tapi unutk vanilla aja, zhaf ni minum perisa coklat.kat guardian dulu ada perisa coklat (rega murah sket dari kedai ubat cina), sekarang ni hanya stok vanilla aja yang ada.
dulu pernah tukar susu, kasi dia minum sustagen kids yang perisa coklat, baru sekali isap dia trus letak balik botol susu then cakap "tak sedap la susu ni". memilih tol, finally sedekah aja kat cousin.
last year try beli Enfagrow A+ untuk dia.masa tu ada booth enfagrow kat pyramid.nyonya tu dok terangkan susu ni murah, baik untuk minda kids n bla..bla..bla.. i pon beli lah.
bila nak bancuh bagi dia minum, dia cakap "ayang tak nak susu putih la"...urghh......
tapi dalam diam campur gak 1 scoop enfagrow dengan susu lama dia, tak nak membazir punya pasal coz nyonya tu kata buleh campur...then dia asyik la cirit aja. pas tu trus stop la.
zhaf ni masa dia baby pernah bagi minum wyeth punya susu jugak, tapi xsesuai la sebabnya dia xboleh minum susu yang ada protein lembu. sekarang ni abott aja yang kebanyakannya soy milk base. dulu dia mium susu based on protein lembu, dia akan cirit tanpa disedari.tengah senyum-senyum rupenya dah terkeluar poo sampai kat belakang pampers.
doktor kata dia kena minum soy milk aja. tu yang kasi Isomil Eye Q, bila dah besar sket ni yang tukar pediasure....
semoga dia rela minum pediasure sampai umur 10 tahun coz susu ni had umurnya sampai 10 tahun....

PINTU HATIKU

bila dengar loan rumah dah lulus, maka otak ini mulalah memikirkan apa yang nak direno kat umah tu.nak buat minor reno aja kerna peruntukan tidak banyak.tp hati ni meronta-ronta nak buat itulah, inilah...




tapi, tang pintu ni memang nak lama berkenan mengidam nak guna pintu jati terbukak 2 ni.

sek ni dok survey la gambar ni kat internet.pintu ni kat indon memang la murah coz diaorg kanpengeluat jati utama. pas wat pintu jati terbukak 2 ni, nak kena wat cermin panjang pulak kat kiri kanan pintu ni, agar cahaya masuk.xkan la nak bukak pintu ni setiap masa bila ada orang kat umah.


umah tu dah la macam main road, memang xputus orang lalu lalang naik keta/moto/jalan kaki.kang kalau bukak pintu banyak pulak mata meliar menengok ke dalam umah.agak segan la kan. jadi, kena la tutup pintu dan tingkap tepi je boleh bukak, tu pon xleh luas-luas sangat. kang ada pulak penyangak seluk tangan mengambil barang kat dalam umah tu yang kecik-kecik punya.





aduhh...kaler feberet...PUTIH












hitam ni nampak macam MODEN KONTEMPORARI sket (ehh btol ke ejaan?)









taraaa...CLASSIC JATI



bila diulang tayang menengok pintu ni, i suke yang kaler hitam la...nampak smart aja

duitnya smart tak anda rasa???




kat malaysia ni harga jati ni boleh tahan mahalnya...tp kalau pintu aja dah ribu riban kena lupakan design matok punya cantik la, kena amik yang biasa-biasa punya design. kang duit stuck untuk hala ke benda lain kan...better than nothing......


i ada member dok kat indon, dia kata perabot jati memang la murahnya.dia selalu dok meneman mak-mak orang (kawan dia yang dah beranak pinak) menyopping perabot jati kat sana.then, bila dah tima balik msia, hangkut naik kargo.uhh.....bestnya!


nanti time dia lak balik msia, igat nak tumpang cargo dia untuk set meja makan ngan set bilik tido jati (hey....ko ingat dia nak bagi ko tumpang kargo dia ker???mak dia pon berlambak perabot jati nak order tau!!).ermm...xbleh ker??kasi la boleh jugak..kesian i....