Monday, May 9, 2011

undone business

esok pagi nak pegi check up kat klinik kesihatan. 1st appointment la kiranya. mintak-mintak la xramai orang. pas tu nak pegi renew passport pulak.xtau sama ada nak pegi kat pusat bandar damansara atau nak ke shah alam. ari tu wat kat shah alam xramai orang. toksah la pegi buat kat suabg, memang macam pesta tahun baru. ramainya orang. kat pusat bandar damansara ada kiosk (mesin) unutk renew pasport. tapi xtau la sekarang ni berfungsi atau tak. kalau guna mesin kiosk tu senang skit keja kit. xpayah nak beratur la bagai.
kol 12 pulak ada appointment ngan orang survey kat midvaley. mintak-mintak la sempat nak catch up sume tu esok. padahal bukan apply cuti pon esoknya. pasport tu penting jugak. takut xde masa je nak buat. minggu ni je ada masa nak buat. sabtu dah nak fly.

jumaat saya dah siap amik cuti nak pegi warehouse sale clarks. kalau asbend xlayan nak pegi sekali cancel la cuti tu. kena pegi seawal 9 pagi alaupon warehouse tu stat kol 10. memang sah-sah ramai orang terutamanya cha ya nun alif. dulu pernah pegi sekali. sampai dalam kol 10 lebih, maik aihh...orang beratur sampai luar pintu hotel. padahal menda tu kat tingkat 1. harap-harap dikurniakan kesihatan yang baik untuk beratur mengharungi warehouse tu nanti.

last saturday pegi ke mums n baby expo kat mid valey. macam-macam barang yang diaorang jual untuk menjahanamkan duit. memang sesuai untuk yang ada anak kecik dan yang bakal menimang cahayamata. harga boleh dikatakan murah. semua booth berlumba-lumba nak buat promosi dapat free gift la bagai. nak attrack customer. botol avent cam murah jugak. yang BPA free. per bag ada 6 botol (3 botol 4oz, dan 3 botol 9oz) hanya Rm120. siap dapat beg lagi. menarik-menarik.

ada jual education tools untuk kids, stroller, carseat, katil baby dam macam2 lagi la. pokoknya bawak sahaja duit atau calit aja kad kredit anda. pasti akan tersenyum lebar dengan segala hasil yang anda perolehi kat sana. saya survey breast pump kat sana. tp dah macam-macam promosi dari sume booth, dah xtau nak pilih yang mana. lastly xbeli pon. yang sempat saya beli set avent, bedding set, nursing pillow, milk storage bottle. tu pon menutup mata dari nak beli yang lain. mana tau pas ni ada lagi exhibition macam tu kan. beli skit-skit dulu.

p/s: balik umah sakit belakang kerna jalan byk sgt

Thursday, May 5, 2011

konpiuz kejap ??

hari ni masuk opis lambat. sebabnya pegi klinik kesihatan nak start untuk check-up perot ni. bila dah sampai terus la pegi kat kaunter pendaftaran. dialognya adalah berbunyi begini;-

saya: saya datang nak bukak buku
nurse: appointment pukul berapa?
saya: belum ada appointment sebab baru nak bukak buku
nurse: kenapa tadi xcakap nak buka buku....
(bukan ako dah cakap masa mula-mula bukak mulut ke td, atau suara ako ni lemak sangat sampai dia terlena masa ako bercakap)

nurse: awak dah check ke yang awak ni positif mengandung?
(motif soalan ini? adakah perut ako ni nampak flet macam perot amber chia?)
saya: dah check
(baru dia ni memandang ke arah perut ako)
nurse: sekarang ni dah berapa bulan?
saya: 5 bulan
nurse: sebelum ni ada pegi check kat mana-mana ker?
saya:xde, pegi scan aja
nurse: kenapa datang lambat sangat? ni anak mo berapa?
saya: anak no 2
nurse: anak no 2 patut kena datang awal. sekarang ni orang mengandung ada macam-macam masalah. masa anak pertama ada pape masalah x?
saya:xde
nurse: awak ni keja ke?
saya: keja
nurse: keja syif ke normal
saya: normal hour
nurse: xkeja syif, rumah pon dekat, tapi datang lambat. ni bila awak nak appointment?
saya: bila-bila pon xpe
nurse:hari selasa boleh?
saya:boleh

itu antara pot pet nurse dengan saya pagi tadi. saya malas pulak nak melawan or mejawab sangat. diamkan aja. kang sampai beranak pulak dia aim muke saya bila pegi checkup kan. so, silent is better.

ingatkan hari ni datang bukak buku leh trus start check. saya pon pulun la bawak urine siap-siap dari umah. takut dalam toilet kang ramai orang Q nak kuarkan urine. kena datang minggu depan pulak. so, balik la umah dulu. makan nasi lemak mak mertua saya masak, siap tambah menambah lagi. malam tadi xmakan. perut memang lapar. tapi mulut ni xterasa nak makan pape pon. so, main dengan zhaf, layan dia tengok CD shin chan ngan power rangers then tido. nak tunggu zul balik ntah kopl berapa. so, makan je la pagi tadi.

sampai je opis ni terus berkobar nak add story mory pasai nurse tadi. nurse kat klinik kerajaan ni memang xpyh la korang nak menjawab sangat. nanti dia cite kat sume kengkawan nurse dia.

dulu masa check-up zhafran nurse ada tanya;

nurse: sekarang anak awak minum sus apa?
saya: pediasure complete choc
nurse: keja kerajaan

perlu ke nak tanya sampai macam tu sekali...


lagi 1 situasi

saya: nurse, lambat lagi ke giliran saya? (dengan nada yang lemak lembut). anak saya dah menangis ni (masa tu zhafran baby lagi)
nurse: anak orang lain pon mengis jugak! dengan cam haramj***** dia jawab

boleh x dia jawab "sabar ye puan, saya check kat dalam kejap no giliran puan".
kalau macam tu punya jawapan sejuk sket la telinga ako ni.

itulah antara cabaran nak menghadapi nurse kat klinik kerajaan......

Monday, May 2, 2011

katun oh cotton

semalam hari cuti. petang tu keluar pegi shah alam. sekarang ni kan ada ariani sale. saya antara orang yang memenuhkan ariani shah alam. dalam kol 4 lebih tu dah keluar rumah, singgah kedai asbend kejap anta bekalan makanan kat dia (asbend ni kalau dah wat keja sampai xmakan). then straight ke shah alam. macam biasa di luar ariani dipenuhi dengan kaum adam a.k.a suami @ boypren yang meluat nak membantu bini @ makwe memilih tudung. kaum hawa pulak rancak memilih serta mencuba tudung kat dalam kedai tu. pilih sakan depa tu saya tengok. rembat berhelai-helai. memang dasyat lah kaun hawa dalam hal pilih-memilih ni. saya pon terjebak sama dalam kedai tu.

ada kain cotton punya tudung, murah nau reganya, RM25 hengget aja sehelai. saya pon pilih la 3 lai, kononnya kalau xpilih dulu sat lagi orang lain hamek pulak. tapi bila cube haram xsedap pon. walaupon muke saiz S, tetapi loggar dan awningnya tidak terletak. patut la korang jual RM25 ye. pandai ye korang nih
then pegi plak kat tempat tudung yang ada tone skit. pilih memilih, kat situ jugak saya try. orang jantan xdak kat situ, so xde la masuk fitting room. yang saiz S ngam. pakai sedap. awning kemas dan terletak. section seterusnya adalah tudung bercorak. amik 2 helai tudung. saja amik bercorak punya coz sekarang ni g keja memang pakai baju plain ada. blouse mengandung. mama pulak berkena 2-3 lai color. tapi kaler yang dia nak sume xde saiz S. kesian dia. empty handed la.bila saya tanya

"mama nak pakai baju kaler apa untuk raya tahun ni?"

dia jawab
"mam pon xtau la"

so, dia pon sebenarnya xtau nak pilih kaler apa. xde la dia beli.saya amik 3 lai aja, maleh nak beli bebanyak (malas ke xberapa nak ada ringgitnya..hahahaha).

mostly, orang yang datang kat ariani tu akan matchingkan kain yang diaorang beli kat jakel. FYI, jakel bebetol kat sebelah ariani aja. lepas dah membuat bayaran kat kaunter, saya bergegas ke jakel pulak. kononnya nak pegi beli kain, then nak datang balik kat ariani untuk sesi pemilihan tudung. kesian pulak kat mama, dah datang tapi xbeli tudung pulak kan.

masuk je kat jakel, kat tingkat 1 xde kain yang saya berkenan. proceed ke tingkat 2 pulak. mula-mula malas nak layan membeli kain pasang ni. saya bukannya buleh buat baju kurung pon. time raya tu tengah menghitung hari untuk delivery. saya suh mama aja yang pilih memilih.

tetiba kaki ni gatal pulak nak melangkah ke cotton punya tempat. salesgirl tu yang tarik saya ke sana sebenarnya. dia pon tunjuk la english cotton, cotton silk, cotton yang bersulam. mula-mula nak tabahkan hati xnak beli cotton coz dalam kepala fikir nak pegi beli kat indon aja. lagi 2minggu nak terbang ke sana.

tiba-tiba nampak 1 cotton ni macam menarik pulak. teliti punya teliti, then salesgirl tu menawarkan harga menarik (menarik ke????). tapi masa tu dok berfikir-fikir lagi. salesgirl tu bole pulak buat promotion macam ni "kak, kain ni kalau buat baju kurung moden memang cantik". haaa...layak ke aku ni nak pakai baju kurung moden cik kiah oiiii.... pas tu dia nak cover balik dia cakap " akak buat baju kurung pahang pon cantik jugak".

saya suh la dia potong 2 meter. tapi kain tu dah memang siap potong 4 meter. luckily ada yang dah siap potong 2.5 meter. saya amik yang tu aja la. kononnya nak buat dress (chist, padahal maxi mengandung). lepas yu, pegi pulak mencari kain unutk belah bawah. mula-mula nak guna chiffon, tapi malas lah, chiffon kena lining. lgpon kampong saya xdak ekon, jadi akan berpeluh meluh la saya. pakai kain crepe aja. lembut dan xperlu lining.

so, cottoon tu saya share ngan mama. rupanya bidang kain cotton tu 60. memang banyak lah lebihnya kalau guna untuk buat baju saya je. sharing is caring kan. kakak ngan mama memang tengah memilih kain masa saya sampai kat diaorang. masa tengah tunggu salesgirl tu tulih bill, saya pon saja berjalan lagi nak menengok kain, tetiba dengar mamt tu cakap 2 pasang RM50. padahal masa kakak ngan mama pilih n potong kain tadi sepasang RM65. so, saya pon tanya kenapa harga lain. dia kata happy hour. apa lagi, pergi balik kat salesgirl tu mintak harga happy hour la. mana leh lepaskan peluang ni kan.

pas dah siap pilih n potong kain, kami semua amik keputusan nak chow aja. makin lama dok kat situ, setan makin menyanyi di mata. pas bayar kuar trus balik. malas nak singgah ariani. dah penat.

otw balik, singgah seksyen 2 shah alam pulak. pekena ABC. mam yang nak makan abc. saya macam biasa minum sirap aja.

hujan sepanjang perjalanan nak balik umah. lebat pulak tu. sampai umah nak dekat kol 8 malam. dengan mood yang berbunga nak tunjuk kain yang saya beli kat asbend. bila tunjuk dia kata " kain ape ni?" then dia kata xcantik..hukalar...... laki memang xtau trend la. sedey aja. tp asalkan orang pompuan kata cantik tu maknanya memang chantek (perasan weyhhh).

tapi anak saya xsuke. kaler tu macam purple pink. dia dah siap cakap " no pink, ayang xsuke"
so, ada chance la saya nak beli baju lain nanti. alasannya, zhaff xsuke kaler ni...






































































































































































































































































































































































































































































































































































































..

open day

last week agak sibuk. terlibat dengan event yang ada kat opis ni. Hari Terbuka dan Konvensyen Kimia. sebab tu xsempat nan update blog ni. satu lagi, kat pc saya tetiba je xleh nak log in kat google. ntah kenapa pulak. sekarang ni baru ada masa nak update. ini pon waktu lunch. dah selesai makan, tatau nak wat apa lagik, nak tido mata macam xmengantok.

setahun sekali opis saya akan wat open day. kat sini ada pameran mengenai kajian yang kimia buat. paling ramai pengunjung rasanya kat bahagian Forensik. semua orang nak tengok alat yang ada, apa jenis kajian, macam mana pegawai jalankan kajian. memang teruja la bagi sesiapa yang suke tengok CSI. tp xde la kes dapat selesai within 1 day mamcam CSI tu. alat secanggih manggih belom mampu kerajaan nak purchase. rega alat tu je sebijik dah macam rega umah banglo siap ngan swimming pool hookay....

saya pulak menjadi urusetia masa kat konvensyen kimia. kat sini pegawai sains present paper mengenai kajian yang diaorang dah buat. bagi orang macam saya ni memang la xpaham sangat istilah teknikal yang diaorang gunakan ni. dengar je buleh la, nak paham idok sekali.

2 hari yang memenatkan. balik uamh rasa nak landing je terus. masa dari pagi sampai petang full. xde masa nak rilex bagai la coz kena stanby jadi urusetia aja.

abih je minggu tu, terus happy sebab event dah habih dan masa untuk merehatkan badan pulak......