Monday, February 28, 2011

sakit tekak

mama hilang suara since hari jumaat. tapi dia xpegi amik ubat lagi. saya suggestkan dia makan ais krim haagen-dasz perisa vanilla ni untuk recovery balik suara tu. semalam pegi mid valley, beli la 1 scoop ais krim ni. siap pesn kat mama "kena makan sampai abis tau ais krim ni, ubat". dia yang menurut perintah makan la sampai abih. balik dari mid valey dia suh singgah shell, nak beli lagi ais krim tu. saya cakap, mana la ada kat shell pj aiskrim ni. shell yang hebat-hebat ada la. malam tadi dia sms lagi, "kalau kuar tolong beli aiskrim". masalahnya, shell yang saya tau ada jual aiskrim ni adalah shell bandar tasik selatan. kemain jauh idak la pulak. bukan apa, nak pegi pyramid punya la malas disebabkan oleh nak mencari parking. seksa!

tadi sms mama, tanya suara dia dah ok ker. dia cakap belum. saya pon cakap ngan dia, pas balik keja ni jom pegi pyramid. beli aiskrim ni. selain dapat mengubati sakit tekak, dapat jugak menikmati keenakan aiskrim ni. mama yang xberapa suka aiskrim pon dah larah nak abihkan ais krim ni.

jadi petang ni balik aja keja, singgah amik mama then terus nak pegi pyramid. semesntinya xbawak si kecik tu. coz dia tu banyak hal nanti. orang nak pegi kejap aja. tapi saya akan belikan donut untuk dia. kesian pulak la kan kalau xde balikan apa-apa.



ais krim ubat

Sunday, February 27, 2011

KANSER SERVIKS

hari ni kat opis ada sesi ceramah mengenai pencegahan kanser serviks. start jam 9.00 pagi sampai 11.00 pagi. penceramah ni datang dari sungai petani, kedah. dia ada klinik dekat sana. bila dengar ceramah ni sedikit sebanyak la dapat info mengenai cara penyakit ni boleh bermula, cara pencegahan.


doktor ni cakap tadi kanser serviks ni berpunca dari HUMAN PAPILLOMAVIRUS (HPV). sel ini akan merebak dalam jangkamasa 3-5 tahun untuk merubahnya menjadi kanser. bagi wanita, ujian PAP SMEAR wajib dilakukan selama 3 tahun berturut-turut, jika keputusan menunjukkan tiada masalah, anda mesti melakukan ujian PAP SMEAR 3 tahun sekali pulak. proses ini harus diulangi sehingga anda berumur 65 tahun.

antara individu yang berisiko unutk mendapat penyakit ini adalah (yang saya ingat la):-


- merokok
- mula aktif seks sebelum umur 21 tahun
-suka bertukar-tukar pasangan
-mengamalkan makan pil perancang dalam jangka masa lama
- ramai anak (kerap beranak)

yang lain dah xingat.lupa nak take note tadi.


bila dengan cerita doktor ni timbul rasa takut pulak la. kita sebagai perempuan terdedah dengan pelbagai penyakit. tapi yang selalu kita dengan melibatkan wanita adalah kanser payudara dan kanser serviks. doktor pesan, jangan amik mudah dalam hal penjagaan alat sulit ni.

unutk langkah pencegahan pulak. vaksin boleh diambil di klinik/hospital kerajaan/swasta unutk 3 dos dalam jangka masa 6 bulan. dos ini mampu bertahan selama 20 tahun. satu dos kosnya lebih kurang Rm199. sekarang ni untuk pelajar tingkatan 1, dos adalah diberi percuma. unutk yang dah keja, sila kuarkan wang sendiri. bagi yang dah kawin pulak sila suruh suami anda sponsor untuk keselesaan bersama jugak kan. kena la jaga kesihatan bini.

masa ceramah tadi, doktor tu ada jugak offer vaksin tu untuk diambil dari dia. of course la kena bayar kan. masa tu jugak la para isteri menelefon suami unutk meminta dana nak booking vaksin ni. tapi saya xboleh amik. orang mengandung xboleh amik vaksin ni. jadi, saya dok diam-diam aja tadi.




ni video doktor potong bahagian yang ada barah (agak ngeri)



penceramah


info dari pamplet



more info



muka depan pamplet
selain dari mendapat info yang berguna, kehadiaran pada sesi ceramahni boleh juga direkodkan dalam buka K-skor kad. buku i merekodkan segala aktiviti yang staff hadiri.




my bestie call me

di kala sedang mengelmun sebelum tido lunch time td, saya dikejutkan dengan 1 call. kacau daun betollah. baru aja nak tido. received call from anis (my bestie when i kat TI penang). dia bagitau nak pegi UMRAH 9 Mac (2 MINGGU) . terharu la pulak bila dia call just nak inform yang tu. before ni saya dah penah pesan kat dia "kalau nak pegi umrah lagi jangan lupa bagitau ako tau..tau..tau...". seperti biasa dia akan jawab "ye la amy, ako bagi tau ko". mostly fren kat TI penang panggil saya AMY. time tu kat sana terlampau ramai la orang yang bernama ain. so, saya pon suh diaorang panggil amy. kang senang tu, saya sorang jerk nama macam tu. xde la perasan tertoleh-toleh bila orang panggil nama ain kan. sampai sekarang la lekat nama amy tu kalau frens dari penang call/msg.

saya nak jubah, tapi anis kata dekat madinah yang banyak jubah berkualiti dan cantik-cantik. nanti dia dekat madina semalam aja, so mungkin xsempat nak membeli. ok, xpe, saya paham dia pegi sana nak beramal ibadat, bukan nak menyopping. so, saya kirim buah tin aja la.

dia pergi sana dua minggu, dia nak jumpa saya sebelum berangkat ke sana. tapi dia pulak yang sibuk time weekend. saya kata "nanti bila ko free ko call aja la ako, then kita jumpa". anis ni wat MLM, tu yang bizi rekrut orang untuk bisnes dia. saya pernah cakap ngan dia, "kalau ko dah kaya nanti, belanja ako pegi umrah tau. lagi banyak pahala ko dapat". ini adalah kali ke-2 la anis pegi buat umrah. saya doakan semoga perjalanan anis dipermudahkan serta doanya diperkenankan oleh ALLAH



ni masa lunch ngan dia kat delicious, bangsar



tangok tu, dia siap abihkan portion makanan saya


P/S : anis kata dia nak berdoa agar cepat bertemu jodoh agar bila dia dapat anak nanti, boleh kenenkan ngan anak saya. tapi saya yangbermulut laser ni jawab "xnak, ko baka hitam!".jawapan yang agak biadap, tapi anis ni xkisah kita cakap apa pon asalkan DALAM HATI TIADA KHIANAT.

Wednesday, February 23, 2011

era baru

start semalam dah pakai kasut ballerina flat pegi keja. dan mostly orang tegur, ehh...dah pakai kasut rendah. hehehehe....selama ni kan memang jarang sekali la pakai kasut ni pegi opis. pas tu 1 of my fren cakap

"pas ni mesti berlambak pulak kasut flat aiin".

macam tau-tau je ni. ari tu dah macam aim kasut flat kat carlo rino, macam sedap je pakai. tapi malas nak beli dulu. nak pakai dulu falt mana yang ada. kedai kasut TIAMO pon baru bukak kat sunway pyramid. kat kedai kasut ni, sumenya ballerina flat yang dijual. yang penting sume chomel! design belah depan tu yang menampakkan kasut tu comel. ada batu, bulu-bulu dan macam-macam lagi la. nanti rasa macam nak sambar satu aja.sekarang ni ada 4 flat aja.yang sesuai pakai pegi opis 2 aja. 1 lagi crocs malindi, another 1 flat beli kat bandung dengan harga Rm10 zebra pulak tu. macam xsesuai nak pakai g keja. kang budak opis ejek zebra pulak.hahaha....yang satu ni pon beli masa warehouse hari tu .


kasut saya untuk 8 bulan ni

blowing candles at 12

sabtu, 19 Feb. 2011


8.15 malam
my cousin sms "kang kol 12 kita wat surprise kat kakak nak x". saya reply "uish..xnak la, takut tertido, kita celeb esok aja la".then, bila pk2 balik, boleh aja la celeb kol 12 sat lagi. tahan skit la mata. then sms my cousin cakap ok. suh gak dia call ida untuk join skali untuk malam ni. sebelum kuar g pyramid, g beli burger dulu, nak alas perut. kang kat pyramis dure xsempat nak makan. yelah pegi pon kol 9, sementara nak pilih bagai kedai makan pon dah nak tutup.


9.00 malam
kuat ke pyramid. motif:cari besday cake la. sampai pyramid trus dapat parking ni masuk je pyramid, menuju ke baskin robbin untuk sesi pembelian. selesai dengan misi, teman my cousin pegi carlo rino, nak tegok dompet kat sana. hari saya cakap ada dompet cantik. bila tiba kat situ dia kata xberkenan pulak. so, dia pusing dalam kedai tu, jumpa jugak henbeg yang dia berkenan. terus la bayar. then jalan nak balik. singgah pulak google. saya pulak tgk ada sale. jadi saja je masuk nak menengok baju yang besar2 skit. sekarang ni baju nak pakai daily pon dah xde, also baju nak kuar jenjalan. sume dah sendat. kena pulak bali baju yg loose sket. jadi amik 4 lai baju kat situ. masa dok pilih-pilih baju ada msg masuk "jom pegi makan, lapar la". my sis yang sms. nak kena tipu sunat la pulak. saya cakap dah makan tadi. padahal kebulur juga walaupon kol 8.45 baru menelan burger daging special. pilih punya pilih, sume terkena kaler pink pulak. erkk..biarlah..asalkan ada baju yang longgar sket. beli pon sarung je baju kat situ, malas nak masuk fitting room. asalkan besar n xnampak macam buncit kira jadik la amik. kedai pon masa tu dah nak tutup. menggigil salesboy tu dok kira-kira rega diskaun. padahal dalam otak dia dok pk nak balik dah. selesai cari baju dan keluar dari pyramid kol 10.00 malam.


11.30
my cousin datang amik kat umah, then pegi amik ida pulak kat umah dia. ida hangkot adik dia, lal skali unutk join kitaorang. sampai umah my sis dalam kol 11.45. jadik, kami sume melepak dulu dalam keta. borak bagai dulu. lagi 5 minit kol 12 kitaorang dah gerak kuar n singgah kat kedai beli lighter. sampai kat tingkat 4 relax jap depan lif. pasang lilin.


11.59
kitaorang berjalan pelan-pelan ke pintu umah.


20 Feb. 2011


12.00 pagi
saya ketuk pintu. bila my sis bukak je kitaorang jerit "SURPRISE" then sing a song HAPPY BIRTHDAY untuk dia. dia suke. senyum lebar aja. dia potong kek, kasi kitaorang merasa. memang sedap kek ais krimnya....urghh..memang berbaloi la beli even kecik aja. tangah dok syiok melayan kek, tetiba ada orang ketuk pintu umah, rupanya asbend ku datang. sebenarnya plan awal memang nak ajak dia n nak beli kfc makan2 kat citu pas potong kek. tapi, pk balik lebih baik lepak makan kat luar je kan. tp segan plak nak cakap kat asbend xpayah datang. so, dia pon makan kek skali. pas makan kek dia balik...

12.45 pagi
kuar makan kat jalan 223.besday girl nak makan otak-otak kat sana. sampai sana saya order char kuey tiaw. tapi bila tengok ida punya laksa macam best plak. jadi char kuey tiaw makan separuh je, dan kemudiannya hirup kuah laksa ida sampai abih. pas makan jenjalan ke uptown kelana jaya pulak. xramai orang dekat situ. pusing kejap je coz nothing yang interesting dijual kat sana. sumanya macam dah biasa aja. bazaar ni masih baru lagi. beli 1 brang ke, sepende untuk boy gambar thomas, per pack RM10.

2.30
reach home n time to say hello to my bed

p/s: masa tiup lilin ni, boy n my mum tengah lena tido di dalam bilik tanpa menyedari kitaorang datang.



ida-gadis pembawa kek

no mekap- failed


yes..really happy having BR cake


pasang lilin



siap tukar baju n mekap skit besday girl ni




tengok, dia suke





suapan untuk ida






suapan untuk my cousin (k.ita)
dia ni sebaya ngan my sis








Wednesday, February 16, 2011

boy punya feberet

setiap kali ke sunway pyramid dengan boy, bila keluar dari car park, jangan nak pandai-pandai pegi ke tempat lain dulu tengok barang ke cari barang ke. saya xakan dapat berjalan dengan senang hari kalau permintaan dia tidak ditunaikan. oleh itu, tempat pertama yang WAJIB dituju adalah J.Co Donut.

as usual, dia akan suh beli perisa oreo 3 untuk dia. kalau terasa hati nak oreo jugak sila add lagi seketol donut oreo. boy xkan bagi amik part oreo dia. jadi, saya akan beli sedozen donut unutk dia. then, pegi rent buggy car. so, dia akan makan donut dia dalam keadaan diam berhemah dalam buggy car tu. sekarang, bolehlah berjalan memusing pyramid dengan hati yang terhibur tanpa rengekan dari dia.

tu je tips nak bawak dia berjalan. mesti ada something yang melekakan dia. jadi dia xkan keep on saying :mama, jom la balik". selalunya dia akan larat makan 2 ketol donut je. selebihnya akan dibawak balik makan kat umah.





"ayang, jangan gigit mama!"



my feberet oreo



"3 ayang punyer, 2 papa punyer, 1 mama punyer, 1 opah punyer, mummy xsuke donut"


makan tengah hari

dari semalam lagi macam teringat nak makan ayam bakar. dah lama xberkunjung ge kedai ayam bakar ni. kalau dulu boleh dikatakan semingu 3x kali jugak la makan ayam bakar ni. yang menarik, tertarik mengenai ayam bakar ni adalah kuah pencicahnya amatlah pedas dan menjilat jari. sampai meleleh la air hidung dek kerana kepedasannya.

tadi, tepat kol 1 cargas pegi tapau ayam bakar ni. set ayam bakar ni nasi+quarter chicken+salad+sup+pencicah. kalau dada harganya Rm6.50 kalau peha murah sket Rm5.50. kalau datang makan kol 10, dapatlah free hati dan pedal. kalau datang kol 1 jawapannya tinggal bekas aja. sambil menapau ayam bakar ni order la air fresh orange suam yang harganya RM1.50 aja. tapi sampai sekarang air tu xberusik lagi oleh kerana sibuk minum air masak aja. nak senang lawas la katakan.


total spend untuk makanan hari ni : pagi RM3 + lunch RM8 = RM11


mesti korang cakap eleh...baru seblas hengget sehari dah nak kecoh...bukannya apa, rate makan kat opis ni memang murah. perday tu RM5 tu kira lauk hebat la kalau makan nasi campur. sebab tu saya sayang tempat keja ni. minyak pon RM20 je seminggu pegi keja (pegi-balik aja xcampur pegi meronggeng tempat lain). kalau meronggeng pon ke AMCORP mall aja la. xde tempat lain. sejam je pon, mana nak sempat. pegi AMCORP pon balik kol 2.30 ke opis. hari jumaat pulak saya akan balik umah time rehat tu. masa panjang, buleh tido aja kat umah. malas nak berjalan ke sogo/jalan t.a.r.



ni ada secebis gambar unutk tatapan anda semua. ayam bakar adi G (nama kedai tu). terletak di medan selera PJ new town. 5 minit jalan kaki dari opis saya.








nasi suke hati nak taruk banyak mana.tapi saya memang lalu makan banyak ni je
I
I
I
I
I
I
I
I
I



salad pon boleh pilih nak banyak mana
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I


ni adalah muka kenyang dan gembira setelah makan quarter chic
(sila abaikan jerawat yang tertimbul di pipi tu)



annual leave

kelayakan cuti saya 25 hari. last year 16 hari xsempat nak abehkan, so 6 hari carry forward, lagi 10 hari simpan cuti. unutk tahun 2011 ni, since januari belom lagi amik cuti tahun. tahun ni ada 31 hari la cuti saya. bila tengok-tengok balik calendar, bulan mei baru akan amik cuti.

xsedar pulak ada 3 vacation yang nak kena lunaskan dalam bulan mei. tu pon kalau tubuh badan ini masih sihat untuk berjalan jauh. semoga Tuhan kurniakan kesihatan kepada saya unutk pergi ke tempat seperti yang dirancangkan.

pada awal bulan mei, destinasi pertama adalah bukit tinggi, pahang (3H2M). ari tu kononnnya nak pegi time CNY, tapi fully booked pulak. jadi bulan 5 ke ada kosong. time tu hari buruh lak, memang la bernasib baik ada kosong time PH tu. hari buruh jatuh hari ahad, so forward ke hari isnin.yeehaaa........

pertengahan mei pulak nak pegi jakarta 4H3M (time tu dah pegnen 22 minggu). masa beli tiket AA promo last 6 months xsangka pulak rezeki nak mengandung ni. tapi member cakap boleh lagi naik flight time ni. tapi xtau la asbend bagi ke x pegi. jadi kali ni xde dah la memborong banyak-banyak. kang sapa nak seret luggage kat airport. pegi ni pon sebab nak teman member shopping baju kawen n barang kawen dia kat sana. harga memang murah bangat.dia xpernah pegi sana, kesian pulak kalau nak cancel trip ni (sebenarnya diri sendiri yang sebok nak pegi..ha3).

penghujung mei pulak nak pegi langkawi bawak boy. dia sibuk nak pegi langkawi n nak naik plane. jadi, time AA promo jugak beli tiket. sebenarnya nak pegi bulan 4, bulan kelahiran boy ni, tapi time tu xde tiket murah pulak. jadi pegi la bulan mei. 3H2M je kat sana. nampak gayanya boy kena ponteng sekolah 2 hari. masa terbang ke langkawi ni dah 24weeks pegnen. harap semuanya berjalan lancar...amin.....

bila dah tengok-tengok balik untuk 3 trip ni saya nak amik cuti 5 hari je. sebab fikir mana tau pas cuti bersalin 3 bulan nak tambah lagi cuti 2 mingu ke kan. so, kena jimat skit la cuti ni. raya lagi nak cuti. dan mana tau nak amik cuti time xdijangkakan. kalau cuti tinggal negative lagi payah kan.

biasanya raya cuti xamik banyak pon. kalau esok raya, hari ni saya masih lagi kat opis. asbend xcuti, xde gunaya saya amik cuti then dok aja kat umah kan. baik la g keja. masa tu memang heaven abih la, xde orang pon kecuali chinese n indian. berapa kerat sangat la diaorang ni kat opis saya. bila tengok kalendar kuda ni, besar kemungkinan saya akan amik cuti 3 hari je untuk raya. tu pon dah dapat melepak 9 hari kat kampong..yahoo......

p/s: semoga berjaya dalam merancang cuti tahunan anda :)

Monday, February 14, 2011

i've been tagged

ok, tengkiu as chubby kerna mengtagged diriku ini.



25 things about me....here we gooooooo.................



1. pas basuh rambut xsuke sikat rambut. tunggu rambut kering baru sikat


2. ada 2 orang je adik beradik yang mana kesemuanya perempuan


3. pakai keta macam dulu : kancil yang banyak berjasa dari zaman seri iskandar dulu


4. sedang pegnen 9 weeks di kala diri ditagged



5. dok dan keja diarea pj (umah 7 minit dari opis dikala semua orang cuti)



6. suka kasut wedges (mostly kasut yg ada adalah wedges walaupon asbend saya cukuplah xberkenan pattern lagu tu)



7. makanan feberet sup tulang dan roti canai pak din (area umah saya)



8. ada sorang anak lelaki umur 4 tahun yang dah bersekolah



9. mempunyai seorang mama yang terror menjahit (tunjuk je la apa pattern baju, sure dia boleh buat:luv u lah mama)



10. impian nak pegi bercuti kat karambunai (villa 6k per nite:ada sesapa nak sponsor?)



11. bersekolah kat 2 sekolah rendah (s.k sungai besi + s.r.k seri setia), 3 sekolah menengah (s.m.k sungai besi + s.m.k bandar tasik selatan + T.I penang)



12. suka menjahit manik (gigih tiru pattern orang lain then jahit sendiri: idea jahat..wakakaka)



13. sangat malas nak iron baju keja (pagi-pagi bangun baru decide nak pakai baju apa n baru meregeh nak iron time tu)



14. ay dis moment, saya rasa ada lebih kurang 3 orang kawan saya yang preggy lebih kurang je iaitu zarith, loong danial dan zack (kalau ada orang lain yang sama sila inform saya ya)



15.saya rindukan zaman belajar dulu :) (sekolah menengah +UiTM dihatiku)



16. sangat jarang masak kat umah coz dok dengan mak mertua (balik umah mak mertua dah siap masak)



17. selepas 8 bulan bercintan cintun, saya bertunang sebulan then terus kawen (pantas)



18. kalau merajuk ngan asbend akn dok diam aja (silent is killer..muahahaha)



19. selalu akan handpunch kat opis seminit dua minit lagi sebelum pukul 8


20. paling M nak lipat baju (dah berbukit baju tu bagu gagahkan diri jugak), pas lipat pulak M lagik nak menyusun dalam lemari. tapi bab membasuh memang rajin (tuang baju, tuang sabun, picit button=selesai)


21. dalam ramai-ramai kawan saya, ada 2 orang yang sifatnya sama (xbanyak bercakap). ollie (member dari sekolah menengah) dan nadira (kawan kat UiTM)


22. atlet feberet saya Nicol David (dulu masa sekolah suke kumpul gambar dia dari magazine dan newspaper)


23. masa kat sekolah menengah dan UiTM dulu, subjek yang saya memang suke adalah Math.


24. umur 6 tahun saya dah masuk darjah 1 dan bengang sebab peksa dapat top 3 tapi xlayak dapat hadiah (dulu darjah 1 tumpang je sebab mak saya kerani kat sekolah tu)


25. artis pompuan yang saya suke ROSSA (sampai boy pon tau, "ni lagu yang mama suke kan" if lagu rossa kuar kat radio)


sekian 25 things to know about me..





wattamat......

nine west


handbag ni saya nak let go (belom pakai lagi). item ni belom pon sampai malaysia. it takes 2 weeks time to reach malaysia.
brand: nine west
reason to sell : haunting for new watches (jujurnya)
price:RM260 (including postage)
mintak semua rakan-rakan bagitau ye if interested ngan handbag ni.
p/s: kalau rajin sebar2kan :) . thanx a lot

Sunday, February 13, 2011

MONDAY AGAIN

its monday! another bored day. bangun pagi tadi banyak kali pk, arini nak pegi keja ke xnak...nak pegi keja ke xnak..rasa malas membuak-buak dalam hati ni memandangkan esok dah cuti. tapi bila pk balik, pegi je la keja. bukannya payah pon. on time kol 5 dah balik jugak kan. jadi gagahkan diri, bangun dan terus mandi.

sampai je opis hand punch dulu, lepas tu parking keta, then pegi beli nasi lemak. bila dah makan nasi lemak, baru teringat dah beberapa hari skip minum susu anmum. dengan rasa bersemangat pegi bancuh susu. lepas je minum semug susu, trus la rasa meloyanya..erkk...i dont like milk! kalau susu choc ada keampunan la skit. pas ni kena jugak cari anmum choc. sampai bila nak skip minum susu ni. masa 1st time pegnen dulu, disiplinnya minum susu 2x sehari. time bulan pose la minum masa sahur n time bukak pose. masa tu ada terjumpa choc punya. misi petang ni pegi beli susu bot dan susu choc mamanya skali.

kat opis ni seperti biasa berehat-rehat. tadi baru balik dari tempat member, tengok hasil jualan dia. dia baru balik dari syria, jordan dan kawasan sewaktu dengannya. so, ada jubah for sale. range price RM250-500. seperti biasa yang rega Rm500 tu la nampak menawan dimataku. tp memikirkan harganya..urghh....just forget about it....banyak lagi menda yang boleh spend untuk amount macam tu. kalau tetiba turun harga jadi RM350, memang willing amik jugak la kan.

tapi dalam kepala ni dah siap pikir, bulan 5 ni nak g jakarta lagi (insyaallah), nak tempah baju mengandung yang cantik skit untuk pakai taya. konon2nya nak pakai chiffon then nak wat heavy beading.maybe it will cost around RM250 paling mahal la kan. memang berbaloi. jadi, simpan elok-elok impian ni agar di hari raya dapat jugak melaram macam yang lain.

Wednesday, February 9, 2011

SEMBELIT TIME PREGGY

semenjak preggy ni daya pelawasan untuk pembuangan air besar semakin rumit. tadi surf internet untuk cari jalan mengatasi masalah sembelit ni. selalunya saya akan telan phyto natal nona roguy je. tiada masalah pembuangan. nescaya perut kembali sedap dan kosong. now, xde la pulak boleh telan phyto natal tu lagi. ada orang discuss kat forum cakap nutrilite dari amway baguih yakni fruit & vege fiber. so, tadi trus sms biras dan tanya harga produk ni. dia jadi ahli amway, so dapatlah harga murah skit. ada 2 jenis iaitu telan dan kunyah.saya pilih yang kunyah punya coz murah sket.

tadi baca dalam internet jugak, nak bagi senang lawas kena minum banyak air, kena makan makanan yang high fiber, minum jus buah, makan buah@ jus prune, makan banyak buah-buahan.. air memang buleh minum bebanyak, tapi nanti nak ke toilet aja la kejanya. harap-harap lepas makan ubat ni pembuangan berjalan lancar tanpa perlu lepak kat restroom lama-lama.

sekarang ni, apa-apa kemusykilan mengenai kehamilan, budak kecik ni saya memang refer kat rose (opismate). dia memang handal la bab-bab ibu dan anak ni. tanya je la apa menda pon dia leh bagi jawapan or tolong cari jawapan. macam kes tadi, call rose nak tanya dia pasal fiber. trus dia cakap "napa, ko sembelit ke?" baru sebut keyword dia dah tau masalah ako. hebat x? dia memang doktor peribadi kitaorang kat sini. sebarang consultation adalah percume..hehehe...dia suggest beli fiber kat cosway tadi, murah katanya. tapi esok hidayah (another opismate) nak sedekahkan fiber dia kat saya. so cuba makan fiber dia dan fiber amway tu, tengok yang mana lebih berkesan untuk masalah saya ni.

9 bulan tu kena bergantung kat fiber kalau secara semulajadi xberkesan. tapi fiber nutrilite ni xharmful dan sesuai untuk ibu mengandung. sebab tu berani nak cuba. tadi hidayah ada bagi vitamin C untuk saya makan. dia dah siap warning jangan makan pape ubat pon. makan je vitamin C yang dia bagi, nanti hingus kering cepat. saya yang menurut perintah angguk saja. pas tu dia datang lagi sekali kat tempat saya tanya dah minum ke belum ubat tu. alahai, sangat prihatin opismate saye ni. terharu la plak. pas minum vitamin C tu rasa ok sket, tapi menjelang tengah hari hingus dah menular balik. agaknya dok dalam aircond aja. kalau kat luar kurang sket selesemanya.

kalau xbaik, esok makan lagi vitamin C tu. selagi dibenarkan untuk ibu mengandung telan lah seperti yang disyorkan. xlalu la dustbin saya ni penuh dengan tisu je ari ni.

Tuesday, February 8, 2011

FLU

since semalam dah start bersin xbenti-benti. itu tandanya serangan virus selesema akan melanda. malam tadi memang la air dari hidung meleleh xbenti-benti. nak dekat segulung tisu dikerjakan. malam pulak nak tido xberapa selesa, kerana hidung tersumbat. lagi 1 hal terasa panas semacam. air cond pulak macam dah nak jahanam. sejuk pulak. tido la dalam keadaan sedikit berpeluh. rasa macam malehnya nak pegi keja kalau selesema ni.

malam tadi pegi klinik scan baby, kononnya mana la tau dah ada heartbeat. tapi doc cakap kecik lagi, kena pakai microscop baru nampak. if nak nampak datang balik next 2 weeks. bukan apa, just nak tengok ada atau tak aja. then dia print gambar trus kuar dari bilik doktor. xsampai 5 minit charge RM50. macam tu rasanya xnak jadi doktor, tp nak beli je mesin scan tu. macam boleh wat duit je kan..hehehehe.......

dulu, ada opismate ni pegnen, pas tu tetiba macam ada bleeding skit. bila pegi scan rupanya baby dalam perut dia xmembesar. so, dia kena cuci la kot. masa tu usia kandungan dia awal-awal la lagi dalam 7-9 minggu. tu nak macam nak pegi jugak scan even baru 7 minggu 5 hari umur baby ni.

Monday, February 7, 2011

TEKAK

now dah 7 weeks ++ pegnen. sekarang ni tekak xde plak nak makan pape. cume tekak xleh nak mandang telur dadar. rasa macam loya ajo. kari, masak lemak, masak asam dah kuah-kuah yang macam likat atau bersantan memang xboleh masuk kat tekak ni. tapi kalu sup, tomyam, masak rebus-rebus memang menjadi pembuka selera. xpayah makan nasi pn xpe. hirup aja kuar tu. especially kuah rebus masam-masam ikan kembung yang mama masak. peghhh...hirup semangkuk memang xmenjagi masalah. sekarang ni pulak asyik la minum air kotak laici. semalam start petang ke malam 2 kotak air laici saya bantai. sebelum ni memang xpandang de air laici ni.

tapi opismate kata time pegnen xelok minum soya. agaknya soya ni byk sangat pengawet kot. soya home moade buleh kot. tapi sap pulak rajin nak buat soya home made kan. so, bantai aja la air laici. buat masa ni ANMUM MATERNA xberapa boleh mesra dengan tekak. kalau bancuh sure xabih. ditambah pulak perisa coklat ada, yang ada original putih aja, memang la susah skit walaupun paksakan diri jugak minum susu tu.

sakarang ni setiap pagi akan pergi menapau kat gerai near opis. nasi lemak lauk kerang atau lauk yang berkenan di hati/mee goreng + sandwich telur. sandwich tu dimakan petang-petang cicah dengan air milo. makan nasi xbanyak, macam sebelum pegnen gak dulu, tapi sekarang ni makan kerap. mudah lapar pulak. tapi bila malam macam xselera sangat la nak makan. minum air kotak pn dah kenyang. tu pasallah la bila bangun pagi kelaparan yang tidak dapat dibendung agaknya.

kerana asyik lapar la belanja harian dah meningkat. sebelum ni hanya RM3.50-5.00 je sehari. sekarang ni mencecah RM10 (nasi lemak + sandwich: pagi RM4.70), tengah hari nasi + milo cincau suam (RM5). tapi xpa, makan kasi kerap biar banyak zat-zat yang terkumpul dalam badan ni. semua ini khas untukmu baby :)

BEREHAT DI MAYANGSARI

cuti CNY dipenuhi dengan aktiviti berjalan dan merehatkan diri dan minda. destinasi adalah Mayangsari, PD dan Melaka. pergi PD dengan 4 family. 2 family gerak hari khamis, dan 2 lagi family tiba di sana pada hari jumaat.

seperti biasa, boy adalah insan yang tidak sabar untuk mandi kolam. so, dia pergi pada hari khamis dengan opah n mummy dia. alkisah pada mulanya dia melalak nak suh mama dia ikut jugak. jenuh la nak memujuk dia. then bila opah dia cakap jap lagi benti kat petronas beli mainan dah reda skit pulak tangisan dia (bermakna dia rela la ikut asalkan ada habuan untuk dia).

saya ngan asbend lak gerk ke PD hari jumaat pagi. kol 8 pai dah cargas gerak g sana. sebelum tu singgah makan pagi dulu. then baru meneruskan perjalanan. ikut jalan lama ke PD, lengang je jalan. if pegi hari khamis, almost 3 jam jugak nak sampai PD. highway sesak sangat. semua orang berlumba nak ke PD kot. asbend memang suke ikut jalan lama je kalau g PD. dia kata senang.

sampai aja kat mayangsari, budak-budak tengah mandi kolam. kitaorang naik apartment dulu nak letak barang.bila dah samapi kat atas malas pulak nak turun balik ditambah dengan cuaca yang panas. so, lepak-lepak aja kat umah. xlama lepas tu budak-budak dah naik. time tu matahari dah start memancar. acara selepas itu adalah makan...apa lagi......


boy ni ada je menda dia nak komplen

menangis kerana marah tangkap gambar dia


aksi pandang ke jauh



qismina n nurynn




yeah..naik dulu




papa jangan berenang laju-laju



my cousin tengah check FB







my sis sibuk dengan kerja dia






3 jejaka (ejai, zul n a.art)
sabtu pagi kami bertiga bergerak menuju ke melaka. again, saja cuba nak ikut jalan lama. walaupun xtau jalan, signboard banyak membantu. pagi-pagi sebelum bertolak boy dah buat perangai komunis dia. xnak mandi pulak. orang suh kencing pon dia xnak. tapi ada hati nak tukar pagi lain pulak. tau pon malu nanti orang tau ko xmandi if pakai baju tido ye. tapi tukarkan jugak la baju dia. tapi dah siap warning dia, nanti smpai melaka kena mandi.
dah keluar dari mayangsari, singgah medan selera depan Bayu Beach unutk makan pagi. saya makan nasi lemak lauk kupang. tengah makan boy cakap nak kencing. nasib baik public toilet dekat aja. tadi orang suh kencing xnak.macam-macam hal dia. pas dah kenyang perjalanan ke melaka pon bermula. boy jadi macam behave pulak. dia dok belakang dan baring. macam melayan perasaan. mostly sepanjang jalan dia akan tido je. kalau benti kat traffic lite dia akan terjaga. tapi saya akn cakap, "tido dulu ye..belum sampai lagi". dia akan tido balik la.
dah sampai melaka terus ke rumah pak ngah. nak menjenguk baby girl Nur Aisyah Irdina. pas lepak kejap dan tukar baju, gerak g umah kenduri.xjauh dari rumah pak ngah. pengantin pakai baju merah hitam. nowdays baju pengantin semuanya cantik-cantik la. dalam kol 3 lebih balik semula ke umah pakngah. rehat kejap, then kuar pegi bandar melaka. nak amik baju yang ditempah kat sana. tailor tu salah buat pulak baju. kain lining baju tu dia pegi buat kain untuk baju kurung tu. butang xbubuh, span pon xbubuh. apa lagi mintak reduce untuk upah la. saya hanya bayar Rm10 kerana dia salah buat. then sempat jugak capai sepasang baju cotton ready made dan kain pasang chiffon. kain pasang tu tempah trus kat situ aja. senang cita.
lepas selesai ambik baju, singgah pulak kat jusco yang baru bukak near melaka sentral. punya la banyak kereta, parking penuh. tapi nasib baik ada kosong kat celah-celah tu, trus masuk. tapi asbend xikut masuk dalam jusco tu coz boy tido. dah puas gerak dia xbangun-bangun jugak. so, asbend kena tunggu dia dalam keta la. boy dah penat sangat la tu. kat rumah orang kawen dia main xbernti-benti. berpeluh-peluh toksah kira la. masa rehat dia hanyalah dalam keta. sebab tu dia amik peluang tido puas-puas bila dalam keta. kat jusco beli hamper untuk baby ja then terus balik.
balik rumah pak ngah dulu, then angkut sume barang nak pegi melawat umah makcik-makcik yang lain pulak. sebelum balk mak ngan dah siap pesan suh pegi tempat pak ngah meniaga sate malam karang. kami yang menurut perintah pon pegi la ke tempat pak ngan meniaga sate.
malam tu dalam 4 family jugak la yang menyerbu kedai makan tu. pak ngan meniaga sate (gerai) kat kedai makan tu. kitaorang pon order la makanan. kami macam biasa order tomyam, telur bungkus, kailan ikan masin. diaorang yang lain sume makan nasi goreng/mee goreng aja.
pak ngan pulak hantar hantar sate unutk kitaorang. memenag sedap la sate pak ngah. dari kitaorang sampai kedai tu sampai nak dekat habis makan, customer order sate xbenti-benti. kebanyakan makcik n pakcik asbend meniaga sate.
balik dari makan mata pon dah layu. jadi tido la ubat yang paling sesuai kerana ahad pagi dah nak balik kl. kalau lambat gerak nescaya anda akan kematu dok dalam keta. jem truk tu.....
perjalanan dari melaka ke kl ok. xbanyak kereta. boleh sampai mengikut masa yang tetap.










KANTA LEKAP

last week masa nak packing barang untuk balik kampung baru teringat nak sesaja pakai lens ke umah orang kawen. then dengan tiada syak wasangkan bukak la box lens tu. alangkah hibanya bila tengok lens dah kering. dah lama xpakai lens. dulu time nak kuar jenjalan, saja je la pakai lens. 2 box lens lak tu yang dah kering. lens tu color hijau (saya memang suke color lens tu). and 1 more color greyish. sekarang ni ada 1 kotak je lagi lens yang tinggal iaitu color hazel. nampak gayanya kena order lagi la kat member kat indon. kat sana murah.
ni time ladies nite (pakai kaler hijau muda)

ni time raya haji (hijau) i really love dis color...tp yang ni la dah kering tu

tapi kalau nak pegi pasar malam xde la pakai lens bagai. kalau agak2 nak melaram lebih je saya pakai lens. nak g pyramid ke, umah orang kawen ke, besday party ke. tu pon kalau rajin ye kawan-kawan.

Tuesday, February 1, 2011

SYUKUR

dalam masa-masa macam ni, dok perasan badan semakin mengembang. perut pulak semakin buncit. hari tu timbang kat carrefour (timbang besar kaler kuning tu yang kena masuk coin 20sen) tengok-tengk jarum menunjukkan angka 65! mak aih..gila punya kerja.memang la xbuleh sangat nak terima kenyataan. pembohong tol penimbang tu. nasib baik 20sen aja. malas nak timbang kat penimbang yang buleh bercakap tu, sat lagi dia cakap "anda gemuk" plak.dahla versi kuat.


and lately ni asyik bernapsu nak makan macam-macam la. sementara nak tunggu dapat menda tu, air luir dah berkocak-kocak dalam mulut. semalam my sis bawak balik nenas, tengok macam best, pegi potong la then gaul dengan garam. perghhh...memang kecur air liur la. saya makan 3 potong malam tadi.


lepas tu plak ah boy dah 2-3 ari ni nak makan durian. semalam carikan lah durian untuk dia. nasib baik kat simpang taman medan ada orang jual durian. beli la 2 biji. sekilo RM10. durian datang dari perak area bota n cenderong balai (dekat aja ngan kampung saya). dia pon makan dengan berselera durian tu. saya pon turut serta makan durian tu. sedap, lemak aja rasanya.


pagi tadi kat opis dok terpikir, jap lagi kol 10 nak g watson la. nak beli pregnancy test. ari tu dah beli kat farmasi, tapi terbubuh urine over sangat sampai basah abih menda tu..ha3...


so, tadi saja la pegi beli, nak repeat test. ALHAMDULILLAH.....2 line ternyata jelas dimataku. it means I'M PRAGNENT! rasa syukur sangat ke Hadrat Illahi....terus sms asbend, mama, n kakak nak bagitau.


masa ah boy kecik pulak saya pernah cakap nak tunggu ah boy sekolah baru nak kasi dia adik lagi. last year pernah cakap n terdetik kat hati, kalau hal rumah semua dah settle nak start tambah anak pulak. Tuhan Maha Mendengar kan. bila rumah dah settle, berita baik yang lain pulak muncul. ah boy pon dah seklah n pandai berdikari. harap-harap pas ni dia xmelompat lagi atas perut mama dia yang akan boroi.
pas ni kena start amik makanan yang berkhasiat. xboleh nak mkn nasi suku aja. supaya baby dalam ni dapat membesar dengan sihat.
dan......
bermulalah kehidupan ibarat QUEEN . nak apa pon orang akan carikan.......


WUW on da road

hari isnin teman mama pegi amik keta baru dia kat Subang Jaya. salesman tu janji kol 7 dah boleh amik. then dalam kol 7.15 kitaorang sampai sana. rupanya keta belum sampai. another salesman cakap salesman yang entertain my mum tengah g amik keta. tunggu punya tunggu sya sempat lagi pegi carrefour beli minyak masak.

sekarang ni kan kekangan minyak masak, nak cari kat area taman medan, sentosa punya lah payah. kat carrefour ada minyak, tapi yang brand carrefour n brand tulisan cine. nak xnak amik yang brand carrefour la. my mum in law memang pengguna tegar brand seri murni. tapi dah xde ni sebat je la. xkan kat umah nak rebus-rebus aja makanan. dah rupe makanan pesakit jantung je kalau rebus-rebus ni.

dah abih beli barang kat carrefour my mum tengah discuss ngan salesman tu pasal keta. then dia checklistkan keta tu. hon xberbuyik plak. salesman tu kata nanti leh datang balik kat dia betulkan. antara gift yang dapat dari proton:-

- minyak full tank
- GPS
- touch n go
- tinted voucher
- astro

tapi tinted cermin tu xguna pon sebab member asbend ada wat pasang tinted. lagi berbaloi pasang kat mamat tu coz dia guna tinted high quality tapi bagi low price. mamat ni keja kat kedai tinted. kalau price kat kedai RM1+++, buat kat dia (tinted yang sama) hanya RM4++. memang berbaloi. tinted kereta pon dah done malam tadi. jadi, enchik chermin kena berpantang selama 3 hari ya (cuaca sekarang kan xberapa panas).

pagi tadi menghantar kereta baru kat tuan dia selepas tinted. outstation yang pertama untuk keta baru adalah ke PD esok (dekat je). semoga kereta ini dapat memberikan khidmat bakti kepada tuanmu tanpa berbelah bahagi k.

p/s: saya pon bleh pinjammeminjam (xpyh bli keta baru)...hehheeee

TER...TER...

pagi tadi kol 7 ah boy bangun dan dia cakap

"pa, ayang terkencing"

macam mana la dia bleh terkencing atas tilam lak. since xpakai pampers, xpernah lak dia terkencing. mula-mula masak baru nak stopkan pampers dia, tiap malam sebelum tido akan suruh dia kencing. tapi dah lama tu dia akan cakap sendiri dia nak kencing ke hapa. even, tengah-tengah malam pon kadang-kadang dia bangun bagitau nak kencing.

tapi pagi tadi xsempat nak bagi tau kot. dah sedap tido. nak kata pagi tadi sejuk sangat xjugak. tido memang xpasang air cond dah sekarang ni. kalau panas sangant baru pasang coz kalaupasang air cond, pagi-pagi ah boy akan bersin hingga tercampak hingusnya..bersin yang banyak kali pulak tu. dats y jarang-bukak air cond dah sekarang ni. tambahan pulak sekarang ni musim cuaca lembap dan hujan.

pas dah tukar seluar dan baju pagi tadi, dia suh pasang DVD tom&jerry. then pasang la nak kasi dia tengok, sambil mamanya ni bersiap nak pegi kerja. ah boy tanya:

"ma, kat bawah ada orang x?"

"xde orang la sayang, nenek g beli ikan"

so, dia xjadi turun dan meneruskan tengok cite tom&jerry.sampai saya turun nak g keja, dia xtido lagi. xtau la dia sambung tido atau berjaga sampai sekarang. hari ni last day sekolah. jangan dia tertido dalam keals sebab bangun awal sangat dah la.